Monday, 26 November 2012

Best ke blog aku???

Aku rasa persoalan cam ni mesti bermain-main kat dalam otak blogger-blogger decent macam kita ni kan.. Masa aku mula-mula berblog dulu.. Aku rasa bersemangat giler nak update entry.. bila dah update tu..gegeh share dekat group blogger fb yang aku join..ade la dalam 20 group..Bila rasa macam entry aku dah kebawah sangat aku share lagi..tu je la keje aku.. Semangat nye tu..memang di tahap kuasa kuda lah..

Me and izara at shout award.!-sunway lagoon..
Masa tu memang matlamat utama untuk kumpul followers la.. terasa macam heaven gila bila followers tu bertambah..even sorang pun.. Tak kurang jugak ada yang follow sebab mengharapkan untuk aku follow balik..hmm..yang ni aku no komen..tapi rasanya tak praktikal kot cara ni.. patutnya biar la orang yang follow kita tu seikhlas hati kan..

Tapi pernah satu masa tu ada orang yang unfollow..ahh!..ada aku kesah..aku pun tak tau tu sape..haha..!..Mungkin dia unfollow sebab aku tak follow dia balik kot..Anyway, Aku harap yang follow aku sekarang ni memang yang betul-betul ikhlas..hehe

woottt!..siti saleha...=)

Perlu ke nak jadi blogger yang famous amos ni?.. Kekadang tu ada la jugak timbul sekelumit jelesz bila tengok blogger-blogger yang dah dikenali ramai n ada pengaruh sendiri ni.. Tapi tetiba aku tersedar dari lamunan yang panjang,, Mereka dah famous, aku tak famous lagi...haaaaaaaa...ok la tu..bukan hidup ni untuk saling melengkapi ke..kalau semua blogger nak famous..sape yang nak jadi blogger yang tak famous..so fair n square!..ibarat macam kekayaan la kan..kalau semua orang kaya..sapa yang nak jadi miskin..

Sebab tu la, walau setinggi mana pun kedudukan kita.. Jangan lupa orang kat bawah..Sebab tanpa diorang kita tak mungkin akan ada kat atas..Sila fikir-fikirkan..

Last pic to share!..

Fahrin ahmad- Yang ni unexpected...terserempak kat mid valley..wiiihuuu!!  haha


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI..

KEEP IN TOUCH!!! =)

Thursday, 22 November 2012

Bantulah Seadanya untuk GAZA...


Sekarang ni memang tengah trending isu Boikot memboikot barangan yahudi laknattullah tu..tapi yang herannya ramai yang pertikaikan perlu ke nak boikot-boikot bagai ni..Memandangkan yang terbaru heboh sangat suruh boikot mcd..And ramai yang pertikaikan..

"McD je ke..??..KFC, Pizza Hut, Coca cola tu semua tak payah..??? .."

Aku rasa ramai yang tahu, Kat malaysia ni memang banyak produk diorang yang boleh dikatakan dah jadi keperluan harian kita..Tak perlulah nak listkan kann..kalau setiap kempen #savegaza nak listkan semua produk diorang...apepuntabley..

And kita pun tak boleh nak wat ape kan..sebab mungkin produk-produk diorang ni ade menyumbang untuk ekonomi negara jugak..Macam mcd or kfc, tengoklah pekerja diorang, kebanyakan melayu..Kalau boikot diorang nak makan ape??..

Apa yang aku boleh katakan kat sini, kita sebenarnya tersepit antara dua pihak..nak boikot semua produk tu memang agak mustahil, tapi kita cuba la semampunya..selain daripada kita dapat boikot,,kita jugak dapat manfaatkan produk tempatan,,dalam masa yang sama meningkatkan lagi ekonomi negara..

Seingat aku la..dah bertahun-tahun jugak lah aku tak telan air coke tu..Starbuck tu jangan kata..tak pernah rasa..Kalau kata aku tak teringin tu bohong lah kan..tapi sebab ade la sekelumit kesedaran dalam diri.. Walaupun tak banyak dapat membantu..orang kata tu sikit pun jadi lah..daripada habukpuntarak..

