Sunday, 18 November 2012

Cerita Cuti Aku (inspirasi entry Fatin Liyana)!

Motif letak gambar ko sebijik segedabak mula-mula entry ni??!

Apa kena mengena Fatin Liyana dengan entry aku ni??..Jawapannya..Tak De!..haha..cuma tetiba aku dapat idea nak buat entry pasal aktiviti cuti aku kali ni..baru-baru ni Tin ade update pasal cuti dia..(amboi kau!..macam mesra je panggil Tin kan..haha..hentam je la!..)..So ni entry inspired by Fatin Liyana..kuikuikui(gelak tikus!)

Anyway..! Back to me..aku nak cerita pasal aktiviti cuti aku tok kali ni pulak(cuti mid term)..

1.Kenduri kahwin cousin kat pahang.
2.Teluk cempedak.
3.Gambang water park.
4.Mersing.

Cuti aku bermula dengan menghadiri kenduri kahwin my cousin kat kuantan Pahang..perjalan lebih kurang 5 jam daripada benut pontian..dengan bantuan GPS kitorang selamat sampai..tak sesat-sesat pun..cuma konpius-konpius sikit tu biasa la..tak kritikal pun..

Sampai dalam pukul 2.30 ptag merempuh jalan yang sangat berliku2 sangat bahaya! Naik poning dah palo eden..Lepak-lepak sekejap kat rumah My Pak Andak..makan-makan n terus pergi homestay..Homestay tu Pak cik aku dah booked sebelum kitorang sampai lagi..Rehat-rehat jap, malm pergi balik rumah tu untuk bacaan doa selamat..Esoknya(ahad)barulah the real kenduri kahwin..Tahniah to my cousin!(Arif &vdsbagdf)Semoga Kekal hingga Jannah!

Tahinah tahniah tahniah!!!

Perancangan nak tido satu malam kat homestay tu terpaksa di bubarkan oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan...dengan muka tak malunya aku sekeluarga meminta mak untuk mewakilkan kami semua berjumpa dengan my pak andak untuk melajutkan tempoh menetap kat homestay tu(Ayat skema ok!)..Maaluuunyaaa!..orang tu dah sponser homestay satu malam cukup  la kan..ni tak Hingat..mintak lagi semalam..oh nooo!!!..Terima kasih sangat-sangat  Pak Andak!!!

Oleh kerana tempoh lanjutan telah dipersetujui..agenda seterusnya pun berubah..petang tu kitorang pergi ke teluk cempedak untuk menikmati keindahan pantai.. Sebab aku dah penah ada aktiviti 3 hari 2mlam  kat situ tak lama dulu..perasaan xcited aku sedikt berkurangan.. tengok entry ni..



Esoknya(isnin) keluar dari homestay tu pergi gambang water park..Cukup la kan mintak extend sehari..maluu derr..haha.!Tq Pak andak!..hehe...Yang ni aku rasa kemuncak untuk cerita cuti aku kali ni...

Kat Gambang water park tu..umur aku drop jadi 8years old child..iollss sangat tak hingat ok..well..semua orang pun mesti ada sifat kebudak2kan dalam diri kan..cuma aku terlebih je..hey!!..life should be happy kann..i just made it laa..Semua permainan kat dalam tu aku try..daripada yang dewasa sampaila yang kanak-kanak semua aku naik...weeeee!!

Nasib baik ade Fara..my cousin yg tolong belikan tiket..
kalau tak memang panjang giler beratur..! Tq fara!

Makan pun dalam kotak..satu set nasi dengan air rm8.80

seluar beli on the spot..Rm22 berapa sen entah..


Kat situ ade 7 part..kira 7 permainan la yang korang boleh cuba...cocoa beach(laut buatan yang ada ombak),peguin island(kanak-kanak),Tree top hill slide(yang paling gilersszz best!), crystal slide,galaxy slide,canopy slide, dengan family raft ride..4 yang last aku tulis tu kena naik pelampung sewa rm15 dengan refund rm8..alaa gelongsor yang bulat tu..beza galaxy dengan crytal tu cuma yang satu terang satu lagi gelap..masa aku pergi, canopy slide tak leh main..tensyen iolss!..family ride tu pelampung dia dah sediakan,naik 6 orang sekali..hmmm..yang ni biasa2 je..but still best!

