Sunday, 19 February 2012

Petua jadi anak favourite yang tak ramai orang buat!

Memandangkan esok aku dah nak balik ke UKM..iaitu universiti no. satu di malaysia..erkk..ok no 2..hah?..3!..sebenarnya ranking tu tak penting sama sekali..semua universiti sama..masuk oxford sekalipun kalau tak score..lebih bek masuk universiti yang ranking tak top tapi keluar dapat 4flat..macam result sem lepas aku la..i know!!!..i have to stop dreaming..!..yang bakal atau bercita-cita nak masuk u..ingat ye.jangan kejar nama(like i do in the first place)..dan english sangat penting ye!!!


petua yang aku nak bagi ni adalah rahsia terbesar yang aku simpan..petua ni jugak aku dapat daripada lecturer aku semasa menuntut di matrix melaka dulu..memang hebat lecturer tu..banyak aku belajar daripada die..ini salah satunya yang sangat bagus..

baca entry ini sepenuhnya...

Saturday, 18 February 2012

Istana diatas air

ini merupakan gambar-gambar istana yang sangat awesome dibina diatas air..kalau dimalaysia mungkin akan dipanggil 'istana terapung'..




5 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya..

Sayang mummy ke daddy? (video)

Sapa yang korang lebih sayang..mak atau ayah???..dua-duakan..!..kalau korang tak boleh pilih..biar budak comeeelll ni pilih kan..get ready for the whole bunch of cuteness everyone!


             

Comelnyeee!!!..

macam tak puas pulak tengok satu video je..ni lagi satu video yang menunjukkan seorang baby yang tak susah pun nak buat die ketawa....mesti daddy die baru dapat rejection letter..bagi anak die..anak die gelakkan..!  =D..


                   

take it that cuteness everybody!!!..

p/s : i love cats  videos too..


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Friday, 17 February 2012

21 jenis soalan yang tiada jawapan!

Aku jumpa bermacam-macam jenis soalan yang bila di fikir-fikirkan balik..memang susah untuk kita cari jawapannya....sestengahnya mungkin kita boleh bagi jawapan..tapi adakah jawapan itu betul dan tepat?..ini antara 21 soalan kreatif yang membuatkan kita berfikir...

1.kalau suhu pada hari ini 0 darjah celcius,dan dikatakan akan meningkat dua kali ganda pada hari esok..berapakah suhu pada hari esok?


2.Adakah kuda belang hitam dengan jalur putih, atau putih dengan jalur hitam?




3.Jika manusia berkembang daripada monyet dan beruk, mengapa kita masih mempunyai monyet dan beruk?


4.Jika Marikh mempunyai gempa bumi, adakah itu akan dipanggil "marsquakes"?..(earthquakes)


5.Bolehkah anda menangis di dalam air?

6.Jika hidup itu singkat, mengapa kita buat banyak perkara yang kita tidak suka dan suka begitu banyak perkara yang kita tidak lakukan?


7.Anda sedang makan tengah hari dengan tiga orang yang anda menghormati dan kagumi. Mereka semua mula mengkritik teman rapat kamu, mereka tidak tahu dia adalah kawan anda. Kritikan itu adalah hina dan tidak wajar. Apa yang anda lakukan?


8.Kenapa ada lampu di dalam peti sejuk dan tidak di dalam peti beku?


9.kenapa pizza yang berbentuk bulat diletakkan di dalam kotak persegi?

10.kenapa tuala mandi anda kotor sedangkan kita selesai mandi dalam keadaan bersih..

11 lagi soalan dengan membaca entry in sepenuhnya..

5 jenis ganjaran datang awal Solat jumaat..

beberepa hari yang lepas, aku menghadiri majlis mulidur rasul..dan aku ingin berkongsi sedikit isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh penceramah itu..aku rasa inilah masa yang paling tepat.. ia berkenaan ganjaran orang yang datang awal ke solat jumaat.. terbahagi kepada 5 waktu.


seksi unta ni!
> Waktu yang pertama akan diberikan pahala seperti menderma seekor unta(rm8000).sekitar 8-9 pagi


kalau ini lembunya..rm10k pun tak dapat!
>waktu yang kedua seperti menderma seekor lembu(rm3500).9-10pagi


who said i'm stinky!
>waktu yang ketiga seperti menderma seekor kambing(rm800).10-11 pagi


akulah ayam yang paling bergaya didunia!
>waktu yang ke empat seperti menderma seekor ayam(rm20).11-12 tgh


samapi hati awak main kayu tiga!
>wktu yang kelima seperti menderma sebiji telur(rm0.50).12-azan pertama.


