Saturday, 29 December 2012

Nak guna "saya" ke "aku" dalam blog?

Persoalan ni menjadi tanda tanya yang agak besar la dalam diri aku... especially masa start-start blogging dulu..kalau tengok balik..entry first aku..haaa tuu diaaa..guna "saya" engko!..Sebenarnya aku ni skema..hahaa..Dulu masa sekolah rendah rambut aku sikat tepi kelepet je kat kepala..pakai minyak rambut pun sebab kena marah dengan mak aku..klu tak memang tak pakai..

iiiittttttthihihihittt(bunyi brek xjadi)!!!

Sebenarnya apa yang aku cerita ni...?..back to the main topik la kan..kebanyakan blogger aku tengok guna aku ko je..yang brutal sikit gua lu je bro..ape barang nak saya awak ni kan..tak macho r..!...Sebab kita ni orang melayu..bahasa melayu ni banyak kata ganti diri..kalau macam english diorang guna I or me je kan..nak cakap dengan dengan persident or orang kenamaan pun guna I je..kalau bahasa melayu..ade saya,aku,kekadang tu gelar kan nama sendiri, ada jugak yang manja sikit gelarkan diri dia kita.. 

A  : Kita lapar la..
B  : Kita???..maksud ko aku sekali ke?..aku dah kenyang la..
A  : Tak lah maksud kita, kita la,,(sambil tunjuk diri sendiri)
B  : Ohh!..x boleh cakap "aku lapo" ke?..kan senang aku paham..
A  : =.="

Kalau ada kawan macam si B tu, sila humban dalam gaung..patutnya adapt lah kan..macam la tak pahan-paham..haha..

Tapi ade jugak aku perhatikan blogger ni ada nama samaran..contohnya kalau blog dia nama Bantal Busuk..dia akan gelarkan diri dia sebagai BB..Feeling-feeling J.Lo la ni..So kalau aku Syahmi Elias..boleh lah letak SE..ewwww...macam SY la pulak..Salih Yaakob...haha..(aku suka SY jadi dj..)=P

Aku rasa pemilihan nak guna aku, saya, nama ketiga or keempat dan seterusnya ni bergantung kepada genre entry yang korang bawakkan... Kalau tulis pasal hal peribadi or pandangan sendiri tu, bebaslah kan nak guna aku ke saya..Tapi kalau korang buat entry pasal business ke, or something yang nak attract first impression orang..better guna la yang proper sikit kan..x kan nak aku engko plak..

Aku?..pun tengok jenis entry..kekadang tu tercampur anda dengan korang...sebab pada aku perkataan korang tu macam something wrong somewhere i belong laa...eh!, tiba..sebenarnya kau orang kan..hmm..tak berapa sopan..korang pun boleh la..

Ok lah..cukup lah entry ni kot..XoXo :D publish!..eh..tetiba istanbul aku datang!...=D


JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!! 

KEEP IN TOUCH!!! =)


Monday, 24 December 2012

Happy Birthday Blog..!..(and me too!)

Aku dengan blog aku ni sebenarnya berkongsi tarikh kelahiran yang sama..tapi tahun opkos la lain..cemane plak aku lahir-lahir je dah ade orang sign up kan blog ni kan..time tu pun x de orang peduli pasal blog, semua sibuk menyambut kelahiran seorang bayi yang comel, dan hensem..kahkah

Tahun ni xde ape pun yang special, hari lahir aku sama je dgn hari-hari yang lain..ehh2..tak..tahun ni punya birthday sumpah yang paling best..sebab lagi dua minggu aku nak final exam..so my best friends and i celebrate together-gather la..kat library..oh let me introduce you my bestest friends..for now...


We had so much fun that night..diorang ni suka buat aku confuse tau.. Kadang-kadang stress aku..tapi seronok la sebab setiap kali aku bersama dengan diorang, mesti aku belajar sesuatu benda yang baru..Knowledge is power..!..ni la perkataan yang tertulis kat dinding sekolah rendah aku dulu..plus!, diorang ni tak pernah merungut pun kalau aku tinggalkan diorang..hmmm..dah berbulan2 kot aku lupakan diorang ni..sekarang baru ingat nak bersama..

Ape yang aku merapu dan meraban ni aku pun aku tak pasti..Tapi yang pasti ni semua gara-gara encik exam yang nak datang melawat aku 2 minggu lagi..chow!

