Wednesday, 19 September 2012

Berbaloikah iPhone 5..???

Bagi aku ape yang berlaku kat iPhone 5 sekarang ni adalah lebih kurang sama dengan iPad 3. Ramai yang troll iPhone 5 ni dek kerana perbezaan yang terlampau sedikit jika dibandingkan kan dengan iphone yang sebelumnya.


Pada aku tak berbaloi untuk memiliki satu gedget yang baru sedangkan teknologi ditambah itu terlampau sedikit. Skrin lebih panjang untuk paparan HD1080p..Pada aku HD720p pun dah lebih daripada cukup untuk pengguna peranti mudah alih yang bersaiz kecil.

iPhone 5 juga lebih nipis berbanding iphone 4s. Operating system yang dinaik taraf, jangka hayat battery yang lebih lama, advanced retina display, bla bla bla...Bagi yang dah mempunyai iphone 4s, memang tak berbalaoi la kalau nak beli iphone 5 ni. Tapi bagi yang baru-baru nak cuba produk apple iphone ni. mesti la beli yang the latest kan.


Dengan keluarnya produk iPhone 5 ni, ia menunjukkan yang iphone 4s terlalu banyak kekurangan, lalu mereka keluar dengan lagi satu produk yang dipanggil iphone 5. Teknologi yang seakan sama cuma dinaik taraf untuk sesetengah features.

Ini cuma pendapat aku yang tak gilakan gadget sangat, teknologi dah terlampau banyak sekarang, nak buat pilihan pun susah. Kadang-kadang iklan je nampak cam best, bila dah dapat sendiri kat tangan rasa cam biasa je.

Jom start rumour iphone 5s plak!=D

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!  

KEEP IN TOUCH!!! =)

1 comment:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!