Thursday, 2 February 2012

TIPS : 10 Makanan Sihat Yang Perlu diambil Setiap Hari

memandangkan aku melihat begitu ramai blogger yang suka berkongsi tips-tips yang berguna dan aku pun suka membacanya,,so aku tak nak ketinggalan untuk berkongsi tips tentang pemakanan yang sihat..


YOU ARE WHAT YOU EAT!

mesti kita selalu dengar ayat kat atas tu..diri kita adalah apa yang kita makan..bermakna apa yang kita makan akan menjadi diri kita..anyway.tak perlu kot terangkan lebih-lebih..korang mesti dah paham..pemakanan yang sihat ini sepatutnya dipraktikkan sejak dari dalam perut ibu sampailah kita lahir dan sampai bila-bila...jadi aku ingin berkongsi 10 senarai makanan yang patut kita ambil setiap hari untuk kekal sihat dan cerdas..

10.TOMATO

Tomato mengandungi antioksidan Lycopene yang berfungsi untuk melawan kanser karotenoid,ia juga melindungi sel-sel kita, DNA dan struktur lain daripada pengoksidaan dan radikal bebas. Kajian pada manusia menunjukkan ia melindungi kolorektal, prostat, kanser payudara, paru-paru dan pankreas. Bukan itu saja. Mereka telah menunjukkan yang tomato mampu mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan tahap kolesterol, mengurangkan pembekuan darah dan bertindak sebagai anti-radang semulajadi. Letakkan beberapa hiris tomato dalam sandwic korang atau mencampurkannya kedalam masakan dan membuat sos sendiri yang sihat untuk dilimpahkan diatas beberapa keping dada ayam panggang tanpa lemak untuk makan malam.bunyi macam sedap..jom cuba!

9.Biji-bijian

contoh biji-bijian ialah gandum,beras merah,oatmeal, dan roti. Biji-bijian ini bukan sahaja mengandungi carbohydrate sihat, tetapi ia juga mengandungi protein - protein lengkap yang sebenarnya mempunyai kesemua sembilan asid amino penting untuk keperluan tubuh badan kita.Selain itu, ia juga mengandung vitamin B6 yang penuh dengan tiamin. Tiamin dapat meningkatkan kemampuan memori otak.

8.Walnut dan badam (kekacang)

Kekacang adalah sumber yang sangat baik untuk lemak. Walnut mampu membekalkan kita dengan Omega 3 bagi pencegahan dan rawatan asma, dan radang penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis (keadaan kulit yang menyebabkan kulit merah-merah dan gatal-gatal). satu pek kekacang mampu memberikan anda sejumlah besar protein bagi membina tubuh badan yang sihat dan merendahkan kolesterol serta mencegah diabetes dan penyakit kardiovaskular dengan mengurangkan gula dalam darah selepas makan. pastikan korang sentiasa sediakan satu pek kekacang dalam beg untuk makanan harian.. !

7.Buah-buahan (beri)

Siapa yang tidak suka beri?Blueberry, Strawberry, ceri dan blackbery adalah contoh jenis-jenis beri. beri merupakan salah satu jenis buah-buahan yang korang boleh praktikkan. Blueberry adalah makanan yang mengandunri antioksidan yang membantu  kita untuk kelihatan lebih muda, fenol dalam strawberi melindungi  artritis, dan asid ellagic dalam raspberi ialah antimikrob dan anti karsinogenik. aku pun tak tau ape maksud sebenar die,tapi yang pasti semua itu adalah khasiat yang baik untuk tubuh. Pastikan korang membeli buah-buahan yang organik untuk mengelakkan daripada racun perosak yang mereka telah sembur.

6.Bawang Putih

Sebagai rakyat malaysia, mungkin kita tiada masalah dalam pemakanan bawang putih kerana hampir setiap masakan kita diletakkan bawang putih. walaupun korang mungkin akan mengalami masalah nafas berbau dengan memakan bawang putih berlebihan,tetapi, terdapat banyak faedah yang korang boleh dapat tanpa memikirkannya. Sulfur yang terkandung dalam bawang putih membantu mengurangkan tahap kolesterol, membunuh bakteria di dalam badan, dan juga mengurangkan masalah disfungsi erektil. jangan risau sebab faedah yang kita dapat lebih berguna daripada memikirkan masalah nafas berbau..kedua-duanya seimbang.


wow!!..sedar tak?,aku dah berkongsi 5 tips pemakanan dengan korang..perlu membuat entry yang lain untuk mengelakkan korang daripada menerima informasi berlebihan  dan terlalu banyak..aku pun tak nak korang stress membaca entry aku..dan aku juga tak nak korang baca terlampau banyak tapi lupa dan tak praktikkan..terlalu banyak perkataan baru yang kita belajar hari ni..Lycopene, anti karsinogenik, antimikrob, psoriasis, Tiamin dan banyak lagi. aku rasa itu semua benda baru yang mungkin kita tak pernah atau jarang dengar..jadi aku akan berkongsi lagi 5 tips berguna untuk pemakanan yang sihat di entry yang lain..




KEEP IN TOUCH!!!

1 comment:

  1. bgs..leh amalkan dan boleh dikongsi juga dlm blog...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!