Thursday, 13 December 2012

TV3 Salah guna Berita untuk raih perhatian

Tuu diaa..tajuk macam surat khabar pulak..beberapa hari lepas aku ada terbaca kisah pasal Mazidul Akmal sidek yang menyalah gunakan video lakonan semula untuk gejala memandu/menunggang lebih had di jalan raya.. Video yang sebenarnya ialah lakonan semula itu diibaratkan seperti memang benar-benar berlaku, hal ini telah mengguris hati pelakon yang melakukan aksi itu, kerana mereka dituduh sebagai pelesit jalanan dan tak bertanggungjawab..


Video tentang liputan yang dimaksudkan adalah yang dibawah ni..



Korang baca je lah komen-komen yang diorang tinggalkan tu..and tengok lah jumlah dislike berbanding like..aku rasa itu dah cukup menggambarkan apa yang berlaku.. Perkara-perkara macam ni timbul akibat daripada kepentingan diri sendiri.. Walau apapun, kita tak tahu apa hal sebenar yang berlaku.. Harap-harap diorang ada penjelasan yang munasabah..

Kalau nak difikirkan balik tu ada betulnya..macam kebetulan je aksi-aksi penunggang motosikal tu dapat dirakam pada hari rakaman.. cara penunggang motosikal tu pun macam profesional... Inilah jadinya kalau terlampau memikirkan kepentingan sendiri..Ada yang bagi komen hal ini ada kaitan dengan pemasangan kamera AES..

p/s: Sebelum ni pernah dengar, Bersamamu tu  pun sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata..komen anda?..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!! 

KEEP IN TOUCH!!! =)

Confidence level orang melayu rendah...kenapa? dan cara mengatasinya

Tajuk yang aku bubuh tu...statement kah? atau pun sebenarnya persoalankah?.setiap orang ada keyakinan dalam diri, cuma dalam kuantiti and situasi yang berbeza.. Tapi kenapa aku state orang melayu..adakah aku bias..?..semua nak tuding kat melayu..melayu mudah lupa, janji melayu, apa lagi kan..kira macam malayu ni melambangkan satu bangsa yang mundur dan tak membangun... Bagi aku situasi ni tak adil..ini tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil(cd rosak) baginya..


Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah confidence level..apa yang aku tengok..daripada situasi aku kat universiti ni, tahap keyakinan adalah diparas yang rendah.. Tapi tak banyak beza pun antara melayu, cina dan india..semua lebih kurang sama... Mungkin tajuk tu lebih tepat kalau diubah tahap keyakinan rakyat malaysia rendah... tapi kenapa ye? adakah kerana:

1.rakyat malaysia terlebih pemalu..?
2. atapun sikap sopan santun rakyat kita yang membuatkan kita tak yakin.?

Sebelum aku memberikan beberapa tips untuk kelihatan yakin.. Cuba kita check balik kenapa masalah ni timbul..

1. Pendedahan yang kurang sejak dari sekolah rendah..
2. Keadaan persekitaran yang menimbulkan rasa rendah diri.
3. Kurang dorongan ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka melibatkan aktiviti-aktiviti luar.
4. Pengaruh rakan-rakan tv, dan elektronik..
5. Tidak mendapat contoh yang baik dariapa orang yang lebih dewasa.
6. Takut untuk melakukan kesilapan.

Alolololo..!!comelnya!..

Ada banyak cara untuk kita kelihatan yakin..bukan tu je,,malah meningkatkan lagi tahap keyakinan dalam diri..

1. Berani untuk sumbangkan idea atau pendapat dalam setiap perbincangan kumpulan..jangan malu untuk menyuarakan pendapat.

2. Berjalan dengan kadar yang sedikit pantas..Orang yang berkeyakinan mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan, sehinggakan masa itu terlalu singkat baginya,,apatah lagi nak menghabiskannya dengan hanya berjalan.

3.posture badan yang tegak..berdiri atau duduk dengan tegak.. Kedudukan badan tidak dibiarkan membongkok apatah lagi bila duduk..bila kita kelihatan tinggi,,kita akan nampak seperti seorang yang berkeyakinan.

4.Berpakaian kemas. Bila kita selekeh atau tak terurus, sudah tentu kita akan rasa tak yakin dengan diri sendiri.. selain daripada pandangan orang terhadap diri kita.

5. Siapkan diri dengan sempurna.persiapan bukan sahaja dari segi penampilan, tapi dari segala aspek seperti cara bercakap, gerak tubuh, hubungan mata, cara kita berinteraksi dan cara kita respon dengan orang lain.

