Saturday, 31 March 2012

Potret 3D diperbuat daripada SKRU yang sangat kreatif!

Apa yang akan korang tengok ini adalah kreativiti oleh seseorang yang menghasilkan potret 3D menggunakan skru..mungkin kita dah biasa tengok Gambar Lukisan 3D yang menggunakan cat..Tapi kali ini, kita akan tengok bagaimana rupa potret 3D yang dihasilkan menggunakan skru..



10 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

10 rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu!

Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.

Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan.

Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.


1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

9 lagi rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu! dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Friday, 30 March 2012

Reka bentuk pertama laman web popular

Mungkin sebelum ni korang pernah terbaca 15 Laman Web Paling Popular..Tapi pernah ke korang tengok corak atau pun reka bentuk laman web itu ketika diawal penubuhannya..

Jadi entry ini akan membawa anda ke beberapa tahun yang lalu untuk melihat kembali bagaimana laman web ini kelihatan semasa diawal ia beroperasi..


Baca entry ini sepenuhnya...

Wednesday, 28 March 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?


biasanya akan cakap hai, atau mungkin lebih baik assalamualaikum kalau beragama islam..dan seterusnya pasti akan bertanya khabar, dan ape perkara terbaru yang sedang dilakukan..



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Sunday, 25 March 2012

Betul ke gambar makhluk ni???-seram! PG13

Selepas tengok gambar-gambar ni semua, pasti korang akan percaya yang mereka berada di mana-mana. mungkin di sebelah korang, atau mungkin pada ketika ini mereka sedang memerhatikan  korang, atau pun mungkin itu semua cuma khayalan yang merasuk minda korang.. 

 Jom kita tengok gambar-gambar seram yang mungkin korang boleh komen kesahihannya. Maklumlah, zaman sekarang dah maju. guna photoshop, semua gambar boleh jadi macam-macam..atau pun ini semua  cuma lakonan semata-mata? cer komen sikit..



7 lagi gambar lebih menarik dengan membaca entry ini sepenuhnya...

19 kasut tumit tinggi yang pelik tapi kreatif!

Apa yang korang akan tengok ini ialah rekaan kasut tumit tinggi yang pelik dan kreatif. Mungkin ade sesetengahnya yang kita tak terfikir langsung akan ada orang yang mereka kasut sedemikian rupa.

jom tengok 19 kasut tumit tinggi yang pelik tapi kreatif..


baca entry ini sepenuhya untuk melihat 17 lagi kasut tumit tinggi yang pelik...

Saturday, 24 March 2012

19 pekara PENTING lelaki JANGAN buat pada perempuan

Perempuan ataupun wanita, merupakan insan yang sangat sensitif. jadi sangat lah penting untuk menjaga hatinya supaya tidak terguris. Apatah lagi jika anda sayang kepadanya.

baca petua-petua ataupun apa yang dipanggil pantang larang jika anda berhadapan dengan seorang perempuan.


1. Membuat lawak atau mentertawakan tentang rambut, muka, tubuh badan, dan bajunya. Jangan sesekali!

2.berlebih-lebihan dalam sindiran.

baca entry ini sepenuhnya...

Friday, 23 March 2012

Pancing undi dengan duit! boringgg!!!

Dalam entry-entry lepas yang berkaitan politik pun aku ade tulis yang seboleh-boleh sangat aku tak nak tulis ape-ape yang berkaitan politik dalam blog aku..Tapi politik ni sentiasa memanggil aku untuk menulis sesuatu tentangnya..Oleh kerana satu hari nanti kita semua akan jadi pengundi yang menetukan pucuk pimpinan kerajaan,sedikit sebanyak kita perlu ambil tahu tentang isu politik..

sangat jarang aku menulis tentang politik..Pembaca berita tersasul dan kebebasan DS Anuar Ibrahim,siapa yang betul dalam politik?,Ape orang dan Rosmah mansor kata tentang anugerah PHD..sepanjang aku berblog..cuma ini jew entry aku yang ade berkaitan dengan unsur-unsur politik sikit..itu pun aku sentiasa cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak..walaupun hakikatnya kita semua ade pilihan sendiri..

sape tak nak duit?
baca entry ini sepenuhnya...

Wednesday, 21 March 2012

5 sebab untuk tidak memiliki ipad terbaru

Walaupun aku tak bercadang untuk memiliki sebuah ipad yang terbaru..tapi aku pasti mesti ramai yang dah berangan-angan untuk memiliki ipad 3..dan mesti ada yang sedang membuat perbadingan atau perkiraan untuk memiliknya..aku ingin berkongsi beberapa sebab kenapa ipad 3 tidak harus dimiliki..


