Wednesday, 9 May 2012

Tak sangka ibu dera anak sampai macam tu sekali!!!

Mula-mula aku malas nak bukak video-video yang tajuk nak gempak ni kan, ye la sekarang ni macam-macam link virus yang kita sendiri pun tak tahu. Tapi bila dah ramai sangat yang post tu, terdetik la jugak hati nak bukak.

Gambar ni dipercayai bayi yang didera itu.
Baca artikel ini sepenuhnya untuk menonton video ibu mendera anaknya...


Ok menyesal!..speechless. Kita sebagai orang yang tak ade kat tempat kejadian mungkin tak boleh nak kata lebih-lebih. TAPI ape yang aku pasti, ape masalah pun yang dihadapi kat situ, perbuatan ibu tu memang patut dikeji dan dikutuk. Salah tetap salah.!

Ape yang aku herankan lagi, kenapa orang sekeliling tak tolong. yang dok sedap record sambil main handphone tu ape kejadahnya!.andaian aku, mungkin mak dia ada masalah atau gangguan mental, tapi yang pegang kamera dengan yang kat dalam rumah tu takkan semua mental kot?!

Aku tak nafikan yang air mata jantan aku hampir nak luluh. Nasib baik ada roomate!.=P..ok aku memang sensitif bab-bab keibu bapaan ni. Satu-satu benda atau cerita yang boleh buat aku sedih dan menangis adalah tentang mak dan ayah ni. Tak boleh tahan lah der!

nah la tengok video ni..jadikan pengajaran ye.!


Sampai tersedu-sedu anak tu nagis, yang peliknya bila baby tu dah diam, perempuan tu pukul lagi baby tu. Apa ni?!. Memang dah hilang perikemanusiaan agaknya. Dulu kes orang gaji dera anak tuan rumah. sekarang tuan rumah dera anak sendiri. Aku harap yang didera tu anak die. Kalau anak orang lagi kesian kan. Tak kiralah anak sapa pun kan, perbuatan die tu memang sangat tak patut!

Menurut apa yang aku baca, perkara ni dah pun dibawa ke pihak yang sepatutnya,dan videonya juga telah disahkan betul. Tapi susulannya aku tak pasti pulak. Aku harap sesiapa yang terlibat dalam kes ni diberi hukuman yang setimpal. Kalau pun tak dihukum, nanti kat akhirat akan ditanya jugak apa yang dah kita buat dengan tanggungjawab yang telah diberikan oleh ALLAH tu..masa tu sila lah jawab!.Tak dapat nak lari dah...

p/s 1: Terima kasih jugak kepada ibu yang mendera bayi tu sebab bagi pengajaran kepada ramai orang. Tapi malangnya dengan cara yang SANGAT salah!!!

p/s 2 : Mesti bila baby tu dah besar, dia akan simpan dendam dengan mak kandung dia sendiri.!

kredit gambar dan video : Kaki bising dot com

update! : baca sini!
update 2! : baca sini!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)



3 comments:

  1. erkk..betul ke gambar ats 2 baby 2????? huhuhu kalu betul memg perempuan 2 xlayak jadi ibu....huhuhu

    ReplyDelete
  2. celaka punya emak. tak da hati langsung. kenapa di hukum 18 bulan saja. kenapa tak sampai mati biar dia rasa. klu tak mahu anak jangan gatal nak buat anak..

    ReplyDelete
  3. kenapa lah org yg ambil video itu tak di hukum sama???? sampai hati... cakap saja.... klu tak mahu kan anak tu bagi kat org saja.. banyak lagi yang mahu anak.. kesian budak yg tak berdosa di pukul begitu sekali...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!