Sunday, 1 July 2012

Cerita yang sangat menyayat hati - Wajib baca!

Seorang lelaki tua tinggal bersendirian di Minnesota. Dia mahu menggali tanah untuk menanam kentang bagi menampung makanan dan perbelanjaan sehariannya, tetapi ia memerlukan tenaga yang kuat.


Satu-satu anaknya yang dapat membantu dimasukkan ke dalam penjara tidak lama dulu. Lelaki tua itu menulis surat kepada anaknya:

Ayah berasa serba salah kerana tidak dapat terus menanam kentang lagi.

Ayah rasa bersalah, kerana ibu kamu dulu sangat suka bercucuk tanam. ayah sudah terlalu tua untuk menggali tanah di ladang itu. kalau kau berada di sini, dapat lah tolong ayah menanam kentang-kentang tu. Ayah tahu kau lah yang akan menggali tanah tu kalau kau tak dimasukkan kedalam penjara dulu.

Ikhlas, ayahmu
Baca entry ini sepenuhnya...




Tidak lama selepas itu, orang tua itu menerima satu telegram :

"Untuk kebaikan ayah, jangan gali tanah itu! di situlah tempat di mana saya menyembunyikan pistol!" .


Pada 4 pagi, keesokan harinya, Sekumpulan polis datang dan menggali seluruh ladang itu untuk mencari apa-apa senjata yang dimaksudkan oleh anaknya itu.

Orang tua itu keliru, orang tua itu menulis surat lagi kepada anaknya untuk memberitahu apa yang berlaku, dan bertanya kepadanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Jawapan anaknya adalah:

"Teruskan dan tanamlah kentang itu, ini adalah yang terbaik yang saya boleh lakukan untuk ayah dari sini."

Pengajaran :

- Kalau kita betul-betul berniat untuk melakukan sesuatu perkara tulus daripada dalam hati, kita pasti akan dapat melakukannya.

-Yang paling penting adalah niat, tak kira kita kat mana atau siapa orangnya, kita pasti akan berjaya.


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!