Tuesday, 7 August 2012

Baskin Robin tetap bagi aiskrim percuma rai kemenangan DLCW!!!

Semua pun tahu, atau ada lagi yang tak tau yang Baskin robin dah janji nak bagi rakyat malaysia aiskrim percuma kalau dato' Lee Chong Wei yang mewakili malaysia dalam badminton di olimpik 2012 memengangi pingat emas. Malangnya DLCW terpakasa akur dengan kekalahan tipis dengan jaguh badminton daripada china iaitu Lin Dan.


Apa yang aku kagumkan adalah semangat DLCW sendiri yang berusaha sangat keras untuk mengharumkan nama negara sterusnya mencipta pencapaian peribadi untuk dirinya juga. Fair anda square la kan. Walau cam ne pun, DLCW tetap pulang dengan pingat perak. Bagi aku tu dah cukup membanggakan!.

Ye la, nak dibandingkan dengan negara china yang penduduknya ramai yang amat, dengan Malaysia yang kecik je ni, tapi mempunyai pemain badminton yang bertaraf antarabangsa!..Bila lagi nak bangga dengan negara sendiri kan.. Asyik cakap "Proud to be malaysian" je. Apa yang di proud kan sangat entah la..Tapi ni memang kene Bangga! Olimpik kot!


Pada 8 August 2012 ni, Baskin robin dah bersetuju untuk memberikan satu scoop aiskrim percuma kepada semua rakyat malaysia bermula daripada pukul 8malam hingga 10malam. Dua jam je, so cepat-cepat lah rebut peluang yang ada ni dekat 61 cawangan baskin robin yang mengambil bahagian, tak termasuk kiosk kat hospital pantai dan taman tema genting. Aku cadangkan korang datang awal, sebab mesti ada masalah bila aiskrim tu dah habis stock..hmmm..

Untuk lebih lanjut nah baca ni..!


P/S : Bagi yang berkemampuan tu jangan la menyibuk-nyibuk jugak nak ambil ye, Bagi la yang kurang berkemampuan merasa aiskrim yang mahal bagai nak rak ni! Buat taik gigi pun jadi la..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)



3 comments:

  1. huyyoh! memang queue akan super panjang...
    malas nak gi amek...
    huhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. blogwalking...meh terjah cfuad.blogspot.com...infe menjurus dunia psikologi...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!