Jom kita renung-renungkan yang mana yang satu kita akan dapat?..bermula dengan menderma unta berharga rm8000..terus jatuh ke rm3500..lepas itu jatuh lagi rm800..kemudian jatuh lagi rm20..sampai la 50sen..bayangkan kalau kita boleh nampak duit-duit tu atau ganjaran itu,,mesti semua berebut-rebut nak datang masjid awal...("argh!..sikit lagi nak dapat unta!")


Aku tak nafikan dalam keadaan sekarang..memang susah untuk kita nak datang kemasjid awal..tuntutan duniawi yang semakin mencabar membuatkan kita terikat dengan masa..


Walau apapun..yang penting adalah niat kita yang ikhlas untuk menunaikan solat jumaat di masjid dan mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan dan jiran-jiran tetangga...


p/s : Alhamdulillah kita menderma telur..daripada takda langsung!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)


Thursday, 16 February 2012

Ape orang dan Rosmah mansor kata tentang anugerah PHD


Sejujurnya..aku tak berapa minat untuk menulis tentang isu politik..apatah lagi dengan dunia zaman sekarang ni..aku just nak share pandangan ataupun kata orang ramai tentang penganugerahan ijazah kedoktoran daripada curtin universiti kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor..








Sape nak dipersalahkan bila terjadi benda-benda macam ni..secara tak langsung ia memalukan negara malaysia juga..seluruh dunia akan tahu yang isteri pm malaysia dibenci oleh rakyatnya sendiri..reputasi malaysia akan jatuh..

Jangan salah faham ye kenapa aku cuma ambil komen-komen negative je..aku cuba untuk cari komen yang menyokong anugerah itu..tapi malangnya aku tak jumpa..kalau korang tak percaya..boleh tengok kat Curtin University ni punya page di facebook..


dalam hal ni..aku rasa kita kena nilai daripada seluruh sudut..persoalan yang utama adalah kenapa rakyat malaysia semakin benci kepada rosmah mansor.???..


ini pula video kenyataan daripada rosmah mansor sendiri tentang anugerah itu..

          


p/s : mungkin ini salah satu sebabnya-> Rosmah Mansor - If Tomorrow Never Comes


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU


Hari ni aku join segmen Ben Ashaari lagi..kalau sape-sape nak join boleh klik gambar diatas..kalau korang bace entry ni lebih daripada jam 10malam 16-02-2012..sila lupakan untuk join..

bagi aku segmen ini bagus..kerana secara tak langsung memberi kita peluang dan ruang untuk meningkatkan kualiti dalam berblogging..aku sebenarnya sangat suka apabila ade seseorang sudi memberi nasihat ataupun kritikan membina kepada aku..

"Apabila kita menilai atau mengkritik orang lain, ia tidak bermaksud apa-apa tentang orang itu, ia hanya mengatakan sesuatu mengenai keperluan kita sendiri,dan itu adalah penting."

bagi aku sendiri..sangat lah penting untuk kita menerima kritikan dalam hidup..tidak kira daripada sesiapa pun..ape yang penting kita ambil kritikan itu sebagai satu benda yang positif dalam hidup..

Cara untuk mengkritik juga harus dititik beratkan..jangan keterlaluan dan kita perlu pastikan ape yang kita nak sampaika itu bukan lah untuk menghentam ataupun mengkondem apatah lagi memprovokasi seseorang itu,,sebaliknya lebih kearah positif dan membina..