6. practise.!..keyakinan ni bukan boleh datang bergolek..perlu latihan yang banyak..Kalau kita sentiasa praktikkan perkara yang diatas ni, confidence level kita secara tak langsung akan menigkat..semua pun dah bosan dengar qoute practise make perfect..walau kita bosan macam mana pun..itulah yang kita perlu lakukan..

Confidence je kucing tu jalan depan anjing-anjing tu..Ada yang kata gambar ni sebenarnya nak melatih anjing tu..anjing penyiasat..

Kenapa aku terdetik nak bercerita tentang hal ni..sebab bila dah jejakkan kaki ke universitas or alam pekerjaan..keyakinan diri adalah perkara yang paling penting.. Bila bab presentation jew, mula la kaki ketar la, perut memulas, lutut longgar semua keluar.. Padahal presentation lah yang paling menggambarkan keyaakinan dan tahap dimana diri kita berada. Sepatutnya kita bagi reaksi yang positif kepada orang ramai..

Hope entry ni dapat mengubah sesiapa saja kat luar sana untuk jadi lebih yakin..sebenarnya itu yang paling utama dalam setiap entry aku.. Spread all the positive energy yang korang ada..!..Peace..!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Koleksi kasut Christian louboutin milik Nur Fazura

Ini adalah entry kedua tentang Fazura dan koleksi kasut jenama pereka dari Paris ni,iaitu christian louboutin..Entry pertama dulu boleh klik kat link ni...so aku rasa entry ni needs no introduction la kot..just tengok jela pic kasut fazura..sumber adalam instagram Fazbulous!....










Banyaknya koleksi louboutin Fazura.. Kalau total up semua, dah boleh angkat kereta sebijik cash!...

Yang memakai jenama ni aku boleh klasifikasikan sebagai sangat bercita rasa tinggi dan mewah..sedangkan dengan design yang hampir sama, korang boleh dapat RM100++ je.. balik cat sendiri tapak dia warna merah..Untuk orang-orang yang tak mampu (actually x nak membazir) boleh la buat sedemikian..

Nak pakai barang-barang berstatus mewah ni, kena tengok balik status diri kita..kalau rasa nak beli sepasang louboutin kena ikat perut tu bek tak payah la.. sampai kesudah orang tak percaya tu louboutin..haha

Kalau sesapa rasa cam berkenan n berkemampuan nak beli..boleh la usya-usya harga kat sini ye..huhu

Nak tengok sapa lagi artis malaysia yang pakai louboutin..klik link sini..

p/s : sape nak follow twitter aku..

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Thursday, 6 December 2012

Memang berkesan menghaluskan kulit..!

Aku pun tak tau la nak start cam ne entry ni...Memandangkan aku lelaki,,untuk "mereview" produk kecantikkan ni agak janggal la plakkan..Well, aku cuba..


Produk yang aku maksudkan ialah produk penjagaan kulit AURA MAYA..Kenapa aku suka produk ni?, sebab Produk ni mudah je nak guna..cuma ada 3 benda yang korang kena pakai..sabun pencuci muka,krim malam dan krim siang..ha ni mak jemah nak terangkan yang produk Aura Maya ni tak de bahan kimia..Sebab tu la dia tak leh tahan lama-lama..kena habiskan lima bulan selepas pembelian..and make sure produk yang korang beli tu pun bukan stok yang lama-lama la..

Masa memula pakai produk ni.. Memang korang akan rasa perubahan kat kulit..Kulit akan rasa gatal-gatal dan macam meruam sikit..cepat je benda ni berlaku..dalam 2 ke 3 hari lepas pakai akan rasa perkara ni..Bagi yang tak di berikan pendedahan awal ataupun tak de orang yang guide,mungkin akan terkejut dengan apa yang berlaku..Tapi sebenrnya itu adalah perkara biasa..

Ni kawan kakak aku yang guna produk aura maya...kawan since sekolah menengah lagi..sekarang dah jadi housemate..
Selain tu jugak, korang akan rasa yang kulit korang akan sangat berminyak..minyak-minyak yang dah lama dok bertapa dalam muka korang semua dikeluarkan..lepas tu jerawat-jerawat mula tumbuh..proses ini adalah biasa..Hal ni berlaku sebab segala kotoran and minyak dalam liang-liang muka korang sedang dibasmi..Sekejap je benda ni jadi..dalam seminggu camtu la..tapi kesannya lain-lain mengikut orang..

