Friday, 14 September 2012

Fikir Masak-masak sebelum komen!

Assalamualaikum W.B.T ...

Dengan rasminya aku dah buat satu rekod baru dalam dunia blogging aku, 16 hari tak update entry!..lebih kurang setengah bulan la. walaupun masa cuti haritu aku banyak hbiskan depan komputer, tapi still tak tergerak hati nak update, walaupun kadang-kadang tu ade je idea..cumaaa..M nye besar sangat. Tapi tapi tapi..hari-hari aku buka blogger.com ni..nak check blog yang aku follow la..kadang-kadang tu best jugak baca entry korang...

Yup!..mulakan dengan salam kan lebih baik..permulaan yang baik setelah 16 hari tak update..


Ape yang aku nak taip n share dengan kalian semua ialah, tentang komen-komen yang selalu kita tulis kat mana-mana laman especially youtube and blog. Kadang-kadang aku pun heran dengan segelintir manusia yang mungkin dia rasa terlalu kat atas, sampai die lupa yang langit tu tak selalunya cerah, dan kehidupan yang diibaratkan seperti roda ini, serta karma yang akan belaku pada semua orang.

Aku yakin yang selalu tulis komen-komen macam tu mesti budak-budak sekolah yang orang kata baru nak up!..kalau tak pun orang-orang yang baru nak kenal dengan hidup..aku ni cakap macam dah hidup lama kan..of course la tak, tapi aku sedar yang perkara-perkara macam ni takkan mengup kan kita pun,and totally buang masa n wat tambah dosa je. Bila nak bagi komen tu cuba kita fikir adakah ianya akan mendatangkan kebaikan. Adakah bila orang memberi komen cam tu  kat kita,kita boleh terima? Adakah bila tua nanti,kita rasa itu tidakan yang baik?..

Sebagai manusia kita kena melayan orang lain seperti apa yang kita mahu diri kita sendiri dilayan...Tu belum lagi kalau masuk laman-laman politik, semua tulis nak pakai CAPS LOCK!..marah r tu kan... Masing-masing nak tunjuk bagus, macam la kalau die buat komen tu keadaan boleh bertambah baik. makin memecah belah kan ade la..


Kalau blog pulak, blog beautifulnara blog hiburan tu, dengan blog serius..banyak betul anonymos yang komen entah pape. Ada yang bila kita baca tu, boleh membawa kepada fitnah. kalau lah benda yang kita tulis tu tak betul, orang lain baca,pastu die cerita pulak kat orang lain,kan tak pasal-pasal dapat saham sekali..berpanjangan tu.

Iklan kejap!=P

ok sambung semula..

Sebagai manusia, semua orang buat silap. kalau nak komen bukan tak boleh, tapi berpada-pada la. Kalau kita main pakai hembus je sapa yang nak terima kan. Kene ade skill, teknik yang betul.Ni tak, memaki mengutuk macam tak ingat yang kita ni pun manusia biasa.

Pada pendapat aku ni adalah satu keburukan teknologi, semua orang bebas bersuara tanpa sekatan. "cakap la ape yang ko nak cakap, Ade aku kisah"..die fikir die punya kisah je..orang lain punya kisah tak nak fikir..Anyway,,,selagi kita boleh elakkan, elakkanlah, jangan pulak kita join sama memaki hamun orang yang bagi komen-komen cam tu dah la. Biarlah mereka sedar sendiri..bila nak sedar?..tunggu la menyesal nanti,,mesti dia sedar..=)



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

13 comments:

  1. men sini aku nak komen guna CAPS LOCK...

    AKU KALAU NAK KOMEN MESTI KOMEN YANG POSITIF, AKU TAKUT KALAU AKU KOMEN NEGATIVE AKAN DATANG KAT AKU BALIK... AKU NI DAH LAH SUSAH NAK TERIMA KOMEN ORANG LAIN... LAGI2 YANG PEDAS... HAHAHA...

    habis cerita aku... KOMEN KAT BLOG KO...

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kalau komen guna bahasa harsh2, org lain pandang hina kt kita... serius... so jangan nak malukan diri ye bg mereka yg komen bukan2.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya jugak kritikan tu negetif..aku tak suka sgt org puji2..plastik sgt rasa..

      Delete
  3. itulah kata orang, teknologi moden dan canggih ni, jangan disalah gunakan ye dakkk...memang boleh memmecah belahkan orang, dan biasanya yg komen yg tidak2 itu, sebenarnya dia orang ada sedikit tak puas hati tu...tapi tak apa, walaupun ianya sedikit mengores hati kita, tabahkan hati, kerana semua itu ujian buat kita menjadi manusia yg lebih baik InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Kecewa dengan manusia, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah, Allah terima taubat hamba-hambaNya. Allah ampunkan segala dosa :') - ustaz asri
    kadang-kadang kata org jahil ni boleh diterima pakai.kita ambik dari segi baik ajalah.. semua berhak bersuara kot.

    ReplyDelete
  5. Assalam, memang susah kalau kita komen yg buruk2 dekat org lain takut diri sendiri nanti yg akan kena... tapi kebiasaannya org yg komen buruk2 nie dia gunakan nama samaran Anonymous... hahaha... (^_^)

    ReplyDelete
  6. yup betul tu !
    stuju sangat ..

    ReplyDelete
  7. nak komen pun kena ikut undang-undang juga tul tak?

    ReplyDelete
  8. betol..komen biar bertapis...

    ReplyDelete
  9. betul sangat dah tu, etika dalam komen tu penting dan adab dan sopan tu memang sepatutnye ada dalam diri masing2

    ReplyDelete
  10. hati² bila mengomeng kerana mahkamah 5km dihadapan..

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!