Tuesday, 10 April 2012

24 artis yang berhijrah bertudung


Tiba-tiba aku jadi terpanggil untuk membuat entry tentang penghijrahan ramai selebriti wanita untuk bertudung, yang pada aku sangat memberangsangkan ketika ini. Sudah ramai penyanyi, pelakon, mahupun pengacara tempatan yang kini mula berhijrah kearah yang lebih baik, dan mengambil jalan untuk menutup aurat yang telah diamanahkan oleh Allah.

Jom kita tengok senarai 24 artis yang dulu tidak bertudung dan kini tampil bertudung...

1.Wardina

2.Irma Hasmie

22 lagi gambar artis bertudung dengan membaca entry ini sepenuhnya...


3.Farah AF

4.Raja Farah

5.Farah Asyikin


6.Diana Amir

7.Abby Abadi

8.Yatt

9.Ana Raffali

10.Natasha Hudson

11.Anne Hot fm

12.Siti Nordiana

13.Akma af

14.Catrina Bahrin Ross

15.Ramlah Ram

16.Sheila Rusly

17.Enot

18.Norkhiriah

18.Abby Fana

19.Aishah

20.Siti Fairuz

21.Sharifah Aini

22.Teh syuhada

23.Noraniza Idris

24.Anne Ngasri

Mungkin ada sesetengah selebriti yang tak mahu bertudung kerana takut jika tawaran untuk membuat persembahan dan berlakon terbatas. Itu sudah semestinya salah.

Sheila rusly setiap tahun rancangan ketuk-ketuk ramadhan yang popular kat tv1 masih berjalan. Produksi penerbitannya pun masih aktif.Ramlah Ram, dah jadi mentor sekarang. Wardina, tawaran untuk bagi motivasi melimpah-limpah. Diana Amir, masih lagi giat berlakon.Enot dah berjaya dengan perniagaan kek. Malah ada yang lebih bertambah popular bila bertudung.

Kita duduk di negara islam, janganlah jadikan bertudung itu satu punca jika rezeki berkurang. Bertudung itu sendiri merupakan rezeki yang tak ternilai Allah berikan. Bersyukur dan berdoa untuk dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat, Hidup tak lama.

Mugkin tak dinafikan semua yang menutup aurat itu mengikut syariah yang betul, untuk melakukan perubahan yang mendadak itu bukan lah satu perkara yang mudah. Sekurang-kurangnya bermula dengan bertudung itu sudah bagus daripada kita masih berada di takuk yang lama. Perubahan itu boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Yang paling penting ialah sokongan dan dorongan orang sekeliling dan semangat yang kental untuk berubah. 

Apa yang nak disampaikan dalam video ni sangat bagus...jom tengok!


video ni pun best!..Lebih baik bermula daripada sekarang sebelum terlambat.

      p/s: pakai tudung bawal pun cantik!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

10 comments:

  1. noorkhiriah pun sama jgk... normala shamsudin... abby fana penyampai radio sinar fm... aisyah penyanyi janji manismu... penyanyi yg buat penghijrahan bertudung dulu pun ada SITI FAIRUZ... rmai lg sbenarnya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..

    Ramai rupanya yang da bertudung...

    ReplyDelete
  3. Wah.. diam tak diam, dah ramai yg berhijab.. Alhamdulillah.. Info yg menarik,..

    ReplyDelete
  4. setahu saya yatt tak pakai tudung.
    tgk dalam rancangan wanita hari ini beberapa minggu yg lalu.

    ReplyDelete
  5. Bertudung tapi..

    nampak leher
    nampak bentuk body

    Hmm , semoga hati mereka terbuka untuk tutup aurat penuh.. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah .. dah mula utk berubah menutup aurat wlaupn blm spenuhnye.hope isitiqomah and smga akn dtg dpn ttp semua.yg tinggl hnya muka and tapak tgn.Ramai yg tak prasan ttg di kaki.jgn lupa tutup eh.tudung pn bleh asal pkai tdung dlm coz i know tdung tu jarang.
    Tutup aurat not balut aurat and tak jarang ^__^ peace !!

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!