Friday, 5 October 2012

Facebook... Please stop making changes!

Facebook yang dulu lebih mesra pengguna berbanding sekarang. Facebook sekarang ni dah jadi makin complicated dan susah nak faham. Secara peribadi aku rasa kebanyakan perubahan yang mereka buat tu tak banyak memudahkan pengguna yang melayarinya. Malah lebih menyusahkan sebab pengguna perlu banyak masa untuk memahamkan perubahan yang mereka buat. Masa itu emas ok!


Mula-mula ubah layout yang biasa menjadi timeline, which aku tengok ramai orang tak suka. Tapi disebabkan ada aplication-aplication malaun mana entah yang boleh menyebabkan facebook kita bertukar menjadi timeline secara automatic,kita tak de pilihan. Ape yang lebih teruk lagi mereka tak sediakan setting untuk kita tukar balik pada bentuk asal.

Motivasi diri kejap!
Sekarang ni diorang tukar ruang untuk paparan photo plak, yang mana gambar dalam album tu dibesarkan daripada size yang sebelum ni. Pada aku yang hanya akan menambah page loading.Bukannya tak leh nak bukak gambar tu kat new tab kalau nak tengok dalam size yang lebih besar.

iklan jap : cuteness overload!!!

 

Auto reload yang diorang guna pun aku rasa tak perlu kot. Mungkin pandangan orang berbeza-beza tapi untuk kebanyakan kes, auto reload tu macam menyusahkan je especially bila gambar yang kita nak tengok tetiba hilang. Tau la orang sekarang ni dah semakin malas dengan teknologi yang ada, tapi come on la mark, kitorang masih mampu nak tekan button refresh untuk reload page tu.

Makin hari, makin ramai pulak orang yang beralih arah ke twiter sampaikan malaysia menjadi antara pengguna twitter yang teramai di dunia. MALAYSIA BOLEH! Satu sebab yang aku nampak adalah twitter lebih simple dah mesra pengguna berbanding facebook yang sangat complicated dan banyak apps yang mengarut-ngarut. diulangi, apps yang mengarut-ngarut. Lagi pun yang pakai blackberry kan dah ramai, semua pakai tuit muit je la.


Dulu friendster, pastu myspace, zaman dah maju sikit facebook plak naik, sekarang ni twitter pulak. Lepas ni mungkin Mface kot. Alaa yang Ac Mizal punya tuu. Makin berlambak lah social network kat dunia ni. Semua ada turun dan naik, hidup kan cam roda. Sebab tula bila kita kat atas, jangan berlagak, satu hari nanti kita akan terpaksa untuk lepaskan apa yang kita ada untuk orang lain pulak rasa. Tapi hidup mesti diteruskan.

p/s : Facebook sekarang dah mencapai 1 Billion pengguna!.social network yang teramai sekali peggunanya.(kalau setiap sorang bagi aku seposen, seumur hidup aku tak yanh keje!)

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!! 

KEEP IN TOUCH!!! =)

2 comments:

  1. tau xpe.. skang ni facebook da jdik tah pape..
    smpai kdg rse mlm nk online daaa...

    ReplyDelete
  2. Mpace... tunggu lah... AC kena bnyk bersabar dan istiqomah... kahkah..

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!