Wednesday, 21 March 2012

5 sebab untuk tidak memiliki ipad terbaru

Walaupun aku tak bercadang untuk memiliki sebuah ipad yang terbaru..tapi aku pasti mesti ramai yang dah berangan-angan untuk memiliki ipad 3..dan mesti ada yang sedang membuat perbadingan atau perkiraan untuk memiliknya..aku ingin berkongsi beberapa sebab kenapa ipad 3 tidak harus dimiliki..


1.Dah ada iPad 2.

Apple mempunyai nilai pasaran saham yang terbesar dalam kategori ini, jadi mungkin ada diantara korang membaca artikel ini menggunakan iPad atau iPad 2. Kalau korang berjalan kemana-mana, korang akan melihat lebih ramai pengguna iPad 2 daripada mana-mana tablet lain .Perbezaan antara iPad 2 dan iPad 3 tidak banyak, selain daripada skrin yang mempunyai resolusi tinggi dan penyambungan  LTE. naik taraf yang dilakukan pada kamera ipad 3 hanya perkara remeh pada tablet dan tidak harus mempengaruhi keputusan korang untuk mendapatkannya.Dan kalau korang dah ada iPad yang pertama, korang boleh mendapatkan iPad 2 untuk harga yang lebih rendah!

2.Skrin sahaja tak berbaloi.

Upgrade yang utama  dilakukan pada iPad yang baru ini ialah: paparan Retina (Retina display).Tak dinafikan paparan skrin ipad 3 memang hebat. Teks kelihatan sangat jelas dan warna yang amat terang. iPad yang lama memaparkan 1,024 x 768 pixels yang pada hakikatnya sudah cukup dan tidak memberikan apa-apa kesukaran dalam membaca dan melayari internet.kalau korang tidak mempunyai masalah dengan paparan 1080p HDTV 40 inci, dan berpuas hati dengan 1280 x 800 paparan pada tipikal tablet Android 10-inci, mengapa perlu keluarkan wang tunai tambahan untuk piksel begitu banyak pada hanya 9 inci skrin?

baca entry ini sepenuhnya...


3.Sebahagian besarnya masih lagi tidak memberangsangkan malah masih sama.

IPad pertama mempunyai hanya satu proprietary port, iPad 2 masih mempunyai satu proprietary port, dan dengan iPad baru generasi ketiga, tetap hanya satu proprietary port untuk mengecas dan pemindahan data. IPad masih tiada port USB, dan slot kad SD mikro berbanding yang lain.Skrin juga masih 9.7-inci dengan tiada penambahbaikan seperti gorilla glass untuk perlindungan. Nisbah aspek masih 4:3 yang tidak ideal untuk menonton filem.Malah, jika korang meletakkan iPad 2 di sebelah iPad yang baru, hanya segelintir orang akan dapat membezakan dari jauh. Berbanding dengan tablet Android, dan tablet Windows 8 yang akan datang, reka bentuk iPad 3 sangat lama.

4.Bukan hanya ada satu jenis tablet sahaja.

Kebanyakan ciri-ciri iPad yang baru boleh didapati dalam bentuk tablet yang sedia ada. Korang juga boleh mendapatkan tablet Android yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, atau tablet dengan sistem operasi penuh seperti tablet Windows 7. Ia bergantung kepada apa yang korang nak lakukan pada tablet korang, dan adalah sangat penting untuk memeriksa tablet yang lain dahulu dan tidak terus memilih iPad 3 sebagai pilihan utama.


5.Cepat panas

Ramai diantara pengguna iPad 3 tidak berpuas hati dengan keluaran syarikat apple itu. Ini kerana keadaan tablet itu yang cepat panas berbanding dengan edisi yang terdahulu.Produk terbaru Apple tersebut dikatakan mempunyai masalah cepat panas di bahagian bawah sebelah kirinya dan ada juga yang mendakwa ia melibatkan hampir seluruh bahagian kirinya. Ada juga yang mengadu dan mengatakan yang ada sesuatu tak kena dengan keluaran ipad terbaru itu..

sumber : yahoo & sini

Aku harap ini membantu korang untuk membuat keputusan yang terbaik..bagi yang dah pun memiliki ipad 3..jangan lah menyesal pulak..korang masih mempunyai tablet tercanggih masih kini..!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

2 comments:

  1. Owh... Thanks for d info. ^^

    ReplyDelete
  2. Terimakasih untuk infonya, salam kenal dari Indonesia :), andai saja saya bisa Menjadi Teknisi Komputer yang Terampil pasti saya akan membuat perusahaan yang sama hebatnya dengan Apple. wkwkkw ^^..

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!