"Terimalah satu-satu kritikan itu dengan ikhlas walaupun ia pahit untuk ditelan, kerana ia menjadikan kita manusia yang lebih matang! "-Syahmi Elias

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Seni pada tangan yang awesome!!!

sebelum ni aku pernah tunjukkan 20 Gambar Lukisan 3D Paling Awesome!!! dan beberapa lagi gambar-gambar yang menarik..hari ni aku nak kongsi lima gambar yang telah lama aku simpan untuk dipublishkan di sini..

Bila tengok gambar-gambar ni..ade tiga soalan yang membuatkan aku tertanya-tanya..

1.adakah itu lukisan yang di lukis diatas kertas?
                             atau
2.lukisan yang dilukis di tangan kemudian diambil gambar?

3.kalau itu tangan yang sebenar..berapa die nak jual dengan tangan-tangan sekali?=P





baca entry ini sepenuhnya...

update telefon pintar anda!

Aku baru saja update handphone aku kepada software yang baru dipanggil symbian belle..kalau sape-sape yang pakai android seperti iphone atau htc..sudah tentu korang akan perkecil-kecilkan os symbian kan..bagi aku ok jew..


lepas dah update..memang best..quality sound, ketahanan battery, web browser, video camera, dan banyak lagi lah..handphone  korang akan jadi seakan-akan htc..icon untuk home screen pun dikecilkan..update ini hanya untuk nokia..sape-sape yang menggunakan C6-01, C7-00, E6-00, E7-00, N8-00, X7-00, Nokia 500, and Nokia Oro..ade berita baik untuk korang..pihak nokia telah menyediakan software ini untuk korang update..


sebelum update iaitu symbian anna


senang je nak buat..ikut arahan daripada awal sampai habis..yang penting adalah kesabaran yang tinggi..sebab korang perlu menunggu lama ketika prosess pemasangan..sape-sape yang nak update boleh pergi kat laman web ni..http://www.nokia.com/my-en/support/nokia-belle-software-update/...harap korang berjaya..!

selepas diupdate kepada symbian belle
mungkin korang akan tak perasan beberapa warning yang dia bagi..untuk keselamatan aku bagi tahu serba sedikit yang penting..

1.jangan sampai kabel terputus daripada nset semasa proses upgrade.

2.ade satu part dimana die tak kasi sentuh skrin talefon..PENTING!,,nanti telefon korang tak boleh
berfungsi..!

3.ikut arahan satu-satu dan jangan tergopoh-gapah..

untuk yang buat kali pertama mcam aku..mesti bangga bila dapat selesaikan dengan jayanya..yeeayy!!.

p/s : buta IT!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Wednesday, 15 February 2012

Kenapa Yahudi bijak !

Aku teringat,, sekitar 3 tahun yang lalu, aku pernah membaca satu artikel daripada kajian seorang hamba Allah tentang mengapa yahudi bijak..jadi aku pun search di google..aku baru tulis "kenapa" di ruangan search..artikel bertajuk "Rahsia Kenapa Yahudi bijak" muncul di bahagian paling atas..kemudian aku buka..dan Yeah!.inilah yang aku cari..




Artikel ini sangat berguna..secara keseluruhannya ia menerangkan ape golongan yahudi ini buat sebelum, semasa, dan selepas mengandung..dan juga ape yang dibuat disaat bayi dilahirkan dan dibesarkan..ia mencakupi segala bahagia..persekitaran, pemakanan, perkembangan dan segala-galanya..artikel ini merupaka sebuah tesis yang dibuat oleh Dr. Stephen Carr Leon untuk projek tahun akhir beliau..


baca artikel ini sepenuhnya...

Tuesday, 14 February 2012

Belajar buat origami

sebelum korang teruskan membaca..aku nak memberi tahu sedikit fakta tentang origami..

origami berasal daripada perkataan jepun iaitu "ori" bermaksud lipatan, dan "kami" bermaksud kertas..bila digabungkan menjadi origami.."kami" ditukar menjadi "gami" kerana peraturan bahasa jepun..

origami bermula sejak kurun ke 17 dan diperkenalkan luar daripada jepun pada pertengahan 1900s..matlamat utama origami ialah merubah sekeping kertas menjadi satu arca yang menarik menggunakan teknik lipatan.

