Monday, 7 May 2012

Perbezaan menarik : LELAKI VS PEREMPUAN

Sebelum ni aku ade share tentang 19 pekara PENTING lelaki JANGAN buat pada perempuan.. ramai yang tertarik dengan entry tu, mungkin mereka rasa apa yang tertulis semuanya betul.

Aku pasti mesti ada yang tersengeh-sengeh bila baca perbezaan menarik antara lelaki vs perempuan ni..jom baca!=)



1.DUIT

Lelaki sanggup membayar RM2 untuk barang yang benar-benar diperlukan walaupun harganya cuma RM1

Perempuan sanggup membayar RM1 untung barang yang bernilai RM2 walaupun ia tak penting,kerana ade discount!

7 lagi Perbezaan menarik : LELAKI VS PEREMPUAN dengan membaca entry ini sepenuhnya...



2.BILIK MANDI

Lelaki cuma ada sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, pencukur dan tuala sahaja di dalam bilik mandi.

purata perempuan mempunyai perkakas mandian yang sangat banyak sehinggakan ada yang kaum lelaki sendiri tidak dapat kenal pasti apakah barang itu!

3.PERTELINGKAHAN

perempuan akan memastikan dia yang terakhir berkata-kata dalam pertelingkahan.

apa saja yang lelaki akan cakap selepas itu adalah permulaan pada pertelingkahan.

4.MASA DEPAN

Perempuan akan risau tentang masa depannya sehingga dia mempunyai suami.

Lelaki tidak risau akan masa depannya sehingga dia mempunyai isteri.


5.KEJAYAAN

Lelaki yang berjaya ialah lelaki yang mampu mencari sumber kewangan lebih daripada apa yang isterinya belanjakan.

perempuan yang berjaya adalah mereka yang dapat mencari lelaki seperti diatas.

6.PERKAHWINAN

perempuan berharap lelaki yang dikahwininya akan berubah menjadi lebih baik, malangnya kurang berlaku.

lelaki berharap pasangannya tidak berubah selepas mereka berkahwin, malangnya tidak.

7.BERPAKAIAN

Perempuan akan bersiap-siap untuk keluar shopping, buang sampah, ambil surat, tutup pagar rumah.

Lelaki akan bersiap semasa hari perkahwinannya dan hari raya.


8.SEMULA JADI

lelaki akan kelihatan sama sebelum dan selepas bangun dari tidur.

perempuan akan kelihatan seperti ada gempa bumi yang berlaku semasa mereka tidur!

Ade yang tak setuju?..Yang pasti tak semua orang sama. Setiap orang ada karakter yang berbeza-beza. Apa yang tertulis kat atas ni mungkin  secara am sahaja. Tapi aku tak nafikan ade sesetengahnya memang betul! ;)



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

4 comments:

  1. sebeb ia sering berlaku pd ko... btl tak???

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Depends kat orang kot:p

    ReplyDelete
  3. erk..cam gempa bumi..tak kot..tu lau yg suka mekap je..hahaha...kan??? ada yg betul tp byk yg ta betull..:P

    ReplyDelete
  4. hahaha...tertinggal...

    lelaki

    ada kasut kurang dari 5 pasang..

    perempuan

    ada kasit lebih dari 5 almari...

    hahhahahaha

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!