Thursday, 13 December 2012

Confidence level orang melayu rendah...kenapa? dan cara mengatasinya

Tajuk yang aku bubuh tu...statement kah? atau pun sebenarnya persoalankah?.setiap orang ada keyakinan dalam diri, cuma dalam kuantiti and situasi yang berbeza.. Tapi kenapa aku state orang melayu..adakah aku bias..?..semua nak tuding kat melayu..melayu mudah lupa, janji melayu, apa lagi kan..kira macam malayu ni melambangkan satu bangsa yang mundur dan tak membangun... Bagi aku situasi ni tak adil..ini tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil(cd rosak) baginya..


Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah confidence level..apa yang aku tengok..daripada situasi aku kat universiti ni, tahap keyakinan adalah diparas yang rendah.. Tapi tak banyak beza pun antara melayu, cina dan india..semua lebih kurang sama... Mungkin tajuk tu lebih tepat kalau diubah tahap keyakinan rakyat malaysia rendah... tapi kenapa ye? adakah kerana:

1.rakyat malaysia terlebih pemalu..?
2. atapun sikap sopan santun rakyat kita yang membuatkan kita tak yakin.?

Sebelum aku memberikan beberapa tips untuk kelihatan yakin.. Cuba kita check balik kenapa masalah ni timbul..

1. Pendedahan yang kurang sejak dari sekolah rendah..
2. Keadaan persekitaran yang menimbulkan rasa rendah diri.
3. Kurang dorongan ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka melibatkan aktiviti-aktiviti luar.
4. Pengaruh rakan-rakan tv, dan elektronik..
5. Tidak mendapat contoh yang baik dariapa orang yang lebih dewasa.
6. Takut untuk melakukan kesilapan.

Alolololo..!!comelnya!..

Ada banyak cara untuk kita kelihatan yakin..bukan tu je,,malah meningkatkan lagi tahap keyakinan dalam diri..

1. Berani untuk sumbangkan idea atau pendapat dalam setiap perbincangan kumpulan..jangan malu untuk menyuarakan pendapat.

2. Berjalan dengan kadar yang sedikit pantas..Orang yang berkeyakinan mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan, sehinggakan masa itu terlalu singkat baginya,,apatah lagi nak menghabiskannya dengan hanya berjalan.

3.posture badan yang tegak..berdiri atau duduk dengan tegak.. Kedudukan badan tidak dibiarkan membongkok apatah lagi bila duduk..bila kita kelihatan tinggi,,kita akan nampak seperti seorang yang berkeyakinan.

4.Berpakaian kemas. Bila kita selekeh atau tak terurus, sudah tentu kita akan rasa tak yakin dengan diri sendiri.. selain daripada pandangan orang terhadap diri kita.

5. Siapkan diri dengan sempurna.persiapan bukan sahaja dari segi penampilan, tapi dari segala aspek seperti cara bercakap, gerak tubuh, hubungan mata, cara kita berinteraksi dan cara kita respon dengan orang lain.

6. practise.!..keyakinan ni bukan boleh datang bergolek..perlu latihan yang banyak..Kalau kita sentiasa praktikkan perkara yang diatas ni, confidence level kita secara tak langsung akan menigkat..semua pun dah bosan dengar qoute practise make perfect..walau kita bosan macam mana pun..itulah yang kita perlu lakukan..

Confidence je kucing tu jalan depan anjing-anjing tu..Ada yang kata gambar ni sebenarnya nak melatih anjing tu..anjing penyiasat..

Kenapa aku terdetik nak bercerita tentang hal ni..sebab bila dah jejakkan kaki ke universitas or alam pekerjaan..keyakinan diri adalah perkara yang paling penting.. Bila bab presentation jew, mula la kaki ketar la, perut memulas, lutut longgar semua keluar.. Padahal presentation lah yang paling menggambarkan keyaakinan dan tahap dimana diri kita berada. Sepatutnya kita bagi reaksi yang positif kepada orang ramai..

Hope entry ni dapat mengubah sesiapa saja kat luar sana untuk jadi lebih yakin..sebenarnya itu yang paling utama dalam setiap entry aku.. Spread all the positive energy yang korang ada..!..Peace..!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

5 comments:

  1. terima kasih atas pndapat yg admin beri. yeahh, lepas nie I boleh konfiden dlm setiap bnda yg dibuat.

    ReplyDelete
  2. confident level org malaysia jd rendah kerana takut apa yg dikatakan salah dan tidak betul... then, org sekeliling akan mencaci, memaki atau mentertawakan apa yg dikatakan org tersebut... bukan utk menyokong...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Shami Elias sedikit sebanyak dah membantu saya untuk lebih yakin walaupon saya ni kalau diketogerikan tahap pemalu mmg 80% tapi saya akan cuba untuk lebih yakin ....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Shami Elias sedikit sebanyak dah membantu saya untuk lebih yakin walaupon saya ni kalau diketogerikan tahap pemalu mmg 80% tapi saya akan cuba untuk lebih yakin ....

    ReplyDelete

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!