Wednesday, 19 September 2012

PENSIL...-Wajib Baca!

Aku pun tak sure sama ada dengan meletakkan "wajib baca" dekat title tu akan membuatkan lebih ramai orang view entry ni atau pun tak..sebab keseluruhan cerita yang aku nak share ni tentang pensil..so aku tak rasa ada tajuk lain yang lebih sesuai berbanding PENSIL, selain daripada cerita asal yang memang bertajuk "the pencil"..Well, we'll see..


Kenapa aku rasa yang entry ni sangat bagus, sebenarnya bukan lah entry ni, tapi content yang aku nak ceritakan kejap lagi..sebab ia membabitkan tentang kehidupan manusia tidak kira usia dan zaman. Senang kata memang cerita ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama...


Perbualan antara seorang anak kecil(atan) dan neneknya...

Atan: Nenek tengah tulis ape tu?..tulis pasal Atan ke?

Neneknya berhenti menulis dan berkata kepada cucunya...

Nenek: Hmm,,memang nenek tengah tulis pasal Atan, tapi ada yang lebih peting daripada apa yang nenek tuliskan..Pensil ni.. Nenek harap Atan akan membesar seperti pensil ni..

Dengan rasa terujanya, Atan pun melihat pensil yang neneknya maksudkan itu.

Atan: Tapi pensil ni sama je dengan pensil-pensil yang lain nek.

Nenek: Tidak Atan, ia bergantung kepada orang yang melihat dan menilainya. Ada 5 ciri-ciri yang patut kita contohi daripada pensil ni, kalau Atan boleh ikut semua ciri-ciri ni Atan akan jadi orang yang paling aman dan bahagia kat dunia ni.

Ciri yang pertama:

Kita mungkin mampu untuk melakukan segala-galanya kat dunia ni, tapi kita kena sentiasa ingat, masih ada tangan yang membimbing kita, iaitu Tuhan. DIA sentiasa membimbing kita mengikut apa yang kita mahukan.


Ciri yang kedua:

Sampai satu masa, nenek terpaksa berhenti menulis untuk menajamkan pensil ni menggunakan pengasah. Itu akan membuatkan pensil ini berasa sakit, tapi selepas itu pensil ini akan menjadi lebih tajam dan berguna. Jadi kita pun mesti belajar untuk menerima kesakitan dan kesusahan, sebab itu akan menjadikan kita lebih baik.

Ciri yang ketiga:

Satu masa, pensil ni akan membuat silap, dan dengan itu pemadam akan digunakan untuk memadam kesilapan yang kita telah lakukan. Maksudnya membetulkan sesuatu yang salah tidak semestinya sesuatu yang tidak baik, Tetapi ia lebih mengajar kita untuk bersifat lebih adil.

Ciri yang keempat:

Apa yang paling penting tentang pensil ini bukanlah terletak pada kayunya, tetapi mata pensil didalamnya. Jadi sentiasalah peka dengan apa yang berlaku dalam diri kita.


Ciri yang terakhir:

Pensil ini sentiasa meninggalkan kesan dimana saja dengan cara yang sama. Kita patut sedar setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti akan meninggalkan kesan. Jadi sentiasa sedar dengan setiap perbuatan yang kita lakukan.

Credit : Thanks to Dr. Azwan(my lecturer) sebab berkongsi cerita yang sangat bermakna ni.!=)

Artikel asal : 20 sec read : The Pencil

Watak dalam cerita ni sebenarnya aku yang reka sendiri, So cerita ni telah diolah sikit-sikit oleh aku supaya lebih best untuk dibaca. Isi yang nak disampaikan pun jelas, walaupun ditulis dalam bentuk yang agak tersirat tapi memang mudah difahami.


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

2 comments:

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!