Tuesday, 7 February 2012

15 Fakta Menarik Yang Tak Ramai Orang Tahu!-volume 2

Sebelum ni aku pernah berkongsi fakta umum iaitu fakta secara rawak tentang apa sahaja..tapi sekarang aku nak berkongsi fakta yang lebih spesifik iaitu tentang haiwan..mesti ada antaranya yang korang baru tahu..Tahniah!.korang telah belajar sesuatu yang baru hari ni..You'r Welcome!


1.Zirafah boleh membersihkan telinga dengan lidah yang berukuran 21-inci !

2.seekor badak boleh membuka mulutnya yang cukup luas untuk memuatkan kanak-kanak setinggi 4 kaki!

3.seekor Beruang Koala tidur selama 22 jam setiap hari.

4.Kulit beruang kutub adalah hitam. Bulunya tidak putih, tetapi sebenarnya tidak berbulu.

5.Sejenis spesies cacing tanah di Australia membesar hingga 10 kaki panjang.

6.seekor burung belatuk boleh mematuk 20 kali sesaat.

7.Semua beruang kutub adalah kidal.

8.Seekor helang laut boleh tidur semasa ia terbang!

9.Mata burung unta lebih besar daripada otaknya.

10.Semasa lahir, beruang panda adalah lebih kecil daripada tikus.

11.Kucing tidak boleh merasa benda-benda manis.

12.Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.

13.Pepatung mempunyai enam kaki tetapi tidak boleh berjalan!

14.Burung emu dan kanggaru tidak boleh berjalan ke belakang.

15.Katak tidak boleh menelan tanpa berkelip.

funfunnyfacts


Inilah yang aku maksudkan tak rugi aku jadi seorang blogger..sambil aku berkongsi dengan korang..aku pun belajar benda yang baru..Terima kasih readers, bloggers, dan followers!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

2 comments:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!