1.Dah ada iPad 2.

Apple mempunyai nilai pasaran saham yang terbesar dalam kategori ini, jadi mungkin ada diantara korang membaca artikel ini menggunakan iPad atau iPad 2. Kalau korang berjalan kemana-mana, korang akan melihat lebih ramai pengguna iPad 2 daripada mana-mana tablet lain .Perbezaan antara iPad 2 dan iPad 3 tidak banyak, selain daripada skrin yang mempunyai resolusi tinggi dan penyambungan  LTE. naik taraf yang dilakukan pada kamera ipad 3 hanya perkara remeh pada tablet dan tidak harus mempengaruhi keputusan korang untuk mendapatkannya.Dan kalau korang dah ada iPad yang pertama, korang boleh mendapatkan iPad 2 untuk harga yang lebih rendah!

2.Skrin sahaja tak berbaloi.

Upgrade yang utama  dilakukan pada iPad yang baru ini ialah: paparan Retina (Retina display).Tak dinafikan paparan skrin ipad 3 memang hebat. Teks kelihatan sangat jelas dan warna yang amat terang. iPad yang lama memaparkan 1,024 x 768 pixels yang pada hakikatnya sudah cukup dan tidak memberikan apa-apa kesukaran dalam membaca dan melayari internet.kalau korang tidak mempunyai masalah dengan paparan 1080p HDTV 40 inci, dan berpuas hati dengan 1280 x 800 paparan pada tipikal tablet Android 10-inci, mengapa perlu keluarkan wang tunai tambahan untuk piksel begitu banyak pada hanya 9 inci skrin?

baca entry ini sepenuhnya...

Friday, 16 March 2012

Comelllnyaaa Daniel Hyunoo Lachapelle..!!!-tak kenal?..jom berkenalan!

Budak ni telah menyebabkan satu mesin untuk menguji tahap kecomelan di us..rosak..oleh kerana wajahnya yang telah overlimit kan pengesan mesin tu..sehingga meletop..ok2..you got my point ...letak unsur-unsur hyperbola sikit..sebelum korang teruskan..aku nak bagi beberapa amaran..

1.entry ini mengandungi sangat banyak gambar.

2.segala risiko pengsan,pening-pening,kegilaan atau fanatik tahap maksimun adalah tanggungan sendiri..

3.segala kelakuan aneh atau diluar jangkaan selepas melihat gambar-gambar dibawah adalah risiko masing-masing..

4.jika anda mengalami simptom-simptom diatas..kemungkinan besar adalah disebabkan betapa comelnya Daniel Hyunoo ni..

5.segera ke klinik atau hospital berdekatan..

BANYAK lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya... diulangi..BANYAK!=P

Thursday, 15 March 2012

Baju unik diperbuat daripada kertas

Dari segi kreatif..ya!..tak dinafikan memang kreatif..tapi dari segi logiknya..baju diperbuat daripada kertas..???

ok la..kenapa nak fikir logik?..sedangkan dah banyak benda-benda tak logik berlaku kat dunia sekarang ni kan...

tak dapat bayangkan macam mana kalau tetiba hujan...kertas tu kene laminate dulu..baru la tahan lama sikit..kalis air..sorry kepada pembuat baju ni..cuma nak bagi idea je..



lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya..

Ade orang promote blog aku?!-Blogger lelaki pilihan

Entry ringkas ini cuma nak memberi tahu yang ade satu blog ni telah meletakkan blog aku sebagai "blogger lelaki pilihan" dalam blog beliau..sebenarnya aku tak perasan pun..sebab die cuma tinggalkan jejak di shoutbox untuk bagi tau yang aku ade dalam entry dia tu..jadi lambat sikit aku  dapat tahu..

by the way..terima kasih kepada tuan punya blog..iaitu http://kuahayampedas.blogspot.com/...pergilah ke blog dia yerr..tujuan utama aku bukan lah nak promote blog die..sapalah aku..just nak ucap terima kasih sebab apreciate ape yang aku buat..TERIMA KASIH!!!..kalau nak baca entry yang aku maksudkan tu boleh baca kat sini..

aku harap lepas ni semua blogger akan berusaha keras untuk meningkatkan kualiti blog masing-masing...macam ape yang aku buat setiap kali update entry..aku akan sentiasa pastikan yang entry aku itu bertambah baik dari semua aspek..yang paling penting memberi kesan positif kepada pembaca..

p/s : terima kasih jugak kalau ade sesape yang suka baca blog yang tak seberapa ni..!!!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)


Tuesday, 13 March 2012

Aksi lawak dari kucing...comel!!!