Sama ada lambat atau cepat..tapi ianya tetap akan memberi perubahan kepada kulit anda..cuma jangan berhenti pakai la..produk ni juga kalau boleh perlu dielakkan daripada panas..contoh macam masuk dalam beg ke..n kena bahang cahaya matahari..sebab suhu yang tinggi akan merubah tahap keberkesanan produk ni..Sebagai seorang pelajar jurusan kimia..perkara ini sememangnya akan merubah tahap kualiti produk..


Memandangkan aku sendri dah tengok hasil daripada pengguna produk ni..depan-depan mata..hmm..kakak aku je pun..so aku tak rasa was-was la nak "rekemen" kat pembaca blog aku ni..Kawan-kawan kakak aku pun dah terpengaruh dok pakai benda alah ni..sampai adik lelaki dia ni yang pemalas bagai nak rak ni pun disuruhnya..

Aduyai..Kalau aku rajin aku pakai la krim-krim jadah tu semua..Tapi sebulan aku cuba dengan rajinnya memang nampak sangat kesannya..cuma mungkin kalau aku teruskan kerajinan aku tu lagi 2 ke 3 bulan..baru nampak kesannya yang maksimum tu kot...sekarang ni pun aku pakai ikut mood..Kalau korang nak cuba jangan la ikut macam aku..pakai terus-terusan ok..!

As you can see..gambar ni memang pure without any editing done..
Aku  rasa korang memang kena cuba la..sebab dah banyak dah orang yang aku tengok sendiri perubahannya..dengan mata kepala aku sendiri..kalau nak order...pergi je kat link yang aku bagi ni..Oh Nur..=)

Sebab produk ni tak leh tahan lama..so setiap produk yang dijual adalah yang terbaru dan fresh dari ladang gandum cik temah belakang rumah..Kalau takde stok tu kene tunggu lah yer..Tapi dijamin Ori dan disahkan oleh kementerian kesihatan malaysia(kkm)..!..Selamat Mencuba..=)

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Selebriti malaysia dan Christian Louboutin...



Kenapa christian louboutin..x de jenama lain ke?...Mungkin sebab aku rasa jenama ni adalah antara yang termewah dan termahal yang mampu membuat aku jawdrop sebentar... Boleh bayangkan tak jika anda pergi kekedai kasut, membeli sepasang kasut dan membayar sejumlah RM20 000 untuk memiliknya...???

Antara artis malaysia yang memang banyak koleksi louboutinnya ialah Nur Fazura..nah baca kat sini..

Antara artis lain ada memiliki louboutin ialah ummi nazeera, Nora Danish, scha alyahya dan Neelofa pun tak terkecuali... Louboutin ni sebenarnya lebih popular dikalangan wanita yang gemarkan kasut yang bertumit super tinggi..all this fashionista called it skycraper heels..

Scha & Awal





Ummi Nazeera..




Nora Danish..

As you can see wallpaper kat belakang tu..ni masa aim19..

Red bottom shoes..

Nampak tak motif gambar ni diambil dari belakang..=P

Ini adalah pose terbaik jika anda menyarungkan sepasang louboutin..
Neelofa..
Tu dia..daffodile..pakai masa rancangan Meletop.. Tapi bila tengok si lofa ni pakai,
macam kasut tu mengover shadow segala-galanya, which is sangat spoil..

sory..kualiti gambar kurang..

ini bukan loiboutin..tapi still vogue!








Kualiti gambar sangat hodoh...sigh..sory..
Ella..
Dipakai semasa ASK..
Yang atas tu louboutin sama dengan koleksi Fazura...
Ella pun ade..louboutin leapord..







Ramai lagi sebenarnya artis malaysia yang ada louboutin ni..or red bottom shoes sebab trademark kasut ni ialah tapaknya berwarna merah..so senang la orang nak tau kan yang u pakai laboutin ribu riban..tak payanh susah-susah nak tanggalkan tok tunjuk kat orang..

Kasut ummi nazeera dalam gambar tu ialah dalam kalangan doffodil..klu tgk kat website louboutin, doffodile strass harganya dalam $6000++...ow em gee..!..boleh buat buat down payment kereta uollsss!..aku pun tak pasti sama ada beli kasut ribu-ribu ni adalah pelaburan yang baik atau pun tak...Tapi yang aku yakin kalau beli emas lagi huntung!..simpan-simpan naik jugak harganya...

Daripada beli kasut ribu-ribu tu kan..sape la yang nak beli kasut bau cagu u tu kan..unless korang kate middleton tak pelah..

p/s : 1- kalau aku jumpa lagi artis pakai louboutin aku update ye..
       2-Sape-sape ade twitter bleh follow aku kat sini..tq!

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)

Nur Sihat - Rahsia untuk anda!