Sunday, 14 October 2012

Kenapa TALK SHOW malaysia bosan???

Tajuk tu memang boleh bikin panas.! Tapi jangan salah paham, im proud to be malaysian.!..=P..Yang pasti aku bukan shiapa-shiapa untuk mengkritik atau apa-apa yang seangkatan dengannya, aku cuma penonton biasa yang nak bagi pendapat je..

Ape yang aku perhatikan talk show kat malaysia ni memang membosankan. Aku tak nafikan ade sesetengah talk show tu bagus dan menarik untuk ditonton. Contohnya Malaysia Hari Ini. Banyak input dan benda baru yang boleh kita pelajari daripada rancangan tu. Tapi waktunya pulak yang cam kurang sesuai je.


Aku ade beberapa cadangan la untuk menjadikan talk show kat malaysia ni lebih menarik..

1. Update dengan isu semasa.

Walau pun kebanyakan rancangan adalah recording, jangan lah diambil masa yang terlalu lama untuk disiarkan, jadi penonton masih boleh menerima informasi yang terkini. jangan lupa ulas serba sikit tentang isu-isu tu. jangan terlalu serios sebab talk ni cam nak relax-relah je tengok kan.

Duit die banyak bertimbun-timbun ok!
2. Buat gimik.

Talk show kat malaysia ni pun kebanyakannya kurang gimik. Jadi setiap episod yang ditonton tu, perkara yang sama sahaja dilakukan cuma mungkin orang atau tetamu yang berbeza. Dah semestinya penonton akan bosan. Cuba jadikan setiap show tu fresh dan baru. Kalau ada gimik barulah orang tertunggu-tunggu.

3. Tak perlu terikat dengan tajuk.

Kebanyakan talk show kat malaysia mesti ada tajuk yang spesifik untuk dibincangkan pada minggu tu, rasanya perlu lebih umum dan meluas. Contoh kalau tajuk minggu tu tak best, mesti orang tak nak tonton. Kalau jadikan talk show tu bebas kan lagi seronok, so setiap minggu benda yang baru je dipersembahkan. Baru la hoa liaou!..=.='

4. Pelbagaikan segmen dalam setiap episod

Kalau talk show tu ade 3 segmen, itu je la segmen yang diulang-ulang setiap minggu, pelbagaikan dan cuba tengok mana yang penonton suka. so kerapkan lah segmen yang penonton suka. Tapi segmen-segmen yang lain jangan terus hilang. buat banyak-banyak segmen berlainan tiap-tiap hari pun tak pe..ade kepelbagaian.

Pengacara ramai-ramai pun kadang-kadang boleh
buat program tu jadi hambar kalau tak de chemistry..
5. Cuba untuk lebih dekat dengan penonton.

Pengacara memainkan peranan yang sangat penting, Interaksi dengan penonton mestilah nampak natural walaupun sebenarnya semua dah tertulis dalam skrip. Mulakan rancangan dengan stand up monologue, mungkin boleh cakap pasal maklumat terkini, apa yang berlaku dengan dunia masa kini, atau cakap pasal fashion ke, dunia hiburan ke, yang penonton boleh relate dan belajar benda yang baru.

6. Penonton.

Penonton kat rumah tak dapat rasa apa yang penonton kat studio rasa. Jadi yang mengawal keadaan studio tu mestilah mengekalkan keadaan supaya sentiasa nampak ceria. Tepukan yang paling penting, maksimumkan jumlah penonton bertepuk tangan, barulah orang yang menonton depan tv dapat rasa aura kat studio tu dan membuatkan orang nak datang. bukan tak de orang belakang kamera yang boleh suroh audience tepuk, bukan orang kat rumah nampak.


7. Minimumkan editing.

Maksud aku jangan terlalu ketara satu-satu shot itu di cut, lebih-lebih yang melibatkan penonton yang sedang bersorak, jangan cut tetiba hilang je suara. Seboleh-bolehnya masa recording tu ditetapkan terus untuk waktu siaran kat tv, jadi tak perlu nak edit-edit, rancangan pun nampak real, Editor pun dapat makan gaji buta. heheh, at least boleh tolong yang lain buat kerja kan. tak pun cari bahan-bahan baru untuk next episod.

8. Chemistry

Antara pengacara dan tetamu jemputan selalu nampak cam kaku je, tak de chemistry. Preparation sebelum on air dengan tetamu sangat penting. bincang apa yang nak ditanya, dan apa yang perlu dan tak perlu. Lebih elok pengacara berbual dulu dangan tetamu untuk mengetahui serba sedikit tentang apa yang "ditalk" kan kat show tu nanti..kate talk show kan.

