Friday, 20 July 2012

Ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna


Lagu ni kalau dengar setiap kali nak masuk ramadan memang bagus. Menjadikan kita nak perbaiki amalan kita setiap kali tiba bulan ramadan which sangat kena dengan mesej yang sering aku letakkan kat penghujung setiap entry aku :

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI

Sambil-sambil korang dah baca entry ni, mungkin boleh lah aku titipkan sedikit nasihat atau renungan yang kita boleh gunakan dalam bulan yang penuh dengan barakah ini..ceehhh!

1. Bulan puasa selalu pergi bazar, JANGAN MEMBAZIR!

2. ingat puasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, tapi segala aspek yang dilarang oleh ALLAH!

3. Kurangkan tidur ketika berpuasa, selain daripada kurang pahala puasa, ia akan menjadikan badan kita lemah. Mase tidur kan perut kita memproses makanan lebih cepat, tu yang lapar je bila bangun tidur. Konklusinya tidur bukan penyelesaian untuk tahan lapar.

4. Banyakkan melakukan amalan sunat, sebab bulan puasa ni semua pahala berganda-ganda. Berbaloi-baloi!

5. Syaitan dah kene kurung, tapi ingat, Baki-baki usaha mereka menghasut kita selama 11 bulan yang lepas masih ada.


6. Sama-sama kita cari malam lailatul Qadar...


Aku pun nak ingat kan diri aku juga, sama-samalah kita jadikan bulan ramadan kali ni yang paling bermakna. Umpamakan ini ramadan yang terakhir kita dapat sambut..='(


Buat masa ni tu je la yang terfikir kot. Jangan lupa kita berniat sebulan. mengikut mazhab maliki berniat sebulan untuk mengelakkan kita terlupa . Kalau ikut mazhab syafie still kene niat tiap-tiap hari. ni just incase kalau terlupa. Backup plan, nanti tak payah la nak ganti puasa pulak.

SAHAJA AKU BERPUASA SELAMA SEBULAN PADA BULAN RAMADAN KERANA ALLAH TA'ALA

p/s : Masuk bulan ramadan je rase sedih, ALHAMDULILLAH dapat lagi sambut puasa tahun ni, tahun depan entah macam mana?..=)

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)


2 comments:

  1. smoga ramadhan tahun ni lbih baik..

    blog saya http://www.kotak-lirik-lagu.com

    ReplyDelete
  2. salam, lama xsinggah sini, wish u selamat berpuasa juga, moga Ramadhan kali ni lebih baik dpd ramadhan yg sebelumnya, jgn lupa sahur :p jemput dtg ke blog sy juga TQ :D

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!