Monday, 2 January 2012

Permulaan tahun yang baik - USTAZ AZHAR IDRUS

"MULAKAN HARI DENGAN BAIK"



kalau orang selalu pesan mulakan sesuatu dengan kebaikan.contahnya bangun dari tido,mulakan dengan ucap Alhamdulillah..nak mula makan mulakan dengan bismillah.nak mula berjalan dengan kaki kanan,mulakan hari dengan senyuman,nk mulakan sesuatu perkara mulakan dengan niat yang baik..insyaALLAH perjalanan seterusnya akan dipermudahkan.

jadi sempena awal tahun ni,marilah kita mulakn dengan perkara yang baik2..x kira la sekecil mana pun perkara baik yang kita buat,tolong member basuh baju ke,tolong jiran2,tolong makcik cleaner,buat sarapan pagi..macam2 perkara baik korang boleh buat.

zizan raja lawak dan ustaz azhar



Penonton yang membanjiri dataran malam tahun baru


aku rasa berbangga dengan sambutan tahun baru yang dibuat di dataran kemerdekaan shah alam hari tu.ustaz azhar idrus telah dijemput untuk memberi ceramah.aku tak pergi.tapi mengikut pembacaan aku,sekitar 70,000 ke 80,000 orang ramai datang membanjiri dataran.ramai tuu..zizan raja lawak pun ade,shahir af yang buat persembahan(walaupun ade yang kata sepatutnya shahir nyanyi lagu2 nasyid daripada lagu kebahagiaan dalam perpisahan malam tu),dan akhil hayy..



yang lebih membanggakan lagi tu bila ada diantara yang datang tu bukan sahaja dari golongan yang biasa datang ceramah,malah mat2 rempit dan remaja2 pun ade yang datang dan sanggup berpusu2 tok dgr ceramah ustaz azhar..bagi aku ustaz azhar idrus telah mencipta satu fenomena yang besar dalam hal ni.cara penyampaian ceramah beliau yang bersahaja tu jelas sekali membuatkan orang sanggup untuk datang mendengar ceramah beliau.

walaupun masih ade konsert2 yang dianjurkan,tapi orang ramai tetap memilih untuk menyambut dengn mendengar ceramah beliau..sambutan pada malam tu juga bukan lah disambut dengan percikan bunga api yang meriah,,tapi dengan bacaan asma' al-husna..sangat terharu..tu satu petanda dan permulaan yang baik untuk 2012..

mungkin ade sesetengah orang agak hairan kenapa "UAI"(singkatan untuk ustaz azhar idrus) begitu bersahaja menggunakan bahasa2 seperti "bodo","bangang" dan yang seangkatan dengnnya dalam kuliah beliau..mungkin ada sesetengah orang akan kurang selesa mendengar perkataan2 seperti itu dalam ceramah atau kuliah2.setelah difikir2 kan kembali.kenapa perlu itu yang di titik beratkan..sedangkan mesej yang beliau nk sampaikan itu yang sepatutnya kita ambil jadikan pengajaran dan amalan.!

kalau korang nk dgr ceramah beliau..boleh lak tengok kat uyoutube..berlambak2,,sume best2..suka cara beliau menjawab soalan yang penonton bagi.dia menjawab dengan penuh bersahaja dan lawak.memang patutlah orang tak bosan dengar kuliah dari beliau.

aku harap tahun 2012 ni akan membuatkan kita semua jadi insan yang lebih baik berbading tahun2 yang sebelumnya..=)


KEEP IN TOUCH!!!  =)


No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!