Monday, 24 September 2012

Kenapa "cleaner" Wanita bersihkan tandas lelaki???

Perkara ni aku sedar sejak duduk kat asrama lagi. Daripada aku tingkatan satu sampai la lima, cleaner yang bersihkan blok kitorang semuanya perempuan. Pekerja silih berganti macam kat balapan tu, tapi tetap perempuan jugak..


Memanglah kita tahu takkan la student-student yang bijak pandai ni nak mengapa-apakan cleaner tu yang kebiasaanya mak cik-mak cik yang bekerja mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada anak-anak yang masing-masing sedang dalam fasa membesar untuk mengenal dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Sedikit tips untuk para pelajar SPM, Jangan buat ayat panjang-panjang cam ni dalam exam, memang tak bagus.satu baris setengah tu kira panjang dah tu.. ni saja nak bagi contoh..=_=" =P

Tapi bukan tu perkara utama yang aku nak tuliskan. Ape yang lebih penting adalah batas-batas antara lelaki dan perempuan secara generalnya. Dah la yang lelaki ni kalau pergi mandi memang cuma tuala je yang melilit pinggang tu. Nak-nak pulak kalau zaman kat asrama dulu, mandi pakai spender je kot depan orang ramai..Tapi tapi tapi!, aku tak termasuk dalam golongan tu la, aku lebih rela beratur panjang tunggu turn bilik air daripada mandi macam tu depan orang ramai.kuikuikui...


Kalau kita perhatikan dekat perhentian lebuhraya cleaner kebanyakannya lelaki. of course la warga asing, orang melayu ade ke nak jadi cleaner?? Ok tu issue lain..Banyak-banyak tempat yang aku pergi, Cuma perhentian R&R je yang menggunakan khidmat pencuci lelaki. Selebihnya mcam kat shopping complex, bangunan kerajaan mahupun swasta dan kawasan-kawasan kediaman seperti hostel semuanya wanita.

Adalah menjadi tanggungjawab aku untuk mengetengahkan issue ini kepada dunia, supaya mereka sedar yang kami ni lelaki sebenarnya tak selesa dengan cleaner wanita bekerja di blok lelaki. ok over!..in fact tak mustahil pun kalau perkara-perkara yang aku tulis kat perenggan kedua tadi akan terjadi. Nak-nak pulak macam kat universiti ni, yang semuanya memang dah besar panjang..Ape yang besar? ape yang panjang?...haaaa...tu kita tak tau..hahaha!..umur la maksud aku..!!! =P

Ok ni over!=D
Perkara ni mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya ia adalah satu issue yang besar la jugak. Kalau lebuhraya R&R tu boleh sediakan pencuci lelaki, kenapa tak semua premis menyediakan cleaner lelaki. Kalau nak kata tak de yang sanggup. haaa tu yang warga asing yang buat dua tiga kerja satu hari tu, soh je diorang. boleh je kan. diorang pun datang nak cari duit, kerja tu belakang cerita, yang pertama duit, so mesti diorang sanggup punyalah.

p/s : pas ni kena tukar "kawasan larangan perempuan kecuali "cleaner"...=P

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)


3 comments:

  1. btl tu.. terkejut aku bila terserempak dgn makcim cleaner tu... segan jiwa dan raga..

    ReplyDelete
  2. emm, betol2.. biasa perempuan jadi cleaner

    ReplyDelete
  3. sama lah, tp aku rasa xde lelaki kot yg sanggup jd cleaner, perempuan kan tabahhhh sikit, haha :p

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!