Sunday, 13 May 2012

8 perkara JANGAN buat selepas makan!

Hidup ini penuh dengan peraturan. Setiap negara pun ade peraturan untuk hidup aman. Sama jugak dengan tubuh badan kita yang juga ada peraturan. Kalau nak sihat, ikutlah peraturan yang dah ditetapkan.

Bila membabitkan soal makanan, memang banyak peraturan yang kita kena ikut. pergi kat link ni "TIPS : 10 Makanan Sihat Yang Perlu diambil Setiap Hari" untuk tahu lebih lanjut tantang tips pemakanan. Apa yang kita makan hari ni memberi kesan yang sangat besar bila kita dah berusia nanti. Tabiat kita semasa makan juga perlu dititik beratkan.

Apa yang aku nak kongsi sekarang ni ialah 8 larangan selepas makan. Mungkin selama ni kita tak sedar, ada perkara yang kita buat akan memudaratkan tubuh badan. Ataupun mungkin kita dah tahu, cuma sebab dah jadi tabiat, susah nak dielakkan. Atau mungkin kita tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab ramai orang lain pun tak tahu. macam-macam kemungkinan!

Lebih baik kita mulakan gaya hidup yang sihat sebelum terlambat. Jom baca 8 perkara JANGAN buat selepas makan!


1. Jangan merokok.

Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.

(p/s : Walau apapun merokok tetap membahayakan kesihatan!!! Berazam untuk berhenti dari sekarang!)


2. Jangan makan buah-buahan.

Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.


6 lagi tips dengan membaca entry ini sepenuhnya...



3. Jangan minum teh.

Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.


4. Jangan melonggarkan tali pinggang.

Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.


5. Jangan mandi.

Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.


6. Jangan banyak berjalan.

Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil. Baca fakta tetang berjalan di sini.


7. Jangan terus tidur.

Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.


8. Jangan terus minum air.

Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan. Baca disini untuk mengetahui "Waktu terbaik minum air masak".

Selamat mengamalkan ye!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

9 comments:

  1. 4, 6, 8 ! Slalu buat ! Haha, btw, thnks alot 4 de info...lau x, slme nie emg xtaw lgsg lah..! Hee, follow me ..
    http://farhanabiella.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hehe.. Info ni mmg tak setuju, Buah2an dan air digalakkan makan/minum selepas makan.. selepas makan org2 tua makan buah, sihat walafiat je.. Semuanya dari kehendak allah , bukan dari pengkaji2 sain.. Kalau mandi pun sama.. Kalau makan selepas tu mandi tk de masalah pun sbb mandi itu juga kesihatan diri (bersihkan diri).. kalau lebih baik, mandi dulu baru makan.. :) nice sharing ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah, tapi kalau ikut kajian pekara-pekara ni boleh datang kan kesan tak baik..in fact rasulullah pun tak makan buah selepas mengambil makanan berat. ini cuma tips untuk gaya hidup yang lebih sihat..

      Delete
    2. Ko akan tau benar atau tidak bila kp dah tua

      Delete
  3. Ok, take note! thank you.. :)

    ReplyDelete
  4. Kalo benda baik better x payah komen .just diam kalo x stuju pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU KOMEN JUGAK?

      ATAU PUN AYATNYA BERBUNYI BEGINI: SUKE ATI LE NAK KOMEN APE PUN.. JANJI TAK MENJADI KESALAHAN DISISI UNDANG2 OK LA TU PAROKKK!
      HAHAHA

      Delete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!