Friday, 21 September 2012

Filem Kutuk Nabi Muhammad S.A.W...Apa Kita Buat???

Aku dapat tahu tentang perkara ni beberapa minggu yang lalu, dah lama dah. tapi baru sekarang aku rasa tergerak hati nak share pasal ni. yang pertama sebab perkara ni bukan lah boleh diterangkan secara maya, sebab informasi yang kita tulis mungkin orang boleh salah tafsir. Yang kedua pulak aku bukan lah seorang yang berpengetahuan sangat nak menulis tentang hal-hal macam ni. Nak-nak pulak yang membabitkan Agama, tak kira la agama apa hindu atau kristian ke, apatah lagi islam.


Secara jujurnya aku susah nak percaya dengan apa sahaja artikel yang aku baca melalui internet, Sebab internet ni dah ibarat macam satu saluran tanpa batasan. So at first memang aku tak percaya filem ni memang betul-betul wujud. Sampai la sekarang ianya dah tersebar luas sampai khutbah jumaat tadi pun cerita pasal ni.

So sekarang baru aku yakin 100% yang cerita ni memang betul.Soalan pertama yang buat aku nak tau sangat, Adakah adab cuma dipraktikkan di kalangan orang islam sahaja?..Sebab bila kita cakap pasal menghina dan mengutuk ni, tak kira apa bangsa and agama sekalipun, ianya dianggap perbuatan yang tak baik dan terkutuk.

Bagi aku perbuatan mereka menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW ni adalah sesuatu yang memalukan mereka sendiri. Ibarat diorang ni menconteng arang kat muka sendiri, dok tabur pasir kat periuk nasi sendiri. Bangsa mereka pun mesti malu sebab ade antara kalangan diorang yang buat filem kutuk orang yang dimuliakan oleh agama lain.


Bayangkan Nabi yang ada dalam dua kalimah syahadat, rukun islam yang pertama, dijadikan bahan untuk dibuat filem and digunakan sebagai satu watak yang tak baik. Secara jujurnya aku tak tengok pun trailer filem ni, sebab aku tak sanggup. and aku tak ade baca sepatah artikel pun tentang perkara ni. Sebab aku yakin, kalau perkara ni betul, aku akan tentang habis-habisan.

Tapi sebagai umat islam, apa yang kita buat bila Nabi junjungan kita dipermainkan oleh orang lain?..Aku ade dapat mesej yang kata supaya kita berhenti menggunakan google and youtube, kira macam protes keatas filem ni la. Aku tak pasti sama ada itu membantu atau tak. Tapi aku harap Filem ni akan membuka mata semua orang tak kira apa agama and bangsa, menunjukkan yang Islam bukan agama yang boleh diperalatkan. Dan Agama itu sendiri bukan satu bahan permainan.

Seperkara lagi yang aku rasa perlu untuk kita semua tahu, perkara-perkara macam ni semua adalah takdir yang telah dirancang oleh Allah, mungkin untuk menyedarkan kita yang dunia kini adalah dunia akhir zaman, so secara tak langsungnya, aku tak rasa pun hal yang terjadi ni sesuatu yang pelik, sebab dah akhir zaman ni memang semua perkara yang tak jangka akan berlaku. Samaada kita bersedia atau pun tak je.


Semoga kita terselamat daripada segala benda yang tak baik berlaku kat dunia ni. Berdoalah supaya Umat islam and agama islam itu sendiri dipelihara daripada perkara-perkara yang merosakkannya. Satu-satunya senjata yang kita ada, dan agama lain tak ade adalah DOA...jadi gunakanlah senjata azimat yang memang dah dibekalkan untuk kita sejak dari dulu lagi...Ameenn!

p/s: Tajuk filem ni ialah "innocence of muslims". Dengar-dengar pelakon filem ni dah saman pengarah sebab tak diberitahu yang filem ni membabitkan agama dan mengutuk/memburukkan orang lain.

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)




No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!