cukuplah dengan maklumat itu..sekarang aku nak share beberapa origami yang sangat kretif dan menarik..




sebenarnya ade banyak lagi origami yang kreatif-kreatif..sape yang suka dengan seni lipatan kertas ni korang boleh pergi ke laman web ni..http://en.origami-club.com/..kat sini ade bermacam-macam jenis benda boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan sekeping kertas..

p/s : orang pertama yang menghasilkan satu-satu seni origami ni mesti genius..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)


Biji Epal dan ceri beracun

Aku terserempak dengan satu article bertajuk "Yes, Apple Seeds and Cherry Pits are Poisonous"..seperti biasa aku dengan perasaan ingin tahu membuat sedikit research di google..dan aku dapati ade beberapa artikel daripada laman web sains yang menjelaskan memang terdapat kandungan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan..




biji epal mengandungi cyanogenic acid. biji ceri dan sesetengah biji daripada buah-buahan lain seperti aprikot, pear, dan badam mengandungi glikosida cyanogenic. badan kita boleh menyahtoksinkan sejumlah kecil cyanide. kalau kita tak sengaja tertelan biji ini..ia tak mendatangkan apa-apa masalah. Mengunyah biji benih lebih berbahaya kepada kesihatan korang. Kanak-kanak dan haiwan peliharaan lebih berkemungkinan mengalami keracunan daripada orang dewasa.


kalau anda termakan dalam kuantiti yang sikit..mungkin anda akan alami keracunan yang ringan seperti sakit kepala, pening, kekeliruan,kerisauan, dan muntah-muntah.




manakala kalau anda terambil dalam kuantiti yang banyak, dos yang lebih besar boleh membawa kepada kesukaran bernafastekanan darah tinggi dan kadar jantung dan kegagalan buah pinggang. Anda juga mungkin boleh koma, sawan, dan mati tiba-tiba akibat masalah pernafasan.


Ada beberapa jenis rawatan untuk mengehadkan penyerapan bahan kimia daripada biji tersebut. Jika anda dapati kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan korang tertelan biji ini..pergi dapatkan rawatan segera untuk mengelakkan daripada racun itu merebak..




Rawatan yang utama sebenarnya adalah untuk mengepam perut atau paksa muntah untuk mengeluarkan balik racun itu.


Jika anda atau kawan-kawan anda pernah tertelan sebiji atau dua..jangan risau sebab badan kita telah dilengkapi untuk menyahdetoksifikasi kuantiti yang kecil sebatian cyanide.



kalau anda masih tertanya-tanya..betul ke biji-biji ni mengandungi racun. jawapannya ialah YA! Biji Epal dan ceri beracun.


sumber



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Monday, 13 February 2012

Waktu terbaik minum air masak

Kita minum air setiap hari..tapi adakah kita minum pada waktu yang terbaik..air yang merupakan sebahagian besar daripada kuantiti darah kita, dan juga meliputi sebahagian besar bumi, sangat penting untuk kehidupan seharian..kita disyorkan untuk minum 8 gelas sehari.

Japanese Medical Society membuktikan dalam kes-kes yang tertentu, amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Antaranya ialah masalah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing. Antara peraturannya ialah :


1. Minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga daripada tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu menyediakan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien dengan lebih baik.

3. TIDAK dinasihatkan untuk minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan kerana ia boleh menjejaskan penghadaman.

4. Satu jam sebelum tidur. Badan kita menggunakan air yang banyak ketika tidur, membuat kita berasa haus dan dehidrasi pada waktu pagi. Minum air beberapa jam sebelum tidur dapat membantu daripada terlalu banyak kehilangan air pada waktu malam.

5. Segelas air Sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah.

6. Kira-kira 2:00 -3:00 pukul pada sebelah petang, minum beberapa cawan air untuk menyegarkan badan dan minda


p/s : walaupun pada masa kini, banyak air-air tenaga di jual dipasaran, ape yang sebenarnya kita perlukan hanyalah air masak untuk mengekalkan kuantiti air dalam badan dan melancarkan proses hidrasi bagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh badan.!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Jika ade sesiapa yang pernah membaca blog aku, atau pun baru nak membaca untuk kali pertama, ini adalah perkara yang korang kena tahu, Aku mementingkan kejujuran, kesaksamaan, kebaikan, belas kasihan, melayan orang sebagaimana kita mahu dilayan dan membantu mereka yang memerlukan..Itu adalah antara nilai-nilai yang perlu diterap dalam diri ..dan aku berpegang pada perkara-perkara ini!

