Thursday, 2 February 2012

TIPS : 10 Makanan Sihat Yang Perlu diambil Setiap Hari - bahagian 2

Entry ini ialah sambungan daripada TIPS : 10 Makanan Sihat Yang Perlu diambil Setiap Hari..

5.Bayam dan Kubis

sayur-sayuran berdaun adalah lebih berkhasiat dan berfaedah seperti bayam dan kale. Fitonutrien dapat membantu daripada menghidap penyakit jantung dan kanser kolon, ia juga penuh dengan zat besi yang akan membekalkan kita tenaga sepanjang hari. kubis, masih ramai orang tidah mengetahui yang kubis adalah satu lagi sayur hijau yang melindungi wanita daripada kanser ovari, ia juga menyahtoksin badan dan sel-sel kita, dan memberikan sistem imun dan rangsangan yang besar. daripada membazir duit beli pil detox atau pil-pil lain,memakan sayur bayam dan kobis adalah lebih baik!

4. Serbuk kayu manis

Serbuk kayu manis boleh didapati di mana-mana pasar raya atau kedai runcit di bahagian herba dan rempah dan harganya sangatlah murah. Ini adalah salah satu rempah yang perlu kita gunakan seberapa banyak yang mungkin.Serbuk kayu manis boleh menghalang pembekuan serta bakteria dan pertumbuhan kulat pada badan. Manfaat yang paling bagus daripada kayu manis adalah mampu untuk mengurangkan tahap gula dalam darah. Maksudnya ia boleh membantu mengurangkan dan mengekalkan berat badan kita. Kayu manis juga boleh melambatkan pengosongan perut selepas makan.

3.salmon (ikan)

Salmon adalah satu lagi sumber semula jadi omega 3 asid lemak. Penggunaan salmon telah dilaporkan dapat mengurangkan keradangan di dalam badan kita iaitu petanda penuaan dan penyakit, dan lain-lain penyakit kardiovaskular. Hanya dua hidangan salmon seminggu sudah mencukupi untuk menurunkan trigliserida dalam aliran darah kita yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kolesterol. ia merupakan salah satu makanan terbaik yang korang boleh makan. jika tiada ikan salmon.ikan-ikan lain pun boleh seperti ikan siakap, ikan kembung dan sebagainya.

2.brokoli

Brokoli mengandungi fitonutrien yang mampu melindungi kita daripada pelbagai jenis penyakit kanser. Ia juga membantu mencegah daripada kerosakan sel hati dan kulit, dan telah dilaporkan untuk merawat dan menghapuskan jangkitan bakteria maut di dalam badan kita.korang boleh Cuba stimkan brokoloni ni atau rebuskan dalam air mendidih selama satu minit untuk melembutkannya sebelum makan.campurkan dalam salad pun boleh.

1.telur

Ya, telur mengandungi jumlah protein yang sanagt tinggi dan lemak jantung yang sihat. korang tahu tak yang tidak semua protein adalah sama, dan tidak semua jenis protein boleh diserap oleh badan kita ? Telur berada di tempat yang pertama kerana tahap penyerapan kandungan protein didalamnya untuk tubuh badan adalah sangat tinggi.

Terima kasih kerana membaca tips daripada aku..harap korang boleh praktikkan dalam kehidupan seharian untun menjana hidup yang lebih sempurna dan sihat,,begitu juga aku!

The Healthy Boy



KEEP IN TOUCH!!!  =)

1 comment:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!