Friday, 17 February 2012

5 jenis ganjaran datang awal Solat jumaat..

beberepa hari yang lepas, aku menghadiri majlis mulidur rasul..dan aku ingin berkongsi sedikit isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh penceramah itu..aku rasa inilah masa yang paling tepat.. ia berkenaan ganjaran orang yang datang awal ke solat jumaat.. terbahagi kepada 5 waktu.


seksi unta ni!
> Waktu yang pertama akan diberikan pahala seperti menderma seekor unta(rm8000).sekitar 8-9 pagi


kalau ini lembunya..rm10k pun tak dapat!
>waktu yang kedua seperti menderma seekor lembu(rm3500).9-10pagi


who said i'm stinky!
>waktu yang ketiga seperti menderma seekor kambing(rm800).10-11 pagi


akulah ayam yang paling bergaya didunia!
>waktu yang ke empat seperti menderma seekor ayam(rm20).11-12 tgh


samapi hati awak main kayu tiga!
>wktu yang kelima seperti menderma sebiji telur(rm0.50).12-azan pertama.


Jom kita renung-renungkan yang mana yang satu kita akan dapat?..bermula dengan menderma unta berharga rm8000..terus jatuh ke rm3500..lepas itu jatuh lagi rm800..kemudian jatuh lagi rm20..sampai la 50sen..bayangkan kalau kita boleh nampak duit-duit tu atau ganjaran itu,,mesti semua berebut-rebut nak datang masjid awal...("argh!..sikit lagi nak dapat unta!")


Aku tak nafikan dalam keadaan sekarang..memang susah untuk kita nak datang kemasjid awal..tuntutan duniawi yang semakin mencabar membuatkan kita terikat dengan masa..


Walau apapun..yang penting adalah niat kita yang ikhlas untuk menunaikan solat jumaat di masjid dan mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan dan jiran-jiran tetangga...


p/s : Alhamdulillah kita menderma telur..daripada takda langsung!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)


1 comment:

  1. biasa pergi waktu yg keempat....huhu

    jom join segmen fendy

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!