Friday, 23 March 2012

Pancing undi dengan duit! boringgg!!!

Dalam entry-entry lepas yang berkaitan politik pun aku ade tulis yang seboleh-boleh sangat aku tak nak tulis ape-ape yang berkaitan politik dalam blog aku..Tapi politik ni sentiasa memanggil aku untuk menulis sesuatu tentangnya..Oleh kerana satu hari nanti kita semua akan jadi pengundi yang menetukan pucuk pimpinan kerajaan,sedikit sebanyak kita perlu ambil tahu tentang isu politik..

sangat jarang aku menulis tentang politik..Pembaca berita tersasul dan kebebasan DS Anuar Ibrahim,siapa yang betul dalam politik?,Ape orang dan Rosmah mansor kata tentang anugerah PHD..sepanjang aku berblog..cuma ini jew entry aku yang ade berkaitan dengan unsur-unsur politik sikit..itu pun aku sentiasa cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak..walaupun hakikatnya kita semua ade pilihan sendiri..

sape tak nak duit?
baca entry ini sepenuhnya...
Baru-baru ini aku tertarik dengan satu video yang aku jumpa di youtube..berkaitan dengan perdana menteri yang cuba untuk menarik undi dengan pelbagai sumbangan..untuk bagi sumbangan tu memanglah tak salah..tapi pada aku ayat-ayat dalam video ini sangatlah JELAS menunjukkan yang pm kita ni seolah-olah memancing pengundi dengan duit..

bukan itu saja..kita semua tahu tentang jumlah RM100 yang diberikan pada SEMUA pelajar sekolah,voucher buku RM200, bantuan rakyat satu malaysia RM500..pada aku ini sangat lah tidak releven..bayangkan mereka mendapat bantuan RM500 hanya untuk satu kali..hidup mesti diteruskan..at least RM 500 boleh lah menampung untuk sebulan..bulan-bulan seterusnya?


Mula-mula aku tak percaya yang RM100 tu diberikan kepada semua pelajar..aku memang tak percaya..takkan orang anak orang berada pun dapat..tapi akhirnya aku terpaksa percaya yang perkara itu betul..

sebagai seorang mahasiswa..aku tak nafikan yang RM200 tu memang bagus..tapi kalau tak silap aku..pelajar yang mendapat tajaan JPA atau pun PTPTN..mereka dah diberikan sekali elaun untuk buku rujukan..memandangkan ade sesetengahnya tidak menggunakan terlalu banyak buku rujukan..terpaksa menghabiskan voucher mereka dengan membeli barang-barang yang tidak berapa penting sepeti cermin mata(sedangkan yang lama masih boleh pakai),pen selonggok!alat-alat tulis lain yang banyak,novel,buku-buku hiburan dan banyak lagi..

Memang pening kalau kita nak fikirkan tentang isu-isu macam ni..yang pasti..setiap perkara yang berlaku  ade perancangan disebaliknya..aku harap kita semua tak tersilap untuk memilih mana yang baik dan mana yang salah..

Seperti yang aku dah tulis diatas..aku nak kongsi satu video yang mana juga dikongsikan oleh PM kita sendri di page Facebook beliau..



p/s : sekarang zaman duit..no money no talk!!!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)



No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!