Monday, 30 April 2012

5 barang yang pertama di dunia

Setiap perkara yang kita buat mesti ade kali pertama, mencuba untuk kali pertama bukanlah satu perkara yang mudah, kita mesti berani untuk mencuba sesuatu perkara yang baru, barulah ade kemajuan dalam hidup.

Macam entry aku masa mula-mula berblog dulu. "The First Time", entry yang bertarikh 24 disember 2011. Itu adalah entry yang pertama aku tulis dalam blog ni. Bagi aku, entry itu sangat bermakna. Ia menunjukkan titik permulaan aku menulis blog. mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, entry ini akan memberi lebih makna pada aku.

macam gambar-gambar kat bawah ni, mungkin generasi sekarang ramai tak tahu bagaimana permulaan sesuatu teknologi yang canggih sekarang ni. Semua tu berperingat-peringkat.

jom kita tengok koleksi barang-barang pertama ni...

4 lagi gambar barang yang pertama di dunia dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Yunalis Zaraai yang sangat awesome.!!!

Semua tahu yang yuna dah lama melebarkan sayapnya dalam bidang seni ke negara luar. Kerjaya yuna makin bertambah-tambah baik apabila bekerjasama dengan pharel william..Bermacam-macam kejayaan telah diraih..24 april 2012 dia telah melancarkan album penuh pertamanya kat us. Untuk pasaran malaysia tak masuk lagi.


Ade beberapa entry yang aku ade update tentang yuna dalam blog aku sebelum ni, antaranya The Best Of Yunalis Zaraai - YunaYuna masuk Talk Show popular USA!!! -betulkah?..selepas aku mendengar beberapa lagu dalam album yuna di youtube, ape yang aku dapat katakan ialah, perkembangan muzik yuna sangat mengkagumkan!!!!!!!..


Kalau dulu mungkin ade yang kata lagu yuna semua mendayu-dayu dan bosan. Tapi aku pasti korang semua mesti akan terpegun dengan lagu-lagu baru yuna, Lagu-lagu yuna dalam album yang terkini ni sangat bebeza daripada apa yang selalu kita dengar, sangat-sangat berlainan. Susunan muzik sangat best dan sedap didengar. Memang international lah. Kalau boleh disamakan mungkin seakan-akan sama dengan amy winehouse, dan beberapa artis hollywod lain. Mungkin ade beberapa lagu yang korang akan terus tertarik selepas mendengarnya walaupun kali pertama.

jom kita layan lagu yuna yang sangat AWESOME dengan membaca entry ini sepenuhnya.!!!

Wednesday, 25 April 2012

Idea penciptaan jam loceng yang GENIUS!

Sapa yang tak pernah snooze jam kan. Itulah aktiviti aku setiap pagi sebelum aku bangun untuk ke kelas. Walaupun kadang-kadang kita sakit hati bila jam tu berbunyi, tapi aku pasti mesti kita akan lebih sakit hati bila jam tu tak bebunyi!

Aku ade beberapa peristiwa berkenaan dengan jam loceng, yang paling teruk adalah bangun lewat untuk ke peperiksaan, akibatnya tak dapat masuk exam hall. Semua gara-gara snooze jam loceng.!

Tapi aku dah jumpa solusi yang mungkin akan membuat korang berfikir 2 3ribu kali untuk snooze jam tu..

Baca entry ini sepenuhnya...

Monday, 23 April 2012

15 Fakta MENARIK tentang otak manusia.!

Ramai mempercayai yang saiz otak manusia sama dengan kedua-dua genggaman tangan yang digabungkan. Apa lagi yang kita tahu tentang otak kita?


Jom baca fakta-fakta menarik tentang organ yang terletak paling tinggi dalam badan manusia ni..!

1. Kajian keatas satu juta pelajar di New York menunjukkan pelajar yang mengambil makanan tengah hari tanpa perasa tambahan(msg) mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pelajaran berbanding sebaliknya.

2. saintis telah menemui bahawa otak lelaki dan perempuan bertindak berbeza keatas kesakitan, yang juga menerangkan mengapa perempuan lebih mudah berasa sakit.

13 lagi Fakta MENARIK tentang otak manusia.! dengan membaca artikel ini sepenuhnya...

Thursday, 19 April 2012

12 rekaan yang adakalanya menyusahkan.!

Tak semua rekaan yang dicipta itu dapat memudahkan urusan kita secara kesluruhannya. Kadangkala sesuatu rekaan itu juga akan lebih menyusahkan jika kita tidak menggunakannya secara betul dan berhati-hati.

Seperti entry aku sebelum ini, 12 Rekaan Paling Kreatif, apa yang aku nak kongsikan kali ini seakan-akan sama tetapi lebih kepada sesuatu yang boleh mendatangkan kesusahan kepada kita. Tapi tak lah setiap masa.

jom kita tengok apa rekaan yang menyusahkan tu...



