Wednesday, 29 August 2012

Samsung bayar Apple $1Billion dengan 30 truck syiling 5 sen

Baru-baru ni Syarikat Apple memfailkan saman keatas produk samsung yang dikatakan cuba untuk "menciplak" produk keluaran syarikat gergasi itu. Atas sebab yang sama, Syarikat samsung diminta membayar $1Billion sebagai pampasan. Apa yang menariknya adalah apabila ceo syarikat samsung membuat bayaran $1Billion itu dengan menghantar 30 truck berisi duit syiling 5 sen. Ini kerana, didalam perjanjian yang ditandatangani tidak menyebut tentang kaedah pembayaran yang perlu dilakukan.


Pada mulanya, pengawal yang menjaga ibu pejabat apple di california mengatakan yang truck itu mungkin tersalah tempat, beberapa minit kemudian Tim Cook (CEO Apple) mendapat panggilan telefon daripada CEO samsung mengatakan yang mereka akan membayar $1Billion dengan cara itu.


Dengan kaedah pembayaran yang sebegitu, syarikat Apple memerlukan berjam-jam untuk mengira jumlah wang yang dibayar, selain itu mereka juga perlu mencari mana-mana bank yang sanggup untuk  mengira dan menyimpan 30 truck duit syiling itu. Walaupun syarikat apple memenangi saman yang dituntut, tetapi apa yang dapat kita lihat adalah kebijaksaan syarikat samsung men'troll' balik dan menunjukkan yang mereka juga boleh melakukan sesuatu untuk membalas semula tindakan syarikat apple itu.


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)


Wednesday, 15 August 2012

Kenapa kucing sentiasa jatuh dengan empat kaki???

Tajuk tu mungkin agak mengelirukan, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, walau macam mana pun keadaan kucing itu jatuh, dia mesti akan mendarat dengan keempat-empat pasang kakinya. Sebab tulah ada pepatah mengatakan, Kalau kita nak terjatuh dalam hidup ni, biarlah kita jatuh seperti kucing. tapi kenapa??? maksud aku kenapa kucing sentiasa mendarat dengan empat kaki???


Beberapa hari yang lepas aku ada tengok satu video yang menerangkan tentang fenomena ini, Kalau korang masih tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan, tengok lah video yang aku letakkan kat penghujung entry ni.

baca entry ini sepenuhnya...

Saturday, 11 August 2012

Rihanna tweet pasal YUNA ! wait, whaattt???

seriosly aku dah macam tak percaya yang rihanna yang "umbrella ella ella ella ey ey ey" tu tweet pasal yuna... Bukan je die tweet kata yang yuna tu hebat, tapi die jugak tweet dua line daripada lagu live your life...!

Wait, whaattt???...rihanna ada 24 juta+++ Followers ok kat twitter!...Tapi memang tak dinafikan yang lagu live your life tu memang mendalam maksud die dan banyak mesej-mesej yang bagus dan positif...Kawan aku pun inspired dengan lirik lagu tu...

kalau korang tak percaya,,jap aku print screen ye..


Hah ni!.. yuna pun reply tweet ni and retweet balik tweet rihanna tu..tak percaya lagi...kejap ea,, nakprint screen..korang tak yah tunggu..!nak tengok kat bawah ni...



Maksudnya Rihanna dah menyedari kehadiran penyanyi malaysia bernama YUNA kat international music industry diorang!...Proud3!!

topnotch tu maksudnya kira macam excellent la, atau pun tiptop!..lebih kurang macam tu la..correct me if im wrong...But the point is it brings a good mesej..yeayy!

Satu-satu kejayaan yang diraih oleh yuna..baru-baru ni die perform kat lollapalooza at chicago...and aku ade tengok satu interview daripada sana..yuna dengan bangga nya menyatakan yang die adalah seorang muslim and malaysian...tak lupa asal usul..tak macam setengah artis tu,,,dah sampai tahap international tapi tak pernah nak mention pun came from malaysia...aynway...tengok interview ni!



Im officially yuna's stalker!!!haha...aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat kat die...mungkin sebab die pakai skirt dengan sneaker kot..haha..