Kenapa la comel sangat nii!!!..kalau ade anugerah binatang paling comel..mesti kucing dapat top 5 kan..

jom tengok gambar gelagat-gelagat kucing yang jarang kita dapat tengok..kucing ni sebenarnya ada bakat melawak tersembunyi..malas je nak tunjuk...=D

dah gemok..kena exercise ni..!
tolong lahh!!
12 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya..

Sunday, 11 March 2012

Snek / jajan zaman dulu yang semakin dilupakan

Dalam hujung minggu ni..aku nak bawak korang imbas kembali sejarah waktu kecik-kecik dulu..sebelum ni aku dah pos entry tentang Permainann zaman dulu yang semakin dilupakan..Hari ni aku nak bawak korang ke zaman 10 tahun yang lalu dan ingat balik jajan atau snek yang selalu kita beli bila balik sekolah atau ikut parent pergi kedai atau mungkin nek basikal untuk beli sendiri...kalau korang berumur lingkungan 20-an..mesti korang pernah jumpa snek atau jajan ni semua..zaman sekarang ade lagi ke ni semua..?
Gula-gula getah
aiskrim malaysia
6 lagi gambar untuk dikenang...

Saturday, 10 March 2012

Permainann zaman dulu yang semakin dilupakan

Hari ni aku nak bawang korang ke zaman 10 tahun yang lalu..kalau korang berumur dalam lingkungan 20-an..mesti korang pernah jumpa permainan-permainan ni semua..zaman sekarang ade lagi ke ni semua..?..jom kita imbas kembali nostalgia ataupun kenangan zaman kanak-kanak dulu..
perempuan dulu suka main mix&match ni kan..
belon ni!
9 lagi permainan zaman dulu yang semakin dilupakan..

Tuesday, 6 March 2012

WOW.!!!..malaysian broadcast on The Ellen Degeneres Show..!!

aku memang sangat minat menonton rancangan talk show iaitu The Ellen Degeneres Show...aku sarankan semua pembaca supaya menonton talk show tersebut..sangat-sangat kelakar dan ade mesej yang berguna..

aku sangat terkejut bila satu segmen daripada rancangan itu yang diberi nama "Local Focal"..dimana mereka menyiarkan rakaman yang live tetapi ada yang tak sepatutnya beraku dalam rakaman itu..kalau korang tak faham..tengok klip ni!!!



kalau ada yang  tak kenal siapa Ellen Degeneres ni..dia adalah seorang celebrity Hollywood,comedian yang sering membuat stand up comedy dan berkawan baik dengan oprah winfrey..dia juga pernah mengacarakan oscar dan memenangi banyak anugerah rancangan bual bicara kegemaran dan terbaik..

Baru-baru ni dia telah meletakkan hartanahnya yang bernilai usd49mil dan membeli rumah pasangan hollywood brangelina(brad pitt & anjelina jolie) yang lokasinya di tepi pantai bernilai usd12mil...

dia juga merupakan seorang yang sangat pemurah..baru-baru ni dia baru saja menghadiahkan sebiji rumah kepada salah seorang penontonya di studio..selain itu..dia juga sering menghadiahkan kereta,ipad,barang kemas,pakej percutian dan macam-macam lagi..

nama-nama besar seperti justin beiber,charice,greyson chance..mereka semua ini mula popular apabila dijemput ke talk show ini..greyson chance yang pernah buat konsert kat malaysia tu merupaka artis dibawah naungan syarikat Ellen yng dipanggil ElevenEleven...

aku harap akan ada rancangan malaysia yang berbentuk macam ni..subscribe channel die kat youtube..memang best..aku tak pernah miss setiap update dalam channel die..ENJOY!!

p/s : macam tak percaya!!!


