Tuesday, 7 February 2012

siapa yang betul dalam politik?

Bila cakap tentang soal politik..mesti masing-masing akan menegakkan parti yang mereka sokong..semua cerita buruk tentang parti lawan akan di canang pada ahli-ahli mereka..adakah ini yang sepatutnya berlaku ?


mungkin aku terlalu muda untuk berbicarakan hal politik..tapi apa yang aku boleh pasti dalam bidang politik ini ialah..ia satu perkara yang takkan ada penamatnya.. politik ni satu bidang yang sangat luas..sebagai seorang yang bertanggungjawab mengundi satu hari nanti..aku masih tak pasti mana pihak yang patut aku sokong..

aku sering melayari internet di blog-blog, laman youtube dan sebagainya untuk mencari kebenaran dalam politik..apa yang aku jumpa cuma pertelingkahan, putar belit yang kita pun tak tahu dimana asasnya, serang menyerang antara satu sama lain, penipuan sana-sini, pembunuhan, naik turun mahkamah, penyelewengan dan macam-macam lagi..


Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Anwar, Dato' Seri Najib antara yang berpengaruh dalam bidang politik di malaysia...bukan senang untuk menjadi ahli politik..berfikiran jauh, bersedia menanggung risiko, jujur, amanah dan segala sifat-sifat baik haruslah diterapkan dalam pimpinannya..

sebagai seorang blogger,,aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak..pada aku kedua-duanya ada kesalahan dan kelebihan masing-masing..pada dasarnya,penyokong dan pembangkang ini sebenarnya diperlukan dalam membina sebuah negara yang maju..tapi kalau dah macam ni jadinya..orang jadi terlampau fokus dengan masalah politik daripada memikirkan tentang kemajuan negara..

penipuan, putar belit, rasuah,..perkara-perkara ini sering dikaitkan dengan politik..kalau kita dapat lihat semuanya tentang keburukan..adakah politik ini keseluruhannya tentang memburuk-burukkan orang..?.bila musim mengundi masing-masing ingin menunjukkan kebaikan parti masing-masing..semua diberikan..duit, duit, dan duit..ya!..bukan susah pun nak meraih undi ni..bagi sahaja bantuan-bantuan, buat lawatan-lawatan masuk kampung, tolong golongan-golongan yang susah, lepas tu menang la..lepas dah menag..?????????..banyak tanda soal untuk dijawab tu..


pada pendapat aku yang mentah dan tak tahu selok belok bidang ni,,politik akan jadi lebih baik jika setiap orang yang terlibat tidak mementingkan diri sendiri...segala putar belit, penipuan dan bermacam-macam lagi,,itu semua adalah untuk kepentingan diri,,manusia tak pernah puas..selagi tak menutup mata..selagi itulah mereka mengejar kemewahan dan kuasa yang mereka mungkin lupa hanyalah sementara..

kadang-kadang aku terfikir macam mana agaknya kalau  kedua-dua pihak  pembangkang dan penyokong disatukan dalam satu persidangan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul..mesti kucar-kacir jadinya..mungkin masa tu kita akan lihat pertelingkahan yang sangat dahsyat untuk menegakkan kebenaran masing-masing..jika ade sebarang penyelewengan dan penyalah gunaan,,ape yang perlu kita lihat ialah siapa yang berada paling diatas..sudah pati pihak-pihak seperti ini yang bertanggungjawab..SPRM, PDRM dan segala badan-badan yang berkuasa..

aku pernah mendengar kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus..katanya..kalau permasalahan yang mereka buat membabitkan soal peribadi..seperti berfoya-foya,tidak menjaga batas dan sebagainya..tak perlu digembar-gemburkan..kerana mungkin dia telah bertaubat kepada Allah..tapi kalau ape yang dibuat itu membabitkan rakyat seperti kesejahteraan rakyat dan penyelewengan duit rakyat,,kita berhak untuk bersuara..

seperti ape yang aku nyatakan diatas,,politik ini ialah satu perkara yang takkan ada penamatnya....entry ini pun macam tak ada penamatnya..walaubagaimanapun..dalam ape jua kerja yang kita lakukan..kalau kita mengamalkan sifat-sifat baik seperti jujur,amanah, bertanggungjawab, beriman kepada Allah, amar makruf nahi mungkar..pasti kita akan maju InsyaAllah..kita juga perlu ingat..dunia ini cuma tempat kita diuji..apa yang penting adalah bila kita mengadap maha pencipta kita..semoga kita dielakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dikeji dan dilarang oleh Allah SWT...


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!