Wednesday, 29 August 2012

Samsung bayar Apple $1Billion dengan 30 truck syiling 5 sen

Baru-baru ni Syarikat Apple memfailkan saman keatas produk samsung yang dikatakan cuba untuk "menciplak" produk keluaran syarikat gergasi itu. Atas sebab yang sama, Syarikat samsung diminta membayar $1Billion sebagai pampasan. Apa yang menariknya adalah apabila ceo syarikat samsung membuat bayaran $1Billion itu dengan menghantar 30 truck berisi duit syiling 5 sen. Ini kerana, didalam perjanjian yang ditandatangani tidak menyebut tentang kaedah pembayaran yang perlu dilakukan.


Pada mulanya, pengawal yang menjaga ibu pejabat apple di california mengatakan yang truck itu mungkin tersalah tempat, beberapa minit kemudian Tim Cook (CEO Apple) mendapat panggilan telefon daripada CEO samsung mengatakan yang mereka akan membayar $1Billion dengan cara itu.


Dengan kaedah pembayaran yang sebegitu, syarikat Apple memerlukan berjam-jam untuk mengira jumlah wang yang dibayar, selain itu mereka juga perlu mencari mana-mana bank yang sanggup untuk  mengira dan menyimpan 30 truck duit syiling itu. Walaupun syarikat apple memenangi saman yang dituntut, tetapi apa yang dapat kita lihat adalah kebijaksaan syarikat samsung men'troll' balik dan menunjukkan yang mereka juga boleh melakukan sesuatu untuk membalas semula tindakan syarikat apple itu.


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)


2 comments:

  1. aq yg kira syilling duit raya pun dah menjenuh... ni pulak 30 trak... mahu tak mampus lah nk mengira...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/filem-sam-terbaik.html

    ReplyDelete
  2. hak2, siapa kata syarikat besar2 ni xpandai trolling xD

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!