Saturday, 14 January 2012

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sebagai seorang manusia biasa..kita mesti selalu lupa yang hidup ini cumalah tempat dimana kita diuji oleh Allah..segala masalah yang menimpa kita itu hanyalah satu cubaan untuk menilai sejauh mana kita beriman kepadaNya..



tahap keimanan kita juga bukanlah seperti malaikat yang tiada pasang surutnya,,adakalanya kita ingat pada Allah..adakalanya kita terlampau seronok dan risau memikirkan tentang duniawi sampai lupa tanggungjawab kita yang sebenar..itu perkara biasa yang berlaku pada semua manusia...





apa yang paling mampu kita lakukan hanyalah berdoa supaya ditetapkan iman kita pada tahap yang tertinggi setiap masa..apalah masalah yang perlu kita fiirkan sangat2 selain daripada memikirkan nasib kita bila menghadap yang maha esa nanti..


aku ingin berkongsi beberapa rangkap lirik daripada sebuah lagu yang bertajuk demi masa daripada kumpulan raihan..kalau diamati betul2 lagu ini memang sangat memilukan..

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
 Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh 
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian 
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

  Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
 Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali  
Ingat lima perkara sebelum lima perkara 

Sihat sebelum sakit 
Muda sebelum tua
 Kaya sebelum miskin 
Lapang sebelum sempit
 Hidup sebelum mati 



jika kita berpegang kepada lima2  perkara ini..mungkin kita akan sedar apakah tujuan utama kita hidup kat dunia ni..sebagai manusia biasa juga..aku menganggap ini sebagai satu peringatan untuk diri aku sendiri..bermuhasabah diri dan sentiasa memaafkan orang sekeliling kita..semoga kita semua menjadi  seorang insan yang mulia disisi Allah..!!!



KEEP IN TOUCH!!! =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!