Thursday, 19 January 2012

Cerita dan teka-teki lawak!

hidup ni penuh dengan cabaran dan rintangan..apa salahnya sesekali kita rehat-rehat kan minda dengan membaca benda-benda yang mungkin boleh membuatkan kita lupa akan segala masalah-masalah yang ade..so aku telah mencari beberapa koleksi lawak dalam bentuk cerita,bergambar dan 14 teka-teki yang aku rasa sangat menarik n sesuai untuk semua golongan..you'r welcome!









Dapat 100% Markah

“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,”kata Yani kpd mamanya.“Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?”Tanya ibunya. “Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.

Waktu Untuk Hidup Tinggal 10…

Setelah memeriksa pesakitnya seorang doktor berkata “Keadaan anda amat buruk. Anda hanya punya waktu hidup 10… ““Sepuluh apa?, bulan, minggu, tahun, hari?”, tanya si pesakit gugup.
Doktor: “9… 8… 7… 6… 5…”




















Teka-Teki Lawak

soalannyer berbentuk… … .

1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?

3. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?

4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?

5. ikan apa yg sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?

7. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?

8. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?

9. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?

10. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

11. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

12. bagaimana utk naik haji jika x ade duit?

13. apakah tempat yg terkecil di dunia?

14. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?

jawapannya adalah… … … … … …




1. burung sedang tutup telinganya 2. daun teh 3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan 4. meter bas 5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru) 6. kerana anak itu perempuan 7. buah dam 8. ikan 9. mancis 10. umur anda 11. Anas 12. main dam haji 13. setapak 14. bola golf

aku rasa aku akan menjadikan blog aku ni sebagai satu medium untuk berkongsi segala kebahagiaan dan keseronokan yang sebenarnya adalah milik setiap manusia..



KEEP IN TOUCH!!!  =)


2 comments:

  1. wahh.. nice blog ..meh singgah
    kuahayampedas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. lawak gamba2 tuh.
    ada few teka teki je dapat jawab :D

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!