Friday, 13 April 2012

Perbezaan : 90an vs sekarang.!

Zaman dah berubah, dunia dah maju..banyak perbezaan yang kita boleh tengok berbanding dengan zaman dulu. Bagi aku yang lahir di zaman 90an, mungkin aku masih dapat bezakan beberapa perkara antara dulu dan sekarang..antaranya Snek / jajan zaman dulu yang semakin dilupakan dan Permainann zaman dulu yang semakin dilupakan.

Setiap perubahan yang berlaku mesti membawa kepada suatu kebaikan dan keburukan. kebaikan itu adalah sesuatu yang untuk dinikmati tetapi keburukan itu adalah bayaran yang harus kita tanggung. Secara keseluruhannya mungkin aku boleh katakan yang segala perubahan yang berlaku adalah disebabkan teknologi yang semakin menjadi tuntutan manusia zaman sekarang.

jom kita tengok antara perbezaan : 90an vs sekarang.!



5 lagi Perbezaan : 90an vs sekarang.! dengan membaca artikel ini sepenuhnya...







Sebelum tu aku nak minta maaf untuk gambar yang terakhir tu..tapi mungkin ade yang terasa kot =P...

Yang tu mungkin masih boleh diterima, ada sampai satu tahap, tengah duduk semeja dengan kawan-kawan tapi masing-masing sibuk dengan gadget mereka. Mungkin kita perlu wujudkan satu hari atau minggu yang dipanggil "Free-technology".

Maksudnya dalam satu tempoh yang tertentu kita cuba untuk mengelak daripada menggunakan tenknolgi yang ada.

1. Kalau nak jumpa kawan, jumpa secara berdepan bukan skype atau telefon.

2. Gunakan kaki untuk berjalan menuju ke satu-satu tempat.

3. Gunakan pen dan tangan untuk menulis bukannya jari dan keyboard dengan menaip.

dan sebagainya, mungkin dengan cara ni kita akan lebih sedar dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)



9 comments:

  1. kalo perasan pakaian jer xbanyak berubah. hehehe orang skunk da ikut pakaian trend 60an dulu .

    http://nanabibi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Memang banyak perbezaan antara dulu dan sekarang.

    ReplyDelete
  3. kadang2 teknologi buat manusia jadi lebih malas...hahaha...

    ReplyDelete
  4. banyak sungguh perbzaan zmn dulu ngn skrg..makin lama makin maju :D

    ReplyDelete
  5. dulu dengan sekarang. . .memang lain sangat!
    walaupun hidup dekat era 90 tu tak lama, tapi perbezaan nya tetap terasa XD

    ReplyDelete
  6. eh. betul lah semua gambar yang ada dekat atas tu. HAHA

    Jom kunjungi Entri Terbaru saya Mari belajar berenang

    ReplyDelete
  7. Just dropping by from fb Blogger group.

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!