Ini merupakan antara masalah aku bila join segmen ini yang juga merupakan segmen pertama aku join dalam berblogging....aku kena pilih satu entry yang menarik untuk buktikan yang blog aku menarik?.cuba tengok kat sebelah kanan bahagian "blog achieve" di blog aku..bagi aku semua entry aku adalah yang terbaik dan menarik.!..susah nak pilih yang mana satu..walaubagaimanapun aku pilih antara entry yang paling mendapat respon yang baik iaitu 9 Sebab kenapa tak perlu pasang music box dalam blog!..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Sunday, 12 February 2012

koleksi cerita kelakar! =D


Siapa tak minat boleh keluar

seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor,

 "kalau anda tak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa." 

Semasa kuliah berjalan selama 30minit, sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya seorang saja yang tinggal.
Setelah professor itu menghabiskan kuliahnya, professor berkata,

"terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya"

"tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan". balas orang itu.


belajar dua kali lebih cepat



Aiman baru tiba dari selatan china. dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Dia ke sebuah buku dan menemui sebuah buku yang bertajuk "Belajar Bahasa Cina Dalam Masa Sebulan". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya,

"Satu lagi buku ni untuk kawan awak kah?"

"Oh tidak, saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".


Beruk


Dalam sebuah tadika, 2 orang kanak-kanak sedang bergaduh.

sam: kau memang berukla!

dol: kau la beruk!!

sam: kau la beruk..kata aku pulak!

kemudian datanglah seorang cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

cikgu: apa pasal gadu-gadun ni? Tak baik tau!

dol: beruk ni kata saya beruk cikgu!

cikgu: sam, dol mari sini, cuba tengok tangan kamu..sama kan?

sam & dol: sama cikgu!

cikgu: cuba tengok mata, hidung, telinga kamu, sama juga kan?

sam & dol: sama juga cikgu!

cikgu: semuanya sama. kalau dol beruk kamu pun beruk juga lah sam! faham?

sam & dol: Faham cikgu!

sam: Tapi kenapa tangan, mata, hidung, dan telinga cikgu sama macam kami, cikgu pun beruk juga ke?

cikgu: Sbar je laaaa..!!! (dalam hati)

p/s : Baca cerita lawak sebelum ini di sini

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)..

this girl is AMAZING!!!

Hari ni aku sangat tertarik untuk berkongsi dengan korang pandangan daripada seorang gadis berumur 17 tahun tentang hijab..

Ape yang aku nak tekankan di sini adalah keberanian beliau untuk membuat video dan upload di youtube yang aku rasa bukan semua orang berani nak buat.. dan tahap konfident beliau bila bercakap tu sangat lah yakin.. fikirkan lah balik ape yang kita buat masa umur 17 tahun?..sape yang belum 17 tahun tu,,be like this girl which can inspired people..beliau juga menggunakan bahasa inggeris yang aku rasa beliau mahu menyampaikan mesej kepada seluruh dunia bukan sahaja di malaysia..



Mungkin ade banyak lagi pandangan dan video-video yang hebat kat youtube tentang berhijab ini..tapi aku tertarik dengan video daripada channel adibaaah ni di youtube..this girl must be so proud if she knew that this video is in my blog!.=P

ape-ape pun..aku harap video ni akan merubah sesuatu kearah yang lebih baik dalam diri kita..

p/s : when it comes to presentation..eye contact is so important,,i think you should just look straight to the camera instead of look at the ceiling or wall or the surrounding..but u'r points is really good!!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Korang mesti pernah buat benda-benda ni..

Pernahkah Korang Buat Salah satu daripadanya Sebelum Ni ??? :



1) Berjalan ke ke sesuatu tempat, terlupa apa yang korang nak buat, berjalan keluar semula untuk mengingat kembali..kemudian anda ingat.



