Wednesday, 9 May 2012

Percutian menarik yang tak disangka!

Untuk entry kali ni, aku nak cerita tentang benda yang sedikit personal pulak. Sekali-skala nak jugak share ape yang berlaku dalam hidup aku, nak jugak aku cerita serba sedikit pasal diri aku kan.. Baru lah kita berkanal-kenalan sesama blogger dan pembaca!..ok cukup dah intro, boleh lupakan dan teruskan baca pasal percutian aku yang menarik ni.=P

2 minggu yang lepas(27-29 april 2012) aku join aktiviti kelab pergi teluk cempedak kuantan pahang. Lawatan yang aku join kali ni adalah lawatan yang paling best aku pernah join.. Kalau sapa yang pernah pergi rombongan-rombongan sekolah dulu-dulu tu mesti tau yang lawatan ni terikat dengan jadual yang disediakan penganjur. Tapi memandangkan yang anjurkan program ni pelajar tahun satu iaitu aku dan kawan-kawan, jadi kami letak kebanyakan aktiviti adalah bebas..muahaha=D

bilik hotel.
Baca artikel ini sepenuhnya...
Mula-mula check in hotel (TC beach hotel) dalam pukul 7 . Hotel bajet jew, tapi still dapat keselesaan yang maksimum. tempat hotel ni memang sangat strategik, tak sampai 5 minit pun jalan kaki untuk ke pantai. Sekeliling tu pun ada banyak restoran yang best-best. KFC & McD pun ada. Kawasan hotel ni pun sesuai untuk buat gathering atau pun family day. Tempat bbq ada disediakan. 

TC beach hotel kuantan.
dekat sangat dengan laut.

boleh ambil contact number tu kalau nak booking.
Hotel bajet yang kami duduk ni harganya cuma sekitar RM80-100++..ade 3 jenis bilik. 2 katil single, 1 single+ 1 katil double, dan dua katil double+berandar. Malangnya berandar tu tak menghadap laut pun. Uncle owner hotel ni sangat mesra (walaupun kadang-kadang buat lawak tak jadi, terpaksa kitorang "gelak terpaksa"),tapi kami nampak apa yang dia cuba nak buat, supaya kitorang selesa dan mesra  dengan dia,gud job uncle, punch line kena lebihkan=P. Fasilities pun cukup dia bagi semua. Ok, aku promote hotel, tapi sebab layanan yang baik diberikan oleh pihak hotel ni, aku tak kisah pun. Kalau pegi teluk cempedak boleh lah duk kat hotel bajet ni.

Pantai ciptaan Allah yang sangat indah!
Pantai teluk cempedak.
laut ditepi laluan perjalanan, berenti kejap.
Apa yang menarik kat teluk cempedak ni?. Mungkin tak banyak beza dengan tempat percutian tepi pantai yang lain. Kedai-kedai cenderamata, kedai cenderamata, dan kedai cenderamata..lol=D..tu je la yang ada..Tapi aku yakin, kalau dah sampai kat tepi pantai tu, 90% masa korang mesti dihabiskan untuk tengok keindahan lautan yang luas terbentang di sekalian alam bak tiada penghujungnya tu!.tengok ombak yang silih berganti tu pun dah cukup buat orang khayal. Nak feeling-feeling ombak rindu katanya..hrrmm, klise sangat!

Bagi aku, laut memang dicipta untuk memberikan ketenangan pada orang yang tengah stress. At least bila kita tengok pantai yang luas macam tak ade penghujung tu, kita sedar yang bukan kita je kat dunia ni yang ade masalah, dan kita sedar betapa luasnya dunia ni untuk kita terokai.

Aku nak share satu cerita yang aku tak ingat wataknya, tapi yang aku pasti berlaku pada zaman dulu. Ada seorang berkata, kalau nak tahu berapa banyak ilmu yang kita ada, cuba kita tengok pasir-pasir yang melekat-lekat kat kaki kita, ibarat nya itulah ilmu yang kita ada, tapi ilmu yang kita tak ada meliputi seluruh lautun yang luas terbentang tu.! MasyaAllah!

Walau macam manapun, hidup mesti diteruskan. so just gembira dengan hidup kita selagi diberi peluang. Setiap orang pun ada masalah.

on the way balik, singgah sungai leteng.mandi manda. Leteng ke?
Dalam perjalanan balik semula ke universiti kebangsaan malaysia yang kami semua cintai dan sayangi lagi kami hargai,,kenapa?..ok over..kami singgah mandi manda kat sungai leteng, area-area tepi highway kot. sebab yang ni unplanned activitiy, so aku tak tengok sangat kat area mana masa tu. Yang lelaki majority mandi, tapi perempuan cuma dapat celup-celup kaki & tangan je kat air yang sejuk dan menyegarkan tu..hhuuisshh!!..memang segar sangat..Sebab kami diberi masa sejam je kat tempat tu. So takut tak sempat.

Siap-siap mandi pastu jamak solat zohor & asar, kami pun bertolak dari tempat tu terus ke ukm..perjalanan balik memang tak rasa, sebab aku membuta kat dalam bas, baring kat tempat pemandu belakang bas tu..=D..tau-tau dah sampai.!..

"Pengalaman memang tak dapat dibeli atau dipelajari kat mana-mana. Rasa dan alaminya sendiri!"

kami tempah semua bilik. muahaha!=D

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)



No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!