Saturday, 7 April 2012

Resipi nasi goreng bujang ekspres - 5 minit siap!

Sapa yang selalu menghadapi masalah lapar pada waktu malam atau pada bila-bila masa, sila jadikan resipi mudah ni sebagai back up..Walau pun dengan bahan yang sikit, tapi rasanya sedap..

Bahan-bahan

1. Nasi putih satu pinggan
2. Bawang merah kecil satu biji
3. Bawang putih 2 ulas
4. separuh kiub pati ayam
5. Telur sebiji
6. minyak dan sedikit garam

Cara-cara

1. tumbuk bawang merah dan putih hingga lumat dan tumiskan sehingga naik bau.
2. masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan garam.
3. masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
4. bahagikan kuali kepada dua untuk menggoreng telur.
5. campurkan dan gaulkan sekali.
6. siap untuk dihidangkan.


Durasi untuk menyiapkan resipi ni 5-10 minit je..Senang kan..rasanya pulak memang sedap..kalau nak tukar selera sikit, kiub tu boleh tukar dengan serbuk ikan bilis.

Untuk pengetahuan semua, Resipi ini adalah ciptaan aku sendiri hasil daripada menggeledah peti sejuk mencari idea.. Tak sangka rasanya agak memuaskan, so aku pun kongsi lah dengan korang. Kalau tengah lapar apa pun jadi sedap! You're Welcome!=P


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

4 comments:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!