2) Masa kecik-kecik dulu, lukis matahari kat atas sudut kertas.



3) Masa kecik-kecik dulu, korang fikir bentuk hati yang sebenar adalah "♥".



4) Tutup pintu peti sejuk perlahan-lahan, hanya untuk melihat bila lampunya terpadam.




5) Mencuba untuk mengimbangkan suis lampu, antara ON & OFF.


p/s : Mesti ade yang tergelak dan teringat masa dulu-dulu!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)




Friday, 10 February 2012

Bila panda bersin dan main gelongsor!

sebelum korang teruskan baca entry ni..aku nak korang bersiap sedia dengan kecomelan barang yang aku nak promote kat korang ni..iaitu beruang panda!..

Aku nak berkongsi salah satu ciptaann Allah yang sangat comel!..bila aku tengok je video ni..aku terus kata yang aku mesti share video ni dalam blog aku..aku nak semua orang tengok betapa comelnya panda ni..video yang pertama, merupakan antara video yang mendapat pageview terbanyak di youtube..129,958,643 JUTA pada jam 7.49pm 2/10/2012!!!..



Kalau ade sape-sape yang terkejut dengan bunyi tu..aku pun melalui perkara yang sama..dan kalau korang terkejut lagi sekali lepas korang sedar yang bunyi bersin tu datang daripada baby panda tu..aku pun same!..tanjat mommy panda tu..tengah sedap-sedap makan terkedu sekejap..nasib baik tak tercekik..

Video yang kedua pula menunjukkan baby panda yang rasa macam nak buat bantal peluk jew..main gelungsur dengan kawan-kawan die..atau mungkin adik beradik dia..comelnya.!.mula-mula nak share satu
video je..tapi rasa bersalah pulak kalau tak kongsi dengan korang video ni..aku nak satu !



panda merupakan antara haiwan yang semakin pupus..dianggarkan hanya ada 1600 ekor panda sahaja yang tiggal dihutan..bayangkan kalau mereka ni pupus..kesian kat generasi akan datang dah tak dapat tengok lagi kecomelan panda-panda ni semua..




JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Thursday, 9 February 2012

Myspace TIRU Facebook!

Setelah sekian lama aku tak buka akaun myspace yang hanya mempunyai 48 orang kawan..(sebenarnya lebih..disebabkan ade yang dah tutup dan remove aku..jadi tinggal segitu je la)..aku dapati ade beberapa perubahan yang dibuat untuk bersaing dengan laman sosial lain seperti facebook..tengok gambar di dawah,,

Akaun myspace

Akaun facebook



kalau dulu myspace kita boleh ubah layout ataupun background akaun kita..sekarang dah diubah jadi biasa ataupun clear..mungkin untuk lebih mesra pengguna sebab kalau ade layout yang berbagai-bagai kan akan jadi lebih berat dan loading pun lama..selain tu cuba korang bandingkan nombor-nombor yang aku dah labelkan 1-4 tu..nampak persamaan tak?

kalau korang perasan..bahagian tengah (B) untuk update daripada kawan-kawan,..bahagian kanan (C) lebih kepada iklan dan lain-lain..bahagian kiri (A) untuk kegunaan pengguna, nampak tak persamaan kat situ..?

penambahan lain yang dibuat oleh myspace ialah..ade butang back to top yang bagi aku bagus..selain tu ade player music yang boleh kita play kalau nak..secara keseluruhan..myspace sekarang lebih friendly daripada dulu..tapi kalau fikir-fikir balik...kenapa nak ada sampai dua tiga akaun sosial sedangkan fungsinya sama..?

aku tak pasti sama ada perubahan ini baru dibuat atau dah lama...sebab aku pun dah hampir beberapa tahun tak buka akaun myspace aku..

mesti ramai diantara kita yang mempunyai akaun myspace terlebih dahulu daripada facebook..begitu juga lah aku..bila tengok balik gambar kat atas tu..hampir tak ade beza..walau ape pun..myspace perlu buat sesuatu untuk menaikkan namanya semula..itulah kehidupan.. adakalanya diatas..adakalanya dibawah..


