Thursday, 14 June 2012

Lagu lawak tentang Internet!!!=D

seriously dengar lagu ni memang kelakar..!..trapped in technology..hah ini lah jadinya..


Pengajarannya janganlah terlalu obses dengan internet atau lebih umum teknologi. Walaupun tak dinafikan yang teknologi memang memudahkan kerja-kerja seharian, tapi jangan lah sampai kerja-kerja seharian tu tertangguh-tangguh dek kerana kepelbagaian teknologi yang ada kan.


Kerja-kerja jugak, tanggungjawab tu jangan lupa. Utamakan apa yang penting dulu. Sampai nak pegi buang air pun tahan sebab nak layan internet, boleh datangkan penyakit tu. Makan pun dah sanggup postpone sebab nak tengok youtube.!

Kalau nak explore teknologi ni memang takkan tercapai punya. Setiap masa ada je gadget-gadget canggih yang baru keluar. 

kita fikir satu perkara je lah, jangan telalu mengejar kecanggihan teknologi, dia takkan lari, malah akan datang kat kita jugak satu hari nanti. Macam-macam perkara atau benda yang kita tengok kat internet sekarang, kita boleh ingat ke semua yang kita tengok setiap hari tu. Ada satu kajian, tak sampai 1% pun informasi yang diproses oleh otak hasil daripada kita berinternet ni. Jadi berpada-pada lah.

Lepas-lepas ni, mungkin korang pun dah tak ingat yang korang ada membaca artikel ni. Takkan lari kemana pun facebook dengan twitter tu, notification tu bukannya hilang pun kalau tak dibukak..haish..!..dalam masa yang sama, aku pun nak ingat kan diri aku jugak.


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =) 


1 comment:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!