Saturday, 26 May 2012

I'm going to Singapore!

Kalau ikut perancangan, lepas raya nanti aku pergi singapura untuk melawat negara jiran tu, under project english kat ukm. Dia kata nak sponsor from head to toe, duit makan, duit belanja, penginapan, transport sume ditanggung oleh pihak u 100%. Gila kau tak nak join!

Sebenarnya matlamat utama program ni nak practice penggunaan english kat dunia luar. Maklumlah, nak bawak pegi london, budget tak mengizinkan, yang ado jew la!.


Yang bestnya pasal program ni ialah dia bagi 5 tempat wajib lawat sebagai antara misi yang perlu kita selesaikan. Semuanya sendiri-sendiri. Pihak u cuma hantar sampai johor baru je, pastu pandai-pandai la nak hidup sampai kat singapore tu. Huisshh! mencabar ni..macam amazing race plak. Lepas siap melawat 5 tempat tu, ha suka hati lah nak pegi mana. Ni yang best ni.

Gambar on the spot, dalam wallet tinggal satu.huh..4 keping rm10(mahal giler!)
Walaupun projek ni lama lagi, tapi persiapan dah kene buat start dari skarang, paper work dan segala benda sume kene settlekan siap-siap termasuklah passport. Ingat susah sangat nak buat passport, rupanya cuma pergi je kat imigresen, isi borang n bagi 2 keping gambar passport, bayar rm100 untuk 2 tahun / rm300 untuk 5 tahun lepas tu tunggu dalam sejam dah siap! Senang sangat! Pastu korang pi lah melancong mana-mana kecuali israel! Israel tu bukan negara pun kan?

Mula-mula plan nak guna pas berkumpulan, rupanya sistem macam tu dah tak ade. So kene lah buat passport. Sekarang ni aku kene tahu serba sedikit tentang singapore. Antaranya:

what do's and don'ts in singapore?


Sebab singapore kan antara negara yang ketat undang-undangnya. Meludah/buang sampah merata-rata pun kena saman. Melintas jalan pun tak leh sesuka hati kan. Gula-gula getah pun tak leh.Kalau korang ade info-info penting nak bagitau tentang singapore ni, comment lah entry ni.

Hopefully projek ni berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

p/s : tak sabo beno, padahal 3 bulan lagi!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

1 comment:

  1. leklok g singapore... :)
    org kat sana strict ke ek? time management?

    nt update la story kat sana ye

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!