Sempoi kot..atas dah feminin..tetiba kasut...hah!..tapi style la!

Aku minat kat yuna sebab die selumber tak macam kebanyakan artis yang cover-cover sangat kan... Friendly, kelakar, dan humble! dah bijak..and of course la sebab die berbakat dan lagu-lagu yang die tulis memberikan satu era baru dalam music industry especially malaysia...dulu-dulu masa lagu dan sebenarnya popular, terus banyak keluar lagu yang seakan-akan cam tu kan, yang slow and tenang..hahhh..

Pas tu muncul pulak artis-artis klon-klon yuna...kiranya aku boleh cakap yang yuna ni muncul dengan bakat dan gaya yang tesendiri, which pada ketika itu tak ada lagi orang cam tu kat malaysia..yeayy!!!

p/s : Yuna, stay humble and awesome ok!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Friday, 10 August 2012

Pengupas epal PALING handal!!!

Bila tengok video ni, aku tunggu je bila la pisau tu nak terpotong tangan die..fuh!.. Walaupun tajuk video ni "Peeling apple like a boss"..Cuba tengok ade ke boss yang boleh kupas epal cam ni???=P

Amaran untuk kanak-kanak bawah umur...Jangan cuba aksi ni dirumah!..dont try this at home!


Kalau berani dan sanggup untuk mengorbankan beberapa batang jari korang untuk mencuba aksi ini,,hmmm..silakan la..kalau ada sape-sape yang berjaya boleh la share ye!..gud luck!=P

Berfikir sejenak- Agak-agak macam mane orang-orang cam ni boleh tau yang die ade talent  ni?. Agaknya mesti ada satu hari tu yang die tengah termenung atau boring-boring kan..tetiba terlintas kat fikiran die:

"Apa kata aku kupas epal..Yes!..aku nak jadi mengupas epal paling awesome..!"

Tu yang jadi macam dalam video tu...hebat-hebat!..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Tuesday, 7 August 2012

Baskin Robin tetap bagi aiskrim percuma rai kemenangan DLCW!!!

Semua pun tahu, atau ada lagi yang tak tau yang Baskin robin dah janji nak bagi rakyat malaysia aiskrim percuma kalau dato' Lee Chong Wei yang mewakili malaysia dalam badminton di olimpik 2012 memengangi pingat emas. Malangnya DLCW terpakasa akur dengan kekalahan tipis dengan jaguh badminton daripada china iaitu Lin Dan.


Apa yang aku kagumkan adalah semangat DLCW sendiri yang berusaha sangat keras untuk mengharumkan nama negara sterusnya mencipta pencapaian peribadi untuk dirinya juga. Fair anda square la kan. Walau cam ne pun, DLCW tetap pulang dengan pingat perak. Bagi aku tu dah cukup membanggakan!.

Ye la, nak dibandingkan dengan negara china yang penduduknya ramai yang amat, dengan Malaysia yang kecik je ni, tapi mempunyai pemain badminton yang bertaraf antarabangsa!..Bila lagi nak bangga dengan negara sendiri kan.. Asyik cakap "Proud to be malaysian" je. Apa yang di proud kan sangat entah la..Tapi ni memang kene Bangga! Olimpik kot!


Pada 8 August 2012 ni, Baskin robin dah bersetuju untuk memberikan satu scoop aiskrim percuma kepada semua rakyat malaysia bermula daripada pukul 8malam hingga 10malam. Dua jam je, so cepat-cepat lah rebut peluang yang ada ni dekat 61 cawangan baskin robin yang mengambil bahagian, tak termasuk kiosk kat hospital pantai dan taman tema genting. Aku cadangkan korang datang awal, sebab mesti ada masalah bila aiskrim tu dah habis stock..hmmm..

Untuk lebih lanjut nah baca ni..!


P/S : Bagi yang berkemampuan tu jangan la menyibuk-nyibuk jugak nak ambil ye, Bagi la yang kurang berkemampuan merasa aiskrim yang mahal bagai nak rak ni! Buat taik gigi pun jadi la..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)



Nur Sihat - Rahsia untuk anda!