9. Jangan tanya soalan tipikal

Aku rasa bab ni Oprah winfrey is the best!..Soalan-soalan yang dia tanya bila menemubual orang sangat-sangat menarik, Kadang-kadang yang kita tak terfikir pun ditanya, dan kita nak tahu jawapannya. Try to think what audiences want to know instead of what u want to ask. Yang penting kaji serba sedikit tentang orang yang nak di interview.



10. Fokus kepada semua perkara

Maksud aku talk show tu bukan sekadar hiburan semata-mata, cuba selitkan charity, tempat mencungkil bakat, platform untuk orang-orang mempunyai bakat tetapi tak berpeluang. Jadikan rancangan tu versatile...Yup, VERSATILE!..thats it.

Bab mengkomen memang pro kan..tapi bila sampai tang nak buat tu ade je masalah. Anyway semangat tu kena kuat, barulah talk show tu boleh tahan lama. Tengok cam malaysia hari ini. dah bape lama kat tv, sebab diorang sentiasa fresh. Ini tidak, baru berapa season dah tenggelam. Oprah dah sampai 25 season, Ellen show dah masuk 10 season.. Tak ke gigih tu.

Nak kekal sampai tahap tu bukan hangat-hangat taik ayam, yang penting cita-cita tu ada. Bila cita-cita dah membara, baru la ada semangat nak realisasikannya. Aku harap ade la produksi-produksi tv yang baca entry ni. Nak sangat tengok Talk show malaysia yang macam Ellen, tapi still dengan originality malayu la..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Friday, 5 October 2012

Facebook... Please stop making changes!

Facebook yang dulu lebih mesra pengguna berbanding sekarang. Facebook sekarang ni dah jadi makin complicated dan susah nak faham. Secara peribadi aku rasa kebanyakan perubahan yang mereka buat tu tak banyak memudahkan pengguna yang melayarinya. Malah lebih menyusahkan sebab pengguna perlu banyak masa untuk memahamkan perubahan yang mereka buat. Masa itu emas ok!


Mula-mula ubah layout yang biasa menjadi timeline, which aku tengok ramai orang tak suka. Tapi disebabkan ada aplication-aplication malaun mana entah yang boleh menyebabkan facebook kita bertukar menjadi timeline secara automatic,kita tak de pilihan. Ape yang lebih teruk lagi mereka tak sediakan setting untuk kita tukar balik pada bentuk asal.

Motivasi diri kejap!
Sekarang ni diorang tukar ruang untuk paparan photo plak, yang mana gambar dalam album tu dibesarkan daripada size yang sebelum ni. Pada aku yang hanya akan menambah page loading.Bukannya tak leh nak bukak gambar tu kat new tab kalau nak tengok dalam size yang lebih besar.

iklan jap : cuteness overload!!!

 

Auto reload yang diorang guna pun aku rasa tak perlu kot. Mungkin pandangan orang berbeza-beza tapi untuk kebanyakan kes, auto reload tu macam menyusahkan je especially bila gambar yang kita nak tengok tetiba hilang. Tau la orang sekarang ni dah semakin malas dengan teknologi yang ada, tapi come on la mark, kitorang masih mampu nak tekan button refresh untuk reload page tu.

Makin hari, makin ramai pulak orang yang beralih arah ke twiter sampaikan malaysia menjadi antara pengguna twitter yang teramai di dunia. MALAYSIA BOLEH! Satu sebab yang aku nampak adalah twitter lebih simple dah mesra pengguna berbanding facebook yang sangat complicated dan banyak apps yang mengarut-ngarut. diulangi, apps yang mengarut-ngarut. Lagi pun yang pakai blackberry kan dah ramai, semua pakai tuit muit je la.


Dulu friendster, pastu myspace, zaman dah maju sikit facebook plak naik, sekarang ni twitter pulak. Lepas ni mungkin Mface kot. Alaa yang Ac Mizal punya tuu. Makin berlambak lah social network kat dunia ni. Semua ada turun dan naik, hidup kan cam roda. Sebab tula bila kita kat atas, jangan berlagak, satu hari nanti kita akan terpaksa untuk lepaskan apa yang kita ada untuk orang lain pulak rasa. Tapi hidup mesti diteruskan.

p/s : Facebook sekarang dah mencapai 1 Billion pengguna!.social network yang teramai sekali peggunanya.(kalau setiap sorang bagi aku seposen, seumur hidup aku tak yanh keje!)

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!! 

KEEP IN TOUCH!!! =)

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!