Yang penting niat kita ikhlas nak membantu..Kalau kita beria derma sampai ribu-ribu tapi tak ikhlas pun..serupa tak payah kot..just ingat lah..diorang kat sana tu sangat susah..kalau rasa cam tak ikhlas tu..ikhlas-ikhlaskan lah..biarlah terpaksa..sebab diorang memang memerlukan sangat...

Aku harap kita semua sedar, Yang mereka semua saudara kita..kalau bukan kita yang tolong sapa lagi..And bayangkan kalau satu hari nanti kita kena cam diorang..tak mustahilkan..!.Apa yang kita boleh harapkan semoga semua sumbangan-sumbangan kita akan terus sampai ke tangan mereka..Laksanakanlah tanggungjawab kita semampunya..Yang paling penting selitkanlah doa-doa untuk mereka..

Allah yang maha berkuasa..Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI..

KEEP IN TOUCH!!! =)

Sunday, 18 November 2012

Cerita Cuti Aku (inspirasi entry Fatin Liyana)!

Motif letak gambar ko sebijik segedabak mula-mula entry ni??!

Apa kena mengena Fatin Liyana dengan entry aku ni??..Jawapannya..Tak De!..haha..cuma tetiba aku dapat idea nak buat entry pasal aktiviti cuti aku kali ni..baru-baru ni Tin ade update pasal cuti dia..(amboi kau!..macam mesra je panggil Tin kan..haha..hentam je la!..)..So ni entry inspired by Fatin Liyana..kuikuikui(gelak tikus!)

Anyway..! Back to me..aku nak cerita pasal aktiviti cuti aku tok kali ni pulak(cuti mid term)..

1.Kenduri kahwin cousin kat pahang.
2.Teluk cempedak.
3.Gambang water park.
4.Mersing.

Cuti aku bermula dengan menghadiri kenduri kahwin my cousin kat kuantan Pahang..perjalan lebih kurang 5 jam daripada benut pontian..dengan bantuan GPS kitorang selamat sampai..tak sesat-sesat pun..cuma konpius-konpius sikit tu biasa la..tak kritikal pun..

Sampai dalam pukul 2.30 ptag merempuh jalan yang sangat berliku2 sangat bahaya! Naik poning dah palo eden..Lepak-lepak sekejap kat rumah My Pak Andak..makan-makan n terus pergi homestay..Homestay tu Pak cik aku dah booked sebelum kitorang sampai lagi..Rehat-rehat jap, malm pergi balik rumah tu untuk bacaan doa selamat..Esoknya(ahad)barulah the real kenduri kahwin..Tahniah to my cousin!(Arif &vdsbagdf)Semoga Kekal hingga Jannah!

Tahinah tahniah tahniah!!!

Perancangan nak tido satu malam kat homestay tu terpaksa di bubarkan oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan...dengan muka tak malunya aku sekeluarga meminta mak untuk mewakilkan kami semua berjumpa dengan my pak andak untuk melajutkan tempoh menetap kat homestay tu(Ayat skema ok!)..Maaluuunyaaa!..orang tu dah sponser homestay satu malam cukup  la kan..ni tak Hingat..mintak lagi semalam..oh nooo!!!..Terima kasih sangat-sangat  Pak Andak!!!

Oleh kerana tempoh lanjutan telah dipersetujui..agenda seterusnya pun berubah..petang tu kitorang pergi ke teluk cempedak untuk menikmati keindahan pantai.. Sebab aku dah penah ada aktiviti 3 hari 2mlam  kat situ tak lama dulu..perasaan xcited aku sedikt berkurangan.. tengok entry ni..



Esoknya(isnin) keluar dari homestay tu pergi gambang water park..Cukup la kan mintak extend sehari..maluu derr..haha.!Tq Pak andak!..hehe...Yang ni aku rasa kemuncak untuk cerita cuti aku kali ni...