10 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Tuesday, 17 April 2012

3 perkara anda perlu tahu! - volume 2

1.                                                                     Kasut tumit tinggi


Jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalh belakang dan tulang pinggul.


2.                                                                 Duduk terlalu lama


Boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kronik yang lain. Apabila tubuh tidak banyak bergerak, respon tubuh menjadi lambat menyebabkan gangguan pada metabolism tubuh.


3.                                                           Berjalan sihatkan jantung


Kajian membuktikan, berjalan kaki mempu mencegah strok. Bagi wanita yang berjalan dengan kecepatan tahap medium, risiko diserang strok boleh menurun sehingga 37% !

rapi

p/s : Baca siri pertama 3 perkara anda perlu tahu! di sini - 3 perkara anda mesti tahu! - volume 1


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)




Friday, 13 April 2012

Perbezaan : 90an vs sekarang.!

Zaman dah berubah, dunia dah maju..banyak perbezaan yang kita boleh tengok berbanding dengan zaman dulu. Bagi aku yang lahir di zaman 90an, mungkin aku masih dapat bezakan beberapa perkara antara dulu dan sekarang..antaranya Snek / jajan zaman dulu yang semakin dilupakan dan Permainann zaman dulu yang semakin dilupakan.

Setiap perubahan yang berlaku mesti membawa kepada suatu kebaikan dan keburukan. kebaikan itu adalah sesuatu yang untuk dinikmati tetapi keburukan itu adalah bayaran yang harus kita tanggung. Secara keseluruhannya mungkin aku boleh katakan yang segala perubahan yang berlaku adalah disebabkan teknologi yang semakin menjadi tuntutan manusia zaman sekarang.

jom kita tengok antara perbezaan : 90an vs sekarang.!



5 lagi Perbezaan : 90an vs sekarang.! dengan membaca artikel ini sepenuhnya...

Thursday, 12 April 2012

Is It Always Wrong to Judge?

Recently, i found something very interesting on my youtube channel. About a couple of months ago, i've shared a clip from a channel that i subscribed, which is adibaaah's channel. The entry about his own opinion on the trend of "Hijab and Fashion" got many views on youtube and had been spread on many social networks. The clip draws attention a lot of people including Wardina Safiyyah who thought that what was she talked about is brilliant and its something to be proud rather than anyone who posted their singing videos on youtube.


The latest video(by now) that she uploaded on youtube is about being judgemental. I've listed some good points or massages that she trying to convey in this clip.


1.Don't be too quick on judging people where you instantly jump to conclusion that may may lead to something bad.

2.Don't compare between one people to another, we all muslim and should not compare each other because a good muslim is based on their faith,and faith is only between you and Allah alone.

6 more on  "Is It Always Wrong to Judge?" by reading the full article...

Tuesday, 10 April 2012

Aksi lawak dari kucing...comel!!! - Volume 2

Aku rasa gambar-gambar ni semua tak perlukan banyak explanation.."Aksi lawak dari kucing...comel!!!"..thats all u need..

nak jalan la.
best nye tido sini!
13 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

13 Reka bentuk kereta yang sangat pelik!

Aku pernah berkongsi gambar Rumah dan bangunan yang pelik tapi awesome!!!Rumah dan bangunan yang pelik tapi awesome!!!-volume 2..aku juga pernah berkongsi tetang 10 kereta termahal di dunia (2011-2012)..berbeza dengan kereta termahal tu..yang aku nak tunjuk kat korang sekarang ini ialah kereta-kereta yang mungkin korang tak akan jumpa bila cari kat kedai..

Mereka yang berfikiran kreatif dan innovatif ni telah mengubah bentuk asal kereta mereka hingga menjadi sebuah kereta yang unik dan pelik.

11 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

24 artis yang berhijrah bertudung


Tiba-tiba aku jadi terpanggil untuk membuat entry tentang penghijrahan ramai selebriti wanita untuk bertudung, yang pada aku sangat memberangsangkan ketika ini. Sudah ramai penyanyi, pelakon, mahupun pengacara tempatan yang kini mula berhijrah kearah yang lebih baik, dan mengambil jalan untuk menutup aurat yang telah diamanahkan oleh Allah.

Jom kita tengok senarai 24 artis yang dulu tidak bertudung dan kini tampil bertudung...

1.Wardina

2.Irma Hasmie

22 lagi gambar artis bertudung dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Gaun kreatif bertemakan LAMAN WEB popular.!

Sebelum ni aku ade post entry pasal Gaun daripada 9999 bunga rose!..apa yang korang akan tengok ni adalah lebih kurang sama, sebab ia berkaitan juga dengan gaun, tapi gaun ini di reka mengikut tema laman web popular seberti facebook, google dan youtube.

