Thursday, 24 May 2012

Doa Taubat yang SANGAT menyayat hati - Madrasah Al Junied

Doa taubat yang dilagukan oleh pelajar madrasah al-junied ni cukup membuatkan hati aku rasa sebak. Seriously aku rasa sangat tersentuh, mungkin kerana keikhlasan liriknya dan suara yang sangat menyayat hati tu, membuatkan air mata aku rasa nak mengalir.


Lirik dia sangat puitis dan sapa-sapa yang dengar mesti akan rasa sesuatu yang sangat memilukan. Pertama kali aku hayati lirik ni beberapa tahun yang lalu,memang air mata aku mengalir (tak ade orang nampak! =(), sangat sayu rasa. Banyaknya dosa aku! Sampaikan satu tahap aku tak boleh nak nyanyikan lagu ni bersama-sama. Terlalu sebak memikirkan diri yang penuh khilaf ni. Sampai sekarang ni pun bila dengar rasa sebak sangat.

Baca artikel ini sepenuhnya...


Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,
Walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi.
 Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
 Fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhan ku aku TIDAK LAYAK untuk syurgamu,
Tetapi aku TIDAK pula SANGGUP MENANGGUNG siksa NERAKA mu,
Oleh itu KURNIAKANlah keAMPUNan kepada ku,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.


Sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari daripada membuat dosa. Boleh dikatakan dalam satu hari kalau kita tak buat silap memang tak sah. Bila teringat balik liriknya yang indah ni, terasa macam ada satu penolak yang menolak aku untuk mengubah diri untuk kearah yang lebih baik.!

Tapi kenapa manusia ni selalu lupa. Walaupun kadang-kadang kita tahu apa yang kita buat tu salah, tapi kenapa kita still nak buat?! Setiap orang mesti pernah rasa benda yang sama?


Adakah perlu untuk kita membuat perkara-perkara seperti itu sebelum menjadi insan yang baik?

Kalau kita tengok ramai alim ulama' ataupun ustaz-ustaz sekarang ni mempunyai kisah silam yang tak seindah yang kita sangka. Tapi akhirnya kembali ke pangkal jalan yang betul. Adakah dengan membuat perkara-perkara itu mereka mendapat petunjuk? Adakah kita perlu melalui semua perkara itu untuk menjadi Hamba Allah yang bertakwa?

Sebagai manusia biasa sudah semestinya kita tak terlepas untuk mencuba semua perkara yang ada di dunia ni. Semua itu pengalaman yang mematangkan kita dan memberi kita pengaruh yang besar untuk memilih jalan yang benar ataupun sebaliknya.


Kita pun bukannya malaikat yang tahap imannya sentiasa tinggi dan kekal. Adakala kita rasa macam nak buat baik, tapi kadang-kadang kita rasa nak buat dosa sikit pun tak ape. Itu lah manusia biasa yang tak pernah kekal tahap keimanannya, nak salah kan syaitan yang menghasut? mereka cuma menjalankan tugas. Segalanya berbalik pada kita sendiri.

Apa yang kita mampu buat hanyalah berdoa supaya ditetapkan iman dan cuba sedaya upaya untuk menjadi insan yang lebih baik disisi orang lain dan disisi yang Maha Pencipta, Ya Allah!..

Semoga kita semua akan tergolong dalam kalangan orang yang mendapat petunjuk dan hidayah, dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman kelak, INSYAALLAH!!!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!