Kat Gambang water park tu..umur aku drop jadi 8years old child..iollss sangat tak hingat ok..well..semua orang pun mesti ada sifat kebudak2kan dalam diri kan..cuma aku terlebih je..hey!!..life should be happy kann..i just made it laa..Semua permainan kat dalam tu aku try..daripada yang dewasa sampaila yang kanak-kanak semua aku naik...weeeee!!

Nasib baik ade Fara..my cousin yg tolong belikan tiket..
kalau tak memang panjang giler beratur..! Tq fara!

Makan pun dalam kotak..satu set nasi dengan air rm8.80

seluar beli on the spot..Rm22 berapa sen entah..


Kat situ ade 7 part..kira 7 permainan la yang korang boleh cuba...cocoa beach(laut buatan yang ada ombak),peguin island(kanak-kanak),Tree top hill slide(yang paling gilersszz best!), crystal slide,galaxy slide,canopy slide, dengan family raft ride..4 yang last aku tulis tu kena naik pelampung sewa rm15 dengan refund rm8..alaa gelongsor yang bulat tu..beza galaxy dengan crytal tu cuma yang satu terang satu lagi gelap..masa aku pergi, canopy slide tak leh main..tensyen iolss!..family ride tu pelampung dia dah sediakan,naik 6 orang sekali..hmmm..yang ni biasa2 je..but still best!

Tips : Sentiasa standby, photographer tu ambik gambar bila-bila masa je..
gambar ni aku ingat dia amik masa naik galaxy slide..dah sampai bawah ade orang snap..

Daripada ape yang aku tengok, canopy slide tu sama dengan galaxy dengan crystal cuma gelongsornya terbukak...mungkin lagi trill kot klau naik..tapi yang paling buat jantung nak tercabut tree top hill slide..terasa macam terjunam daripada atas air terjun...membuatkan aku rasa nak cuba buat bungee jumping plak lepas ni..(sebutannya banji jumping  tau..)mesti lagi syiookk!

Ni dalam pukul 7 kot..orang terakhir keluar gambar tu..haha..

Masuk gambang water park dalam pukul 12tghri..keluar pukul 6..!6 jam kot..yang masuk saing-saing kitorang pun dah keluar awal..punyalah excited kann..!!sampai tak hingat..memandangkan kitorang masih dalam mood musafir, jamak la zohor dengan asar..tu pun jamak nak dekat-dekat masuk maghrib ok..ish3!..teruknya eden..!

Panduan tok sape-sape yang plan nak pegi gmabang water park..


Kitorang tak sewa pun cabanna ni...Tapi untuk keselesaan maksimum..
bolehlah sewa..pluss nak letak barang-barang..



Balik dari gambang,,kitorang menuju straigh ke mersing dan bemalam kat situ..check in kat hotel seri malaysia pukul 2 pagi.. rehat-rehat sambil membetulkan urat-urat badan yang dah lari dari allignmentnya lalu membuta la kan...seperti yang dijangka,,timing sentiasa terlajak..sepatutnya check out pukul 12.. tapi mintak extend sampai pukul 2..asyik mintak extend je..adushh...

Nak cari hotel ni je dah pusing satu mersing..
kat mersing cuma shopping makanan2 la..beli satar je dah dekat 300biji kot..tapi memang sedap!..keropok lekor mersing, keropok ikan,..pas tu beli cendol sarawak..sedap!tapi manis sikit..cendolnya kontot-kontot je..bertolak balik dari mersing pukul 4.30 ptg...terus sampai rumah..!!!

Tu baru suku daripada yang kitorang order..homai..!..banyak giler..
tapi sekarang semua dah habis..!
Satar terbaik dan murah...5 biji rm2..
Pagi-pagi dalam pukul 8 tu sempat la aku ajak my nephew and my niece jalan-jalan kat sekeliling hotel tu..dekat je dengan pantai..tapi sangat hampa dengan keadaan pantai tu..


macam tak pernah nampak kuda iolss..

hakikat sebenar pantai mersing..sigh..

