Wednesday, 8 February 2012

Filem Azura 2012 - 4/10 bintang!

Filem cinta melayu yang sangat tipikal.!..cerita cinta melayu tak pernah lari daripada air mata, hujan renyai-renyai, tak dapat restu keluaga, ayat-ayat yang over bombastik!,dengki-mendengki, dendam dan kalau nak nampak lebih hebat, pergi ke luar negara..dan itulah filem azura 2012...


1.Lakonan neelofa sangat tak meyakinkan..adegan air mata langsung tak menyentuh hati..malah, tak ade satu pun adegan menangis yang menitiskan air mata. cume berlinangan je..tak sampai nak menitis lagi..adepun yang menitis nampak macam tak real.

2.jalan cerita tak berapa lancar atau smooth, dan ade scene-scene yang membuat kan orang tertanya-tanya..

3.dialogue cerita ni sangat lah tak releven dengan masa kini..macam cerita zaman-zaman dulu yang ayatnya terlampau berbunga dan puitis...

4.Ade satu scene yang menunujukkan azura menunggu lama untuk makan malam bersama zack..tapi zack balik lewat..air yang terhidang atas meja dengan air batu..kelihatan tak berubah walaupun peredaran masa yang agak panjang semasa azura menunggu..air batu tak cair.

5.pada pendapat aku..cara zack jatuh hati dengan nelofa sangat lah tidak logik..!..mungkin pengarah nak terapkan elemen hyperbola kot..zack kene lempang dengan azura,zack rasa bersalah sebab buat azura marah, minta maaf..jatuh hati..hurmm??

6.pelakon tambahan yang digunakan sangat kaku..kecuali ade beberapa yang ok seperti afdlin shauki, erma fatima, nenek zack, dan kawan-kawan azura juga kawan-kawan zack..

7.azura hidup bukan dalam keadaan yang senang..tapi baju-baju yang die gunakan sangat lah nampak mewah dan mahal..sedangkan die sendiri ade masalah melangsaikan yuran kolej..

8.solekan juga keterlaluan dan tidak natural..rasanya dalam filem ni..nelofa pakai contact lens yang menampakkan mata hitam lebih besar..menunjukkan yang ianya sangat tidak realistik..kalau tidak mungkin aku silap.

9.lakonan nelofa dan shahrizal jaszle masih ade sesuatu yang kurang..


ini merupakan kali pertama aku menonton wayang dengan jumlah penontonnya cuma 11 orang termasuk aku dan kakak aku..cerita mula lewat 10 minit mungkin menunggu jika ade lagi yang beli tiket..malang nya cuma segitu jew la yang ade..

filem ini juga mempunyai mesej-mesej yang baik antaranya..

1.jangan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

2.jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya seperti MLM.

3.jangan bermegah-megah walaupun kita mempunyai kekayaan dan harta yang banyak.

4.ade satu scene yang menunjukkan sikap rakyat malaysia yang tidak betanggungjawab membiarkan sampah merata-rata di pasar malam.

5.jangan jadikan sejarah silam keluarga yang tidak baik sebagai panduan untuk kita ulangi..sebaliknya jadikan pengajaran.

mungkin ade banyak lagi yang aku tak perasan atau lupa..keseluruhan cerita ini cume biasa-biasa je..tak tahulah mana silapnya..bagi aku cerita ini tidak menepati citarasa zaman sekarang..atau mungkin orang masih terbayang-bayang kehebatan filem ombak rindu yang memberi kesan mendalam pada penonton..

itulah orang selalu cakap..kalau nak memberi komen memang senang..tapi kalau kita nak buat..ape pun tak jadi..aku membuat review ini cumalah daripada kaca mata penonton biasa yang tak profesional..harap tak mengecilkan hati sesiapa..secara peribadi, filem ini tak berapa memberi kesan mendalam pada aku..seperti tajuk yang aku tulis..4/10 bintang untuk filem azura!


p/s : Mutu lakonan neelofa sangat kurang..kalau ganti dengan fazura mungkin akan lebih menarik!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)



4 comments:

  1. tengok pelakon pon dah xde ati nak pegi tgk...muahaha...

    ReplyDelete
  2. aha..betul...sebagai filem cintan cintun, memang xfeel la cite ni...bukan salah Neelofa sebab dia pelakon baru, tapi sapa yang pandai2 pilih Neelofa tu....nampak sangat....=p

    ReplyDelete
  3. mmg aku dah agak yg pelakon yg dipilih tak menarik langsung.... mcm tak sesuai je dgn cerita dan watak yg nak dibawa... mungkin jgk diorg pelakon baru dlm dunia filem...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!