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Baskin robin : satu cone 2 scoop rm10 !!!

ok la..straigh to the point..berbaloikah harga rm10 di bayar hanya untuk satu cone ais krim dengan dua scoop di atasnya?..aku tak nafikan ais krim daripada baskin robin memang sangat sedap,,rasa sekali pasti nak lagi..itu mungkin perkara pertama yang aku boleh gambarkan tentang ais krim baskin robin..perkara yang kedua..bayar sekali..pasti tak nak lagi..!!...

inilah resitnya!

bagi aku,,untuk 2 scoop aiskrim saiz junior(yang mereka panggil) berharga rm10 adalah terlalu sangat mahal!..ape yang dia letak dalam aiskrim tu sampai boleh mencecah harga cam tu skali..untuk pengetahuan semua,,ini baru yang basic aiskrim..kalau nak yang banyak sikit..boleh mencecah harga 2 set dinner plate kfc atau mungkin lebih..

inilah aiskrim yang rm10 tu..

harga yang sangatlah tidak releven sekali..oleh kerana terlalu lama aku tak makan aiskrim tu..aku gigihkan juga membelinya..sekali sekala boleh  la..kalau nak jadi desert harian tu memang tunggu aku jadi CEO syarikat SYAHMI ELIAS SDN BHD .!!aku beli satu kilang baskin robin...!


mungkin ais krim ni di buat hanya untuk golongan elit atau yang kaya raya..buktinya...masa aku tengah sedap menikmati aiskrim ni..tetiba datang satu organisasi ni datang mintak derma..huu..pandai pulak dia attack orang yang tengah makan kat baskin robin..

yee mee kantonis ni pun baru rm 6!
 kalau tak nak yang dua scoop..satu scoop pun ade..kalau tak silap harganya dalam rm 7.50..still!..mahal..aku harap diorang tau yang harga satu aiskrim tu boleh menampung hampir sehari perbelanjaan aku kat ukm ni..untuk makan je..

aku nasihatkan sape yang nak beli aiskrim ni,,baik fikir 98509kali..aku cadangkan korang beli drumstik 4!..lagi puas rasanya..

p/s : beg galas belakang tu terisi laptop baru beli kat loyat!..=P


 seperti biasa..


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Sunday, 4 March 2012

Gaun daripada 9999 bunga rose!


wanita ini sangat bertuah kerana teman lelakinya telah melamarnya dengan sepersalinan gaun yang diperbuat daripada 9999 bunga mawar...aku ulang..sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan!!..wow!..memang banyak dan sangat rumit..nak kira bunga tu sampai 9999 tu pun dah ambil masa berapa lama..?

menurut budaya kaum cina..angka 9 membawa mangsud yang baik iaitu "tahan lama" dan bagus untuk majlis perkahwinan.Menurut legenda, bilangan 10000 dikhaskan hanya untuk dewa-dewa. Maharaja istana empayar di Beijing Forbidden City dikatakan telah meminta 9999 bilik, mempercayai bahawa nombor membawa dia paling dekat dengan syurga.

sebagai seorang islam..jangan lah kita percaya pulak dengan benda-benda macam tu..untuk pengetahuan umum je..cukulah kita bersederhana yang penting keikhlasan dan niat yang baik..

4 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Bila kucing dijadikan seperti manusia!

Sebelum ni aku pernah berkongsi entry tentang panda yang sangat comel..entry bertajuk "Bila panda bersin dan main gelongsor!"..bila cakap pasal binatang yang comel..mesti tak lari daripada mulut kita untuk sebut kucing..

gambar-gambar ni merupakan imaginasi oleh Harry Whitter yang membayangkan bagaimana kucing memakai baju dan membuat kerja-kerja seperti manusia..



7 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Saturday, 3 March 2012

3 perkara anda mesti tahu! - volume 1

1.                                                                Rajin mencuci tangan


Dapat menghindarkan virus dan bakteria daripada menyerang. Jadikan ia satu kewajipan kerana tangan adalah anggota yang paling banyak mengandungi meorganisma halus sama ada bakteria, virus atau alga. Apebila muka disentuh terutama mata, hidung, atau mulut, organisma halus ini akan terus sampai ke "pintu masuk" badan dan merosakkan kesihatan tubuh kita


2.                                                                      Sakit kepala


Berehat seketika dengan berbaring di atas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.


3.                                                                  Kajian dari barat


Mengatakan jika hari dimulakan dengan senyuman ia bukan sahaja menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan untuk kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan kita turut "tersenyum" dan menganggap kita gembira. Kajian juga menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

rapi

"3 perkara anda mesti tahu"..ini merupakan satu cara supaya aku dapat berkongsi maklumat-maklumat atau informasi-informasi penting yang mungkin baru bagi kita..nantikan entry tentang "3 perkara anda mesti tahu - volume 2" dan seterusnya..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!