Sunrise di balik bukit..vitamin D katanya..

Sebelum meninggalkan bilik..sempat lagii..

Sambil menunggu 300 biji satar siap..main bende ni pun best..berebut uolss..!

Akhirnya..!..Family time adalah waktu yang paling best dalam hidup aku.!Walaupun penat,tapi langsung tak terasa.. Bercuti dengan family memang best..!..dapat la release tension kan..padal naik cuti ni banyak exam yang menunggu..hamboi kau!..bersuka ria memang tak hingat..!...buku yang bawak tu pun masih sejuk lagi dalam beg..

Im glad that i have this kind of life, happy,messy,and kecoh kepoh family and being surrounded by all people that i loveddd!!!..thank you  Allah..!=)Alhamdulillah..

Tuesday, 6 November 2012

Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)!

Rasanya ni cam dah kali ke dua join contest daripada mr Eqbal Zack, the dr in the making katanya..im nothing to wish him gud luck for the PHD..but yes!..never ever stop learning!..

Anyway..if i win the first prize which is the alain delon wallet..can i take the red one?..yes the red purse..i want to give to my mum...i hope this good intention will brings me luck!..

Anyway .!..Happy birthday Eqbal Zack!

If anyone interested to join the contest..well..its not a contest after all..its a giveaway..!..feel free to click here!..(tak yah join!..nanti susah nak mnang..haha=D )

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Monday, 5 November 2012

Blogger hangat-hangat taik Hayam!

Akukah blogger yang dimaksudkan itu?..macam ye jew..

Aku masih ingat lagi masa awal-awal buat blog dulu,,,kuusssss semangat nya bukan main, hari-hari dok bukak nak hupdate..entah isim mana yang dah rasuk aku masa tu.. sampaikan tengah-tengah jalan ni pun terpikir-pikir ape yang aku nak update..

Kalau korang bleh tengok achivement blog ni, makin hari makin berkurang jumlah post setiap bulan..daripada 30+ post, jadi 20+..sampai la sekarang ni nak cecah 10 pun payah dik..Kenapa ye?..
ocopot abah ko jlo..!..tanjat oboi!
Aku rasa mesti ramai blogger yang rasa macam aku sekarang ni...jap2..kalau korang baru 2 3 bulan blogging, mungkin korang tak rasa lagi kot..tungguh nak dekat setahun nanti ye..

kadang-kadang bukan semua benda dalam dunia ni
kita boleh paham..tengok lah atas ni..!
Pada aku bukan malas isu utamanya, tapi matlamat yang menjadi punca..ecewah!..masa mula-mula dulu entry-entry aku lebih terarah memaparkan benda-benda yang menarik dan tertariik dan debomm!..tapi sekarang ni aku nak kurangkan buat entry-entry cam tu..tapi bukannya nak tingglkan terus, tapi kurangkan..aku nak buat entry hasil daripada penulisan kreatif aku sendiri..ape-ape yang aku fikir boleh datangkan kebaikan untuk orang lain..aku share lah..

reaksi aku abila tengok ni...1.Whaattt??
2.Why??
3.Really.!
People change kan..so aku rasa aku nak mengubah dunia dengan ideologi-ideologi yang boleh merangsang minda...(booooo,,hangat-hangat taik kerobau yo lah!)..

Kejayaan yang sebenar dalam hidup adalah apabila kita dapat merubah seseorang menjadi orang yang lebih baik...Bila kita buat baik kek ore, ore pun buat baik kek kito jugok...haaaaa..buruk beno bunyi nya...!
ni mesti main pengsan-pengsan..haha!..clever!
Lastly, gud luck tok yang SPM hari ni, first paper..n to all people around the globe and universe..over plak,..yang sedang,akan atau sudah pun selesai peperiksaan..gud luck!..Sebenarnya hidup ni pun satu peperiksaan..!..sama ada kita sedar ataupun tidak..kita sentiasa di uji..!..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!




KEEP IN TOUCH!!! =)


Nur Sihat - Rahsia untuk anda!