Thursday, 9 February 2012

Myspace TIRU Facebook!

Setelah sekian lama aku tak buka akaun myspace yang hanya mempunyai 48 orang kawan..(sebenarnya lebih..disebabkan ade yang dah tutup dan remove aku..jadi tinggal segitu je la)..aku dapati ade beberapa perubahan yang dibuat untuk bersaing dengan laman sosial lain seperti facebook..tengok gambar di dawah,,

Akaun myspace

Akaun facebook



kalau dulu myspace kita boleh ubah layout ataupun background akaun kita..sekarang dah diubah jadi biasa ataupun clear..mungkin untuk lebih mesra pengguna sebab kalau ade layout yang berbagai-bagai kan akan jadi lebih berat dan loading pun lama..selain tu cuba korang bandingkan nombor-nombor yang aku dah labelkan 1-4 tu..nampak persamaan tak?

kalau korang perasan..bahagian tengah (B) untuk update daripada kawan-kawan,..bahagian kanan (C) lebih kepada iklan dan lain-lain..bahagian kiri (A) untuk kegunaan pengguna, nampak tak persamaan kat situ..?

penambahan lain yang dibuat oleh myspace ialah..ade butang back to top yang bagi aku bagus..selain tu ade player music yang boleh kita play kalau nak..secara keseluruhan..myspace sekarang lebih friendly daripada dulu..tapi kalau fikir-fikir balik...kenapa nak ada sampai dua tiga akaun sosial sedangkan fungsinya sama..?

aku tak pasti sama ada perubahan ini baru dibuat atau dah lama...sebab aku pun dah hampir beberapa tahun tak buka akaun myspace aku..

mesti ramai diantara kita yang mempunyai akaun myspace terlebih dahulu daripada facebook..begitu juga lah aku..bila tengok balik gambar kat atas tu..hampir tak ade beza..walau ape pun..myspace perlu buat sesuatu untuk menaikkan namanya semula..itulah kehidupan.. adakalanya diatas..adakalanya dibawah..


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

3 comments:

  1. lepas ni mungkin myspace akn kembali pemes. ye idak.

    ReplyDelete
  2. ada bnyk laman sosial pasal yg membujatnya adalah org yg berbeza...

    ReplyDelete
  3. myspace bertukar tp npe nmpk cm serabut sgt...haha

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!