Tuesday, 10 January 2012

Pembaca berita tersasul dan kebebasan DS Anuar Ibrahim





seboleh-bolehnya aku nak elakkan sebarang cerita politik dalam blog aku ni..kerana pada aku politik ini terlalu luas dan tiada jalan penyelesaiannya..tetapi kisah yang dua ni sangat menarik perhatian aku untuk berkongsi dengn korang..

1.seorang pembaca berita tv3, Nur Jamalina Jamali atau jay telah tersasul menyebut nama DS Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri malaysia..tindakan tidak sengaja itu telah dikecam pelbagai pihak..pembaca berita itu juga telah meminta maaf atas apa yang berlaku..apa yang aku pasti,pembaca berita itu tidak sengaja pun untuk menyebut nama DS Anwar sebagai PM..tetapi mungkin yang berlegar2 dalam otak die nama DS Anwar,mungkin kerana berita sebelum atau selepasnya itu tentang anwar..tu yang terbawa2 namanya sekali..



secara keseluruhannya..tak de ape pun yang nak dipersalahkan..cuma mungkin bagi pemikiran sesetengah pihak mengatakan yang pembaca berita itu terlupa PM yang sebenar atau mungkin pembaca berita itu memikirkan yang DS Anwar merupakan PM ketika ini..rasanya semua itu tak releven..ape yang aku boleh katakan itu semua cume satu kesilapn yang aku pasti tidak disengajakan apatah lagi di rancang untuk dibuat2...

bukan senang nak baca berita yang keluar daripada prompter tu secara siaran langsung sambil buat intonasi yang betul,pas tu kene pastikan plak kita menghadap kamera yang betul,nak fokuskan lagi dengan berita yang selepasnya..intonasi untuk berita itu plak..itu tak masuk lagi mungkin pembaca berita tu ade masalah peribadi..yang membuatkan fikiran terganggu dan macam2 lagi la..membaca berita bukanlah satu kerja yang mudah..jadi tak mustahil kesilapan tu berlaku.

Click pada gambar untuk menonton rakaman beliau tersasul menyebut DS Anwar sebagai PM


satu masa dulu pn pernah berlaku yang pembaca berita tak sedar kamera dah on lpas hbis iklan,,dan pembaca perita tu masih melepak2 berbual dengan rakan die..itu sume kesilapan yang tak dapat dielakkan..lagipun bukannya masalah besar pun..yang penting berita yang dibawa tu..

2.

berita ni sangat2 mengejutkan aku dan rasanya semua rakyat malaysia dan dunia kot..selepas DS Anwar Ibrahim terlepas daripada tuduhan kes liwat nya yang telah tertanggug sekian lama..akhirnya kes itu ditutup oleh kerana yang  pertama,tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa...yang kedua,dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan yang ketiga,,selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA..ini sekadar info2 yang aku dapat daripada google..





menurut utusan..Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau masih belum boleh menarik nafas lega walaupun bebas daripada pertuduhan liwat.  Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk meneruskan pendakwaan masih ada.


memandangkan perkara ni dah berlarutan terlalu lama..terlampau banyak perkara boleh berlaku sepanjang kes ini berlangsung..penyelewengan,penyalahgunaan,putar belit dan macam-macam lagi..seperti biasa..aku tak nak menyebelahi mana2 pihak,tetapi pada aku keputusan mahkamah adalah sangat bernas..kerana jika diteruskan kes ini..ia akan berlanjutan sampai bila2 tanpa penyelesaian..malah akan merugikan kedua2 belah pihak dan mahkamah je..




walaupun kedua2 perkara ini tidak bersangkut paut dari segi permasaalahannnya..tetapi ia membabit kan individu yang sama yang pada aku agak kebetulan di situ..walaubagaimanapun, aku harap ape2 pun yang berlaku kat dunia ni..kebenaran sentiasa dipihak yang majoriti dan akan  mencapai kemenangan..


KEEP IN TOUCH!!!  =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!