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Wednesday, 8 February 2012

Filem Azura 2012 - 4/10 bintang!

Filem cinta melayu yang sangat tipikal.!..cerita cinta melayu tak pernah lari daripada air mata, hujan renyai-renyai, tak dapat restu keluaga, ayat-ayat yang over bombastik!,dengki-mendengki, dendam dan kalau nak nampak lebih hebat, pergi ke luar negara..dan itulah filem azura 2012...


1.Lakonan neelofa sangat tak meyakinkan..adegan air mata langsung tak menyentuh hati..malah, tak ade satu pun adegan menangis yang menitiskan air mata. cume berlinangan je..tak sampai nak menitis lagi..adepun yang menitis nampak macam tak real.

2.jalan cerita tak berapa lancar atau smooth, dan ade scene-scene yang membuat kan orang tertanya-tanya..

3.dialogue cerita ni sangat lah tak releven dengan masa kini..macam cerita zaman-zaman dulu yang ayatnya terlampau berbunga dan puitis...

4.Ade satu scene yang menunujukkan azura menunggu lama untuk makan malam bersama zack..tapi zack balik lewat..air yang terhidang atas meja dengan air batu..kelihatan tak berubah walaupun peredaran masa yang agak panjang semasa azura menunggu..air batu tak cair.

5.pada pendapat aku..cara zack jatuh hati dengan nelofa sangat lah tidak logik..!..mungkin pengarah nak terapkan elemen hyperbola kot..zack kene lempang dengan azura,zack rasa bersalah sebab buat azura marah, minta maaf..jatuh hati..hurmm??

6.pelakon tambahan yang digunakan sangat kaku..kecuali ade beberapa yang ok seperti afdlin shauki, erma fatima, nenek zack, dan kawan-kawan azura juga kawan-kawan zack..

7.azura hidup bukan dalam keadaan yang senang..tapi baju-baju yang die gunakan sangat lah nampak mewah dan mahal..sedangkan die sendiri ade masalah melangsaikan yuran kolej..

8.solekan juga keterlaluan dan tidak natural..rasanya dalam filem ni..nelofa pakai contact lens yang menampakkan mata hitam lebih besar..menunjukkan yang ianya sangat tidak realistik..kalau tidak mungkin aku silap.

9.lakonan nelofa dan shahrizal jaszle masih ade sesuatu yang kurang..


ini merupakan kali pertama aku menonton wayang dengan jumlah penontonnya cuma 11 orang termasuk aku dan kakak aku..cerita mula lewat 10 minit mungkin menunggu jika ade lagi yang beli tiket..malang nya cuma segitu jew la yang ade..

filem ini juga mempunyai mesej-mesej yang baik antaranya..

1.jangan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

2.jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya seperti MLM.

3.jangan bermegah-megah walaupun kita mempunyai kekayaan dan harta yang banyak.

4.ade satu scene yang menunjukkan sikap rakyat malaysia yang tidak betanggungjawab membiarkan sampah merata-rata di pasar malam.

5.jangan jadikan sejarah silam keluarga yang tidak baik sebagai panduan untuk kita ulangi..sebaliknya jadikan pengajaran.

mungkin ade banyak lagi yang aku tak perasan atau lupa..keseluruhan cerita ini cume biasa-biasa je..tak tahulah mana silapnya..bagi aku cerita ini tidak menepati citarasa zaman sekarang..atau mungkin orang masih terbayang-bayang kehebatan filem ombak rindu yang memberi kesan mendalam pada penonton..

itulah orang selalu cakap..kalau nak memberi komen memang senang..tapi kalau kita nak buat..ape pun tak jadi..aku membuat review ini cumalah daripada kaca mata penonton biasa yang tak profesional..harap tak mengecilkan hati sesiapa..secara peribadi, filem ini tak berapa memberi kesan mendalam pada aku..seperti tajuk yang aku tulis..4/10 bintang untuk filem azura!


p/s : Mutu lakonan neelofa sangat kurang..kalau ganti dengan fazura mungkin akan lebih menarik!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)



Nur Sihat - Rahsia untuk anda!