Monday, 23 April 2012

15 Fakta MENARIK tentang otak manusia.!

Ramai mempercayai yang saiz otak manusia sama dengan kedua-dua genggaman tangan yang digabungkan. Apa lagi yang kita tahu tentang otak kita?


Jom baca fakta-fakta menarik tentang organ yang terletak paling tinggi dalam badan manusia ni..!

1. Kajian keatas satu juta pelajar di New York menunjukkan pelajar yang mengambil makanan tengah hari tanpa perasa tambahan(msg) mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pelajaran berbanding sebaliknya.

2. saintis telah menemui bahawa otak lelaki dan perempuan bertindak berbeza keatas kesakitan, yang juga menerangkan mengapa perempuan lebih mudah berasa sakit.

13 lagi Fakta MENARIK tentang otak manusia.! dengan membaca artikel ini sepenuhnya...



3. 75% otak manusia terdiri daripada air.(sebab itu kepala akan berasa pening jika kurang meminum air masak.)


4. Menguap akan membuatkan oksigen lebih banyak dihantar ke otak seterusnya menyejukkan bahagian otak.

5. Semasa kita bangun daripada tidur, otak kita menjana antara 10 hingga 25 watt tenaga yang mana mampu untuk menyalakan satu mentol!

6. Otak manusia adalah organ yang paling gemuk dalam badan dan mengandungi lebih kurang 60% lemak.

7. Otak kita mengandungi lebih kurang 100 billion neurons.

8. Otak manusia menggunakan 20% oksigen didalam badan.


9. Mempelajari muzik mampu untuk meningkatkan organisasi otak dan keupayaannya. Ianya terbukti kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.

10. Informasi didalam otak manusia dihantar dengan kelajuan lebih kurang 268 batu sejam. Kecuali anda dalam keadaan mabuk, semua benda akan bekerja dengan sangat lambat!

11. Otak manusia berhenti membesar di usia 18 tahun.

12. Walaupun otak kita cuma sabahagian daripada 2% berat badan sahaja, tetapi ia memerlukan 20%-30% kalori yang kita ambil setiap hari.


13. Tekanan yang berlebihan akan mengubah sel-sel otak, struktur otak, dan fungsinya.

14. Otak tidak mempunyai pengesan rasa sakit, jadi otak tidak merasai rasa sakit.

15. Setiap neuron dalam otak berhubung antara satu sama lain melalui 40,000 penghubung setiap satu yang dipanggil "synapses". 40,000 didarabkan dengan 100 billion neurons bersamaan dengan lebih daripada  bintang yang ada di alam semesta ini!



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)



5 comments:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!