Kreatif betul designer nya..!



5 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya..

Monday, 9 April 2012

Keputusan penuh ABPBH 2011 !!!


1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid

6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak

7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari

8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz.

9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana

10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak

12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza

13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin

17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna

13. Bintang Paling Popular ABPBH2011 – Aaron Aziz



p/s : Rasanya abpbh tahun ni semua ok...tapi mungkin takde yang nak diingati sangat berbanding kemunculan usop wilcha tahun lepas..oh ya!..mungkin baju Didie Alias orang boleh ingat..=P



JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

18 Iklan yang TERLAMPAU kreatif !!!

siapa terfikir ayam boleh duduk selesa dalam kuali masak? singa berambut lurus? bau nafas sampai burung boleh mati? boleh terbangkan belon udara panas lepas makan spicy pringles?

Itu semua melampau dan kita tahu takkan berlaku. Tapi bila kita bercakap tentang pengiklanan, itulah yang sering kita nampak, Mereka cuba untuk menarik perhatian kita dengan iklan yang kreatif dan ada menerapkan unsur-unsur humor di dalamnya.

Jom kita tengok iklan yang sangat kreatif ni.!

Bose headphone dengan noise cancellation
Lazer bike helmet
16 lagi iklan kreatif dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Saturday, 7 April 2012

Gambar kreatif bermain dengan bulan

Gambar orang yang seolah-olah sedang bermain dengan bulan..Walaupun bulan tu jauh..dengan teknik kamera, angle yang betul dan beberapa trick mengambil gambar, semua boleh berlaku..!

Jom tengok gambar kreatif yang menjadikan bulan sebagai subjek utama ni..



16 lagi gambar dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Resipi nasi goreng bujang ekspres - 5 minit siap!

Sapa yang selalu menghadapi masalah lapar pada waktu malam atau pada bila-bila masa, sila jadikan resipi mudah ni sebagai back up..Walau pun dengan bahan yang sikit, tapi rasanya sedap..

Bahan-bahan

1. Nasi putih satu pinggan
2. Bawang merah kecil satu biji
3. Bawang putih 2 ulas
4. separuh kiub pati ayam
5. Telur sebiji
6. minyak dan sedikit garam

Cara-cara

1. tumbuk bawang merah dan putih hingga lumat dan tumiskan sehingga naik bau.
2. masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan garam.
3. masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
4. bahagikan kuali kepada dua untuk menggoreng telur.
5. campurkan dan gaulkan sekali.
6. siap untuk dihidangkan.


Durasi untuk menyiapkan resipi ni 5-10 minit je..Senang kan..rasanya pulak memang sedap..kalau nak tukar selera sikit, kiub tu boleh tukar dengan serbuk ikan bilis.

Untuk pengetahuan semua, Resipi ini adalah ciptaan aku sendiri hasil daripada menggeledah peti sejuk mencari idea.. Tak sangka rasanya agak memuaskan, so aku pun kongsi lah dengan korang. Kalau tengah lapar apa pun jadi sedap! You're Welcome!=P


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Friday, 6 April 2012

Jumpa ulat dalam coklat SNICKERS!!!

06.04.2012, sekitar 6.30 petang, berlaku satu kejadian yang membuatkan aku tak sabar untuk sampai rumah, bukak laptop dan update blog. Kejadian yang aku maksudkan ialah, aku telah terjumpa seekor ulat yang masih hidup didalam balutan coklat snickers. Coklat itu aku beli di sebuah kedai di terminal bersepadu selatan (TBS). Untuk pengetahuan semua, ini adalah kisah benar yang aku alami sendiri dan bukan rekaan.


Aku dapati terdapat seekor ulat yang masih hidup didalam balutan coklat yang mana aku beli dengan harga sekitar RM3.00+ (tak ingat harga). Apa yang menghairankan aku adalah, macam mana ulat tu boleh ada didalam balutan dan masih hidup?!..ini bermakna perkara itu berlaku sejak dari proses pembuatan di kilang lagi..

Perkara seperti ini sangat lah mengecewakan aku yang menggemari coklat itu. Selepas berlaku kejadian ini, sudah semestinya snickers bukan lagi senarai coklat yang aku akan beli. Bayangkan itu baru seekor ulat yang aku nampak, boleh dikatakan mustahil kalau aku kata cuma ada seekor sahaja ulat di kawasan pembungkusan tu.. Silap-silap dalam coklat tu pun ada.

Itu baru yang nampak, agak-agak yang tak nampak ape lagi..???..untuk membuatkan korang lebih percaya, aku telah mengambil beberapa keping gambar yang menunjukkan ulat itu ada di dalam balutan coklat itu..

Baca entry ini sepenuhnya untuk melihat gambar ulat dalam coklat snickers...

