Sunday, 5 February 2012

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"


Tajuk di atas Itu merupakan tema bagi sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini..bersamaan 5 Februari 2012, 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah..seluruh umat islam akan menyambut Maulidur Rasul iaitu hari bagi memperingati kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW..

Kelahiran Nabi Muhammad ketika itu merupakan satu rahmat yang sangat besar kepada umat islam zaman itu..Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.


Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Sebagai umat islam juga..kita haruslah menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola dan role model yang terbaik dalam hidup. Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kita dapat sama-sama menyertai majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul di tempat yang terdekat dengan kita.


sumber

p/s : harap-harap tak ade yang sambut valentine's day !

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!  


KEEP IN TOUCH!!!  =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!