Tips : Sentiasa standby, photographer tu ambik gambar bila-bila masa je..
gambar ni aku ingat dia amik masa naik galaxy slide..dah sampai bawah ade orang snap..

Daripada ape yang aku tengok, canopy slide tu sama dengan galaxy dengan crystal cuma gelongsornya terbukak...mungkin lagi trill kot klau naik..tapi yang paling buat jantung nak tercabut tree top hill slide..terasa macam terjunam daripada atas air terjun...membuatkan aku rasa nak cuba buat bungee jumping plak lepas ni..(sebutannya banji jumping  tau..)mesti lagi syiookk!

Ni dalam pukul 7 kot..orang terakhir keluar gambar tu..haha..

Masuk gambang water park dalam pukul 12tghri..keluar pukul 6..!6 jam kot..yang masuk saing-saing kitorang pun dah keluar awal..punyalah excited kann..!!sampai tak hingat..memandangkan kitorang masih dalam mood musafir, jamak la zohor dengan asar..tu pun jamak nak dekat-dekat masuk maghrib ok..ish3!..teruknya eden..!

Panduan tok sape-sape yang plan nak pegi gmabang water park..


Kitorang tak sewa pun cabanna ni...Tapi untuk keselesaan maksimum..
bolehlah sewa..pluss nak letak barang-barang..



Balik dari gambang,,kitorang menuju straigh ke mersing dan bemalam kat situ..check in kat hotel seri malaysia pukul 2 pagi.. rehat-rehat sambil membetulkan urat-urat badan yang dah lari dari allignmentnya lalu membuta la kan...seperti yang dijangka,,timing sentiasa terlajak..sepatutnya check out pukul 12.. tapi mintak extend sampai pukul 2..asyik mintak extend je..adushh...

Nak cari hotel ni je dah pusing satu mersing..
kat mersing cuma shopping makanan2 la..beli satar je dah dekat 300biji kot..tapi memang sedap!..keropok lekor mersing, keropok ikan,..pas tu beli cendol sarawak..sedap!tapi manis sikit..cendolnya kontot-kontot je..bertolak balik dari mersing pukul 4.30 ptg...terus sampai rumah..!!!

Tu baru suku daripada yang kitorang order..homai..!..banyak giler..
tapi sekarang semua dah habis..!
Satar terbaik dan murah...5 biji rm2..
Pagi-pagi dalam pukul 8 tu sempat la aku ajak my nephew and my niece jalan-jalan kat sekeliling hotel tu..dekat je dengan pantai..tapi sangat hampa dengan keadaan pantai tu..


macam tak pernah nampak kuda iolss..

hakikat sebenar pantai mersing..sigh..

Sunrise di balik bukit..vitamin D katanya..

Sebelum meninggalkan bilik..sempat lagii..

Sambil menunggu 300 biji satar siap..main bende ni pun best..berebut uolss..!

Akhirnya..!..Family time adalah waktu yang paling best dalam hidup aku.!Walaupun penat,tapi langsung tak terasa.. Bercuti dengan family memang best..!..dapat la release tension kan..padal naik cuti ni banyak exam yang menunggu..hamboi kau!..bersuka ria memang tak hingat..!...buku yang bawak tu pun masih sejuk lagi dalam beg..

Im glad that i have this kind of life, happy,messy,and kecoh kepoh family and being surrounded by all people that i loveddd!!!..thank you  Allah..!=)Alhamdulillah..

2 comments:

  1. untung lorr bercuti ngn famili...

    ReplyDelete
  2. mmg best... aku bercuti duduk rumah sorg2 je... tak de yg menarik selain membosankan...

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!