Wednesday, 4 April 2012

Yuna masuk Talk Show popular USA!!! -betulkah?

The only thing that came out from my mouth is.."NOO!!!..that is not  yuna!"..i almost can't believe that she can make it this far..the talk show is one of the most famous talk show in america!..can you imagine?!..millions of people are wathing her perform on the stage,,this is like a very good platform to make a debut of her new album..i think i got to excited..anyway..its awesome!!!

Rancangan yang aku maksudkan ialah CONAN, pengacaranya ialah Conan O'Brien..For sure..tetamu jemputan untuk show ini sangatlah berderet-deret..Rancangan bual bicara ni juga adalah antara rancangn yang paling popular di amerika selepas The Ellen Degeneres Show..



aku tak berapa mengikuti sangat rancangan tu, tapi ape yang aku tahu rancangn tu memang sangat popular..sebelum ni aku ade buat entry tetang malaysian broadcast on The Ellen Degeneres Show..!!..ramai yang perlekehkan kata baru masuk sikit tu dah nak bangga lebih-lebih..

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang tak meminati yuna kerana lagunya yang slow dan nyanyian yang  macam bercakap.by segelintir i mean 2 of my fren !=)..(everyone should love yuna!=P) Pada pendapat aku Yuna mempunyai originality yang tak ade pada orang lain. Meaning that yuna muncul sebagai penyanyi di malaysia atas suara dan bakat yang lain daripada yang sedia ada untuk diketengahkan pada rakyat malaysia,dan ya!.diterima..Tak kira lah dia nak bercakap atau even berbisik pun, if there is a talent orang akan terima.

Lepas tu ramai muncul artis ala-ala yuna. Yang tu malas nak layan=P.!jom tengok yuna kat talk show tu..

Baca entry ini sepenuhnya untuk menonton video awesome yuna!...

Tuesday, 3 April 2012

20 Gambar PELIK dijumpai di Google maps

Suatu ketika dahulu, google maps juga dikenali sebagai google local. Ia adalah satu aplikasi perkhidmatan  pemetaan web yang disediakan oleh google.

Gambar-gambar yang anda akan lihat ini ialah gambar yang menunjukkan beberapa objek pelik yang terdapat didalam google maps. Ada antara objek yang tidak masuk akal pun terselit di dalam google maps. Jom kita tengok!

Manusia berkepala kuda.
Kepulan awan yang pelik.
18 lagi Gambar PELIK dijumpai di Google maps dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Monday, 2 April 2012

Fan Page Celebration Giveaway! by EQBAL ZACK

Join giveaway?!..bagi aku yang baru pertama kali nak join giveaway anjuran blogger ni, ianya sesuatu yang agak pelik, kerana semua dilakukan secara maya. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk mendapatkan hadiah yang diberikan, tujuan aku cuma untuk memberi sokongan kepada para blogger lain yang sudah bersusah payah berblogging dan membuahkan hasil..

Apatah lagi giveaway ini dianjurkan kerana ingin memberi penghargaan kepada para pembaca dan followers yang sering berkunjung ke laman blog beliau. Blog yang aku maksudkan ialah eqbalzack.

hadiah untuk wanita

Bagi aku idea bloggers untuk membuat giveaway ini sangat lah bagus. Selain daripada memeriahkan lagi dunia blog, mereka juga cuba untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain, walaupun secara alam maya sahaja.

hadiah untuk lelaki

pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org..ini bermakna, semakin sikit orang yang join, semakin besar peluang aku untuk menang. So korang yang baca atau pun tau tentang giveaway ni..jangan join!!..yang dah join sila tarik diri cepat!..=P

Just kidding!..nah link untuk join..sini..=)

p/s : Kalau korang membaca entry ini lebih daripada tarikh 7 April 2012. Sila abaikan..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!!  =)

Sunday, 1 April 2012

23 Contoh RESUME yang baik dan kreatif!

Sebelum kita memohon untuk meminta kerja, antara perkara yang penting perlu disediakan ialah resume. Resume ialah dokumen peribadi yang mengandungi detail-detail seperti latar belakang, dan kebolehan. Resume selalunya mengandungi ringkasan seperti pengalaman bekerja, dan latar belakang pelajaran.

Resume yang baik selalunya tidak terlalu panjang, 2-3 muka surat sudah memadai. Selain daripada personaliti, keyakinan dan kemahiran, resume juga memainkan peranan yang penting untuk meyakinkan majikan. "First impression" sangat penting dalam menjalani interview.

Di sini ada beberapa contoh resume yang mungkin boleh dijadikan panduan supaya majikan anda tidak bosan dengan tipikal resume yang selalu kita lihat.



21 lagi gambar menarik dengan membaca entry ini sepenuhnya...

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!