Wednesday, 19 September 2012

Terlalu banyak PILIHAN

Kat sekeliling kita ni banyak pilihan. Boleh dikatakan semua yang kita buat ade pilihan. Setiap hari..!


contoh paling simple ialah nak pergi kedai beli chewing gum..haaa..berapa banyak pilihan chewing gum yang ade? Macam-macam perasa, oren ade, mentol ade,active 5, cinnamon, strawberry. Ni mungkin yang biasa, yang lebih extreme rain, cobalt, Flare, Electro..hah cukup la tu..yang penting memang banyak!..tu baru perisa, belum bentuk lagi, macam-macam bentuk datang, yang panjang,bulat, bentul pistol pun ade..masa aku kecik-kecik dulu, cuma ada satu je chewing gum yang ada..yang pentuk petak ade tatu guna ayak liur dok bubuh kat tangan tu..haha..if u know what i mean..=D

Lagi contoh yang menyebabkan kita deal dengan pilihan bila kita berada kat atas jalan memandu kereta. Nak ikut line kiri ke kanan. Nak motong ke tak?. Bila sampai traffik light nak masuk dekat baris yang mana satu. Belakang lori dah sah-sah reject sebab nanti lambat plak lori tu nak pick up..


Bagi aku pilihan yang paling besar dalam hidup ialah nak pilih untuk sambung belajar dimana dan course ape?..Keputusan yang ini menentukan dengan sapa kita berkawan, kerja apa yang kita akan dapat, berapa banyak gaji yang kita akan perolehi, kat mana tempat kita bekerja, rumah jenis ape yang kita duduk,kereta apa yang kita pakai dan dengan sapa kita berkahwin..ape??..betul la kan!

Dalam dunia sekarng ni pilihan dah terlalu banyak, setiap satu perkara tu mesti akan ada banyak pilihan yang kita mesti pilih untuk teruskan hidup. Tapi yang sebenar-benar pilihan ialah antara hidup dan mati. Kalau kita pilih nak teruskan hidup, kita kena berhadapan dengan pilihan..kalau kita pilih mati, pun kena berhadapan dengan pilihan..ye la..nak mati dengan cara ape kan..lagi-lagi yang nak bunuh diri tu..mesti diorang confuse nak pilih mati dengan cara apa..mungkin tu pun satu sebab ramai orang bunuh diri??..#tibe=D


Hidup ni memang satu cabaran sebenarnya. Yang penting kita kena tahu cam ne nak hadapi dan rempuhi segala cabaran yang ade tu. Hidup kita, kita yang tentukan. So ape yang kita buat sekarang ni adalah pilihan kita and tak perlu pun nak menyesal dengan apa yang dah kita pilih. Sebab setiap ape yang berlaku tu mesti ade hikmah. Sekalipun perkara yang tak baik, mesti ade sesuatu yang tersirat untuk kita.



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

No comments:

Post a Comment

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!