Tuesday, 14 February 2012

Biji Epal dan ceri beracun

Aku terserempak dengan satu article bertajuk "Yes, Apple Seeds and Cherry Pits are Poisonous"..seperti biasa aku dengan perasaan ingin tahu membuat sedikit research di google..dan aku dapati ade beberapa artikel daripada laman web sains yang menjelaskan memang terdapat kandungan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan..




biji epal mengandungi cyanogenic acid. biji ceri dan sesetengah biji daripada buah-buahan lain seperti aprikot, pear, dan badam mengandungi glikosida cyanogenic. badan kita boleh menyahtoksinkan sejumlah kecil cyanide. kalau kita tak sengaja tertelan biji ini..ia tak mendatangkan apa-apa masalah. Mengunyah biji benih lebih berbahaya kepada kesihatan korang. Kanak-kanak dan haiwan peliharaan lebih berkemungkinan mengalami keracunan daripada orang dewasa.


kalau anda termakan dalam kuantiti yang sikit..mungkin anda akan alami keracunan yang ringan seperti sakit kepala, pening, kekeliruan,kerisauan, dan muntah-muntah.




manakala kalau anda terambil dalam kuantiti yang banyak, dos yang lebih besar boleh membawa kepada kesukaran bernafastekanan darah tinggi dan kadar jantung dan kegagalan buah pinggang. Anda juga mungkin boleh koma, sawan, dan mati tiba-tiba akibat masalah pernafasan.


Ada beberapa jenis rawatan untuk mengehadkan penyerapan bahan kimia daripada biji tersebut. Jika anda dapati kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan korang tertelan biji ini..pergi dapatkan rawatan segera untuk mengelakkan daripada racun itu merebak..




Rawatan yang utama sebenarnya adalah untuk mengepam perut atau paksa muntah untuk mengeluarkan balik racun itu.


Jika anda atau kawan-kawan anda pernah tertelan sebiji atau dua..jangan risau sebab badan kita telah dilengkapi untuk menyahdetoksifikasi kuantiti yang kecil sebatian cyanide.



kalau anda masih tertanya-tanya..betul ke biji-biji ni mengandungi racun. jawapannya ialah YA! Biji Epal dan ceri beracun.


sumber



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!