Sunday, 12 February 2012

koleksi cerita kelakar! =D


Siapa tak minat boleh keluar

seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor,

 "kalau anda tak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa." 

Semasa kuliah berjalan selama 30minit, sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya seorang saja yang tinggal.
Setelah professor itu menghabiskan kuliahnya, professor berkata,

"terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya"

"tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan". balas orang itu.


belajar dua kali lebih cepat



Aiman baru tiba dari selatan china. dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Dia ke sebuah buku dan menemui sebuah buku yang bertajuk "Belajar Bahasa Cina Dalam Masa Sebulan". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya,

"Satu lagi buku ni untuk kawan awak kah?"

"Oh tidak, saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".


Beruk


Dalam sebuah tadika, 2 orang kanak-kanak sedang bergaduh.

sam: kau memang berukla!

dol: kau la beruk!!

sam: kau la beruk..kata aku pulak!

kemudian datanglah seorang cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

cikgu: apa pasal gadu-gadun ni? Tak baik tau!

dol: beruk ni kata saya beruk cikgu!

cikgu: sam, dol mari sini, cuba tengok tangan kamu..sama kan?

sam & dol: sama cikgu!

cikgu: cuba tengok mata, hidung, telinga kamu, sama juga kan?

sam & dol: sama juga cikgu!

cikgu: semuanya sama. kalau dol beruk kamu pun beruk juga lah sam! faham?

sam & dol: Faham cikgu!

sam: Tapi kenapa tangan, mata, hidung, dan telinga cikgu sama macam kami, cikgu pun beruk juga ke?

cikgu: Sbar je laaaa..!!! (dalam hati)

p/s : Baca cerita lawak sebelum ini di sini

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)..

2 comments:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!