Thursday, 22 November 2012

Bantulah Seadanya untuk GAZA...


Sekarang ni memang tengah trending isu Boikot memboikot barangan yahudi laknattullah tu..tapi yang herannya ramai yang pertikaikan perlu ke nak boikot-boikot bagai ni..Memandangkan yang terbaru heboh sangat suruh boikot mcd..And ramai yang pertikaikan..

"McD je ke..??..KFC, Pizza Hut, Coca cola tu semua tak payah..??? .."

Aku rasa ramai yang tahu, Kat malaysia ni memang banyak produk diorang yang boleh dikatakan dah jadi keperluan harian kita..Tak perlulah nak listkan kann..kalau setiap kempen #savegaza nak listkan semua produk diorang...apepuntabley..

And kita pun tak boleh nak wat ape kan..sebab mungkin produk-produk diorang ni ade menyumbang untuk ekonomi negara jugak..Macam mcd or kfc, tengoklah pekerja diorang, kebanyakan melayu..Kalau boikot diorang nak makan ape??..

Apa yang aku boleh katakan kat sini, kita sebenarnya tersepit antara dua pihak..nak boikot semua produk tu memang agak mustahil, tapi kita cuba la semampunya..selain daripada kita dapat boikot,,kita jugak dapat manfaatkan produk tempatan,,dalam masa yang sama meningkatkan lagi ekonomi negara..

Seingat aku la..dah bertahun-tahun jugak lah aku tak telan air coke tu..Starbuck tu jangan kata..tak pernah rasa..Kalau kata aku tak teringin tu bohong lah kan..tapi sebab ade la sekelumit kesedaran dalam diri.. Walaupun tak banyak dapat membantu..orang kata tu sikit pun jadi lah..daripada habukpuntarak..

Yang penting niat kita ikhlas nak membantu..Kalau kita beria derma sampai ribu-ribu tapi tak ikhlas pun..serupa tak payah kot..just ingat lah..diorang kat sana tu sangat susah..kalau rasa cam tak ikhlas tu..ikhlas-ikhlaskan lah..biarlah terpaksa..sebab diorang memang memerlukan sangat...

Aku harap kita semua sedar, Yang mereka semua saudara kita..kalau bukan kita yang tolong sapa lagi..And bayangkan kalau satu hari nanti kita kena cam diorang..tak mustahilkan..!.Apa yang kita boleh harapkan semoga semua sumbangan-sumbangan kita akan terus sampai ke tangan mereka..Laksanakanlah tanggungjawab kita semampunya..Yang paling penting selitkanlah doa-doa untuk mereka..

Allah yang maha berkuasa..Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI..

KEEP IN TOUCH!!! =)

1 comment:

  1. aku tak teringin nak ke sturbuck and tak minat utk minum air coke... skrg ni aku cuba utk membenci fast food... hihi.. klu dpt lah...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!