Wednesday, 4 July 2012

Review filem hoore! hoore! -Filem muzikal Sudirman 9/10 Bintang!!!

Walaupun cerita ni dah lama keluar kat wayang..and mungkin orang dah tak ingat pun..Tapi aku sangat terpanggil untuk review..

Sebelum tu aku nak bagi tau yang filem ni sangat-sangat sarat dengan mesej-mesej yang berguna..sangat banyak ok!. Dan yang paling best, cara penyampaian mesej itu semua sangat jelas dan meninggalkan kesan..ye la..Fauziah Nawi yang banyak berfalsafah dalam filem ni..tapi yang aku kagum adalah caranya yang sangat enjoyable. Cara penyampaian dialogue tu sangat-sangat mendalam..Intonasi, gerak badan, ekspresi muka dan segala-galanya sangat perfect!..over pulak..Fauziah Nawi sangat best!


Pujian paling besar harus diberikan kepada Fauziah Nawi..Sebab pada aku..dalam filem ni watak dia lah yang paling besar dan yang paling best dan yang menyerikan lagi filem ni supaya tak bosan untuk ditonton. Watak nenek yang sempoi, banyak pengalaman, positif, dan penuh dengan motivasi diri. Woww!..sape yang tak tengok lagi,, sila tengok ya..filem ni sangat bagus..

Baca entry ini sepenuhnya...



Pujian yang kedua besar..hurmm..semua pun besar sebenarnya..harus diberikan juga kepada pengarah dan penulis skrip..wuuu!!skrip die..sangat banyak motivasi. Selain tu, lagu-lagu yang dibawakan dalam cerita ni sangat sesuai dan berkaitan dengan scene pada masa tu..sangat-sangat masuk ok!.. menjadikan mesej dalam lagu tu lebih jelas.. Suara pun sangat sedap.. Sapa tau suara harun salim bachik dengan Fauziah Nawi sedap kan..ha tengok la..

Aku tak berapa perhatikan sangat kesalahan-kesalahan kamera atau shot-shot yang mungkin bertindih atau berulang ke.. Sebab pada aku, kalau ada pun mungkin boleh dimaafkan sebab mesej filem ni yang sangat bagus dan berguna especially untuk rakyat malaysia.

Filem ni sangat bagus untuk tontonan remaja-remaja, atau yang masih bersekolah dan tak terkecuali yang dok kat universiti. Basically cerita ni sebenarnya nak mengetengahkan tentang keyakinan diri which semua orang patut ada. Tahap keyakinan diri tu yang penting.

Kalau aku boleh simpulkan cerita ni,

1.ianya mengajar kita supaya bangga menjadi diri sendiri

2.tak semua orang sempurna

3.Apa yang Allah dah kurniakan kat kita adalah yang terbaik untuk diri kita

4.jangan kita nak cemburu dengan apa yang orang lain ada, sebab setiap perkara itu ada hikmah.

5.Bersikap positif itu sangat penting.POSITIF!

6.Percaya dan yakin dengan diri sendiri.

7.always knew you are destined for greatness.

8.lastly, just love being who you are. Sebab itu sahaja yang kita ada. So just go for it. and you are responsible for your life!

WUuuu!!!...Bile aku tengok cerita ni, aku teringat oprah winfrey..african american, kulit hitam, Family susah, kene dera..tapi oleh kerana semangat die untuk merubah hidup die..tengok lah apa yang die dapat..ade private jet ok!..semua tu bermula daripada satu niat yang besar dan yang paling penting kekal..bukan hari ni niat,,esok dah lupa,,bek tak yah!..


Macam mesej dalam filem ni jugak..tak de siapa yang perfect..so filem ni pun tak terkecuali jugak..hehe..Bagi aku penceritaan tu mungkin boleh diolah lagi kot supaya tak terlalu tipikal sangat kan. yang kedua..part yang last tu, aku expect yang aiman tu akan keluar dengan sangat cantik..tapi biasa-biasa jew..mungkin dia memang nak kekal kan diri sendiri kot. Just be your self kan..Pencahayaan pun macam kurang sikit.

DAN!..kenapa tajuk dia Hoore! Hoore!  ???..sangat tak menggambarkan filem yang bagus macam ni.. Tajuk tu bagi aku sepatutnya lebih mendalam maksudnya. Mungkin sebab tu filem ni kurang dapat sambutan selain daripada kurang promosi dan publisiti la kot.. Ye la orang sekarang ni nak tengok yang CGI "jewww"..Dok stress kan sangat kat CGI mesej tak dok!..

Filem ni aku nak bagi 9/10 bintang!!!!..Sila tengok!=)..Kalau ada apa-apa pandangan korang pasal filem ni..jom la share!

p/s: Ala-ala cite hairspray tu..tapi still malay style..!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

3 comments:

  1. aq pun tgok cerita ni... best jugak.. ade part yg boleh menitis air mata... nilai persahabatan bg aku cukup memberi kesan kat aku...

    ReplyDelete
  2. memang byj pengjran melalui crita ni..best sgt..disamping selit dgn lagu die..n lagu yg diselitkn pulak mmg kena dgn lakonan die..cerita yg penuh mkna tersendiri !

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!