Sunday, 5 February 2012

9 Sebab kenapa tak perlu pasang music box dalam blog!

Persoalanya ialah..adakah music box itu perlu dalam meningkatkan kualiti blog..?..sebenarnya aku pun tak tau bloggers panggil ape..aku harap istilah aku tak salah..Bagi aku music box tu tak perlu pun diletakkan dalam blog korang..itu cuma menyusahkan para pembaca je..aku ade beberapa alasan kenapa music box tak perlu ade kat dalam blog.


1.sebagai seorang blogger..tugas kita adalah untuk menarik pembaca membaca blog kita..korang yakin ke lagu yang korang pilih tu akan disukai oleh pembaca..

2.bukan sume orang online kat rumah..ade juga sesetengahnye online kat cyber cafe atau mungkin kat mcD atau kfc atau mana kedai makan yang ada wifi..mungkin lagu daripada music box korang tu akan menarik perhatian orang ramai dan seterusnya memalukan orang tu..tu tak kira lagi kalau ade yang online kat perpustakaan!.

3.macam mana pulak kalau orang tu tengah sedap-sedap dengar lagu daripada player komputer diorang..ttbe lagu daripada blog korang plak keluar..agak annoying di situ..

4.ade sesetengah blog..memasang music player yang ade butang stop..dan ade jugak yang tak de..jadi itu menjadi masalah untuk orang yang tak nak dengar lagu yang korang pasang..ade jugak sesetengah tu..aku cari music player x jumpe-jumpe..coz blog dah penuh dengan macam-macam..bintang-bintang, salji, burung-burung terbang..yang menmbah beratkan lagi page loading korang.
 
5 lagi Sebab kenapa tak perlu pasang music box dalam blog dengan membaca artikel ini sepenuhnya...


5.dalam dunia yang serba canggih ni..youtube ade, 4shared ade..rasenye tak perlu kot korang punye music box tu..lagipun komputer masing-masing atau yang online gune phone tu dah ade lagu kan..

6.sebagai seorang blogger..aku hanya melawati blog-blog yang mempunyai isi kandungan yang menarik dan berguna..bukan blog-blog yang mempunyai lagu yang best..rasanya orang takkan bukak blog kita sema-mata nak dengar lagu yang kita pasang.

7.kebanyakan blog daripada blogger-blogger popular ni tak de pun pasang lagu..so kenapa kita tak ambil tu sebagai contoh..

8.pembaca tak semestinya membuka blog korang sahaja dalam satu satu masa..mugkin 2 atau 3 blog yang dibuka..bayangkan kalau sume pasang lagu..tak ke pening..jangan menyusahkan pembaca untuk mute kan sound komputer diorang semata-mata kerana lagu dalam blog korang.silap-silap blog kita yang kene pangkah dulu.!

9.membaca sambil dengar lagu bukanlah satu benda yang bagus..mestilah tumpuan terganggu dan seterusnya mesej yang korang nak sampaikan dalam blog korang tu tak diterima 100% oleh pembaca..sebagai seorang blogger yang dah pun mempunyai 50+ entry dalam masa 1 bulan 11 hari=P..ape yang penting pada aku ialah pembaca dapat terima ape yang aku nak sampaikan.

sebagai seorang blogger..aku cuma bagi pandangan..mungkin ade banyak lagi sebab kenapa music box ni tak perlu pun dipasang..ini adalah antara 9 daripadanya.

mungkin ade yang setuju,,dan ade yang tak setuju..bagi yang tak setuju..mestilah korang ade alasan yang tersendiri..atau pun mungkin ade yang dah pasang music box..lepas tu menyesal dan dah lupa cam ne nak buang..ok..ape-ape pun..ini cuma pandangan peribadi daripada daripada aku..



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

17 comments:

  1. betul2..lagu dlm blog mngggu ja...

    sambut Maulidur Rasul sana sini tapi bila Valentine Day berkepit dengan pakwemakwe sana sini..apekebende?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/sambut-maulidur-rasul-tapi-sambut.html

    ReplyDelete
  2. Wow ! Yup ! Support entry nieyh 100% . Itu lerr , kdg2 annoying btol . Lagi2 yg xde button stop tu . :/

    ReplyDelete
  3. totaally right !


    sokong sangat2 dah lah lmbt loading

    ReplyDelete
  4. hee.. ni mesti pernah rasa annoying yg melampau tahap superb bila bw n dgr lagu yg x boleh di "stop" kan kan? ^^

    actually boleh je kalau nak pasang music box.. tapi fa lebih prefer kalau blogger tu buat music box tu hanya "play" bila di click dgn sukarelahatijantung.. mcm blog fa.. hehe ;)

    btw nice entry ^^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    perkongsian pendapat yang baik... :)

    wassalam..

    ReplyDelete
  6. kdg2 suka juga dengar music slow dlm blog2 yg dilawati.. :)

    ReplyDelete
  7. yup, betul tu, sgt annoying time ak dgr lagu sndiri dpd laptop, tbe2 kua plak lagu2 dpd blog lain tym BW, bukak 3,4 blog dlm satu mase, 3,4 lagu kua srentak...trus mute sound laptop..hihi :p

    ReplyDelete
  8. setuju ! annoying je letak lagu dlm blog. better tak payah letak :)

    ReplyDelete
  9. setuju sangatlah.... kalau tab2 banyak bukak tibe2 ade lagu yang membingitkan telinga mmg sah2 sume tab kene tutup. jadi x payahlah menyusahkan diri dan pembaca2 blog dengan susah payah nak insert music widget daam blog. :)

    ReplyDelete
  10. SETUJU,!!
    Lebih2 lagi blog yg bila klik link, kuar new tab..

    ReplyDelete
  11. hum, dulu sy xpasang disbbkan inilah
    tp skrang dah xkisah lagi.. ltk jea lagu dlm blog.
    siap autoplay lagi..

    huhu, bosan ;)

    ReplyDelete
  12. I don't think sooo . ade jeah kawan saye yang bukak blog semate mate nak dengar lagu dari blog . Ouh ya btw , selame hari nyh tadek lagy yang antar PM kat